Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih _SBJK

Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih _SBJK

Share

Akaun Facebook rasmi SBJK yang SAH.

Photos from Kementerian Dalam Negeri (KDN)'s post 16/04/2026
Photos from Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih _SBJK's post 02/04/2026

Majlis Penyerahan Keputusan SPM 2025.

TAHNIAH kepada 10 orang calon SPM kerana telah mengekalkan peratus 100% Lulus dan Layak Mendapat Sijil SPM.

Pihak sekolah ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua calon Sijil Pelajaran Malaysia atas kesungguhan, komitmen dan usaha yang telah ditunjukkan sepanjang tempoh persekolahan.

Kami amat berbangga dengan ketekunan dan semangat yang dipamerkan oleh para calon dalam menghadapi pelbagai cabaran demi mencapai kejayaan dalam peperiksaan SPM.

Sesungguhnya, segala usaha dan pengorbanan yang telah dilakukan bukan sahaja mencerminkan jati diri yang cemerlang, malah menjadi kebanggaan kepada pihak sekolah.

Pihak sekolah juga sentiasa mendoakan agar semua calon diberikan ketenangan, dipermudahkan urusan serta mencapai keputusan yang cemerlang.

Semoga segala ilmu yang diperoleh akan menjadi bekalan berharga dalam meneruskan perjalanan pada masa hadapan.

Pihak sekolah juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada SISC+, Pejabat Pendidikan Daerah Keramat, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, guru-guru mata pelajaran, guru-guru SBJK serta semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam memastikan kejayaan calon-calon SPM.

Pihak sekolah turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Astro melalui pasukan Geng Sinar Pagi kerana sudi hadir membuat liputan sempena sesi penyerahan keputusan SPM SBJK 2025.

Segala sokongan, bimbingan dan kerjasama yang diberikan amatlah dihargai dan disanjung tinggi.

22/01/2026

19 JANUARI 2026 | ISNIN

๐Ÿ“š Pelancaran Program Galakan Membaca SBJK 2026

Membaca merupakan asas pembinaan ilmu, sahsiah dan pemikiran kritis. Seiring dengan hasrat melahirkan generasi berilmu dan berwawasan, pihak sekolah telah melaksanakan Pelancaran Program Galakan Membaca SBJK 2026 sebagai satu usaha berterusan untuk membudayakan amalan membaca dalam kalangan murid.
Program ini bukan sahaja menggalakkan murid mencintai buku, malah memupuk disiplin kendiri, meningkatkan daya fokus serta membina keyakinan diri melalui penguasaan ilmu pengetahuan. Diharapkan inisiatif ini dapat menjadi pemangkin kepada pembentukan murid yang gemar membaca, berfikiran terbuka dan bersedia menghadapi cabaran masa hadapan.

๐Ÿ“– Membaca Membina Minda, Ilmu Membentuk Sahsiah
SekolahSejahtera

14/01/2026

Hari ke-3 persekolahan dimulakan dengan sesi taklimat ringkas bersama murid-murid bagi memberi penerangan dan peringatan berkaitan peraturan sekolah serta aktiviti yang akan dijalankan sepanjang tahun. Suasana taklimat berlangsung dengan tertib dan murid-murid memberi perhatian dengan baik.

Selesai taklimat, murid-murid meneruskan aktiviti senamrobik yang dijalankan secara santai dan penuh keceriaan bersama dengan pihak BSKK, KPM. Pergerakan yang ringkas serta iringan muzik yang ceria berjaya menyegarkan badan dan menceriakan suasana pagi. Aktiviti ini juga dapat mengeratkan hubungan dalam kalangan murid serta memberi semangat untuk memulakan hari pembelajaran.

Kemeriahan hari tersebut bertambah dengan kehadiran lori Milo yang menjadi tumpuan murid-murid. Mereka berpeluang menikmati minuman Milo sambil mengikuti aktiviti yang disediakan. Secara keseluruhannya, hari ketiga persekolahan berjalan dengan lancar, meriah dan memberikan pengalaman yang menyeronokkan kepada semua murid.

Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan minggu awal persekolahan SBJK.

14/01/2026

12 JANUARI 2026 | ISNIN |

โ€œSuasana pendaftaran dipenuhi dengan senyuman dan debaran.
Anak-anak hadir dengan wajah teruja, ibu bapa setia menemani di sisi.
Ada yang pertama kali melangkah ke alam persekolahan, ada juga yang penuh harapan.
Detik ringkas ini menjadi permulaan kepada sebuah perjalanan yang bermakna.โ€

Semoga SBJK terus maju dan cemerlang.

โœ…

10/07/2025

Tahniah .

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBrs. Dr. Mohd Azam bin Ahmad atas pelantikan sebagai Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia berkuat kuasa pada 7 Julai 2025.








Photos from Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan's post 10/07/2025
Photos from Fadhlina Sidek's post 05/05/2025
Photos from Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih _SBJK's post 05/05/2025

Alhamdulillah. Tahun ketiga SBJK mengekalkan 100โ„… Lulus SPM 2024 dengan jayanya. Tahniah kepada anaknda Arrafiq Ronny dan Nur Sofea Aliesya Binti Abdullah di atas usaha gigih dan syabas di atas lonjakan saujana yang dilakukan. Semoga beroleh kejayaan dan teruskan mengejar impian dalam pendidikan.

Photos from Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih _SBJK's post 17/02/2025

Alhamdulillah. First day of school 2025/2026๐Ÿฉถ Ramai murid hadir. Semoga terus kekal hadir ke sekolah.

Want your school to be the top-listed School/college in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Address


Chow Kit
Kuala Lumpur
50300

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00