Muqarrabiin Mengaji Online-MMO

Muqarrabiin Mengaji Online-MMO

Share

Kini lebih mudah untuk anda mengaji, masa yang sesuai dan barisan guru yang berkaliber bersedia untuk membantu anda.

21/05/2022

Ramai yang buat permintaan untuk mengadakan program. Anda boleh pilih tarikh.Tempat terhad 60 peserta sahaja setiap sesi. HUBUNGI SEGERA !!!

Alhamdulillah setakat ni, baru sehari siap poster sudah mendapat penyertaan seramai 40 orang peserta. Jom segera wasp kami segera 😊

www.wasap.my/60105123849/kliniksolat

Tolong viralkan ye, kalau bukan untuk anak anda, sharelah program ini ke teman-teman yang ada 7-15 tahun. Kot Kerana sebaran kita, anak tadi dapat wudhuk dan solat dengan baik. Kita pun dapat saham tau.



21/02/2022

π’π‹πŽπ“ πŒπŽπ“πˆπ•π€π’πˆ π€ππ€πŠ π’πŽπ‹π„π‡

Khas kepada semua pelajar KQOMQC, Slot Motivasi Anak Soleh akan diadakan pada malam ini. Butiran adalah seperti berikut :

Hari : Isnin (21 Februari 2022)
Masa : 7.50 PM hingga 8.15 PM
Penyampai : Ustaz Amir Firhan
Medium : Google Meet
https://meet.google.com/ueh-uduf-abw

P/s : Mohon pelajar masuk 5 minit awal sebelum slot bermula.

πˆπŠπ”π“πˆ πŠπ€πŒπˆ πƒπˆ πŒπ„πƒπˆπ€ π’πŽπ’πˆπ€π‹ :-

🚨 Sebarang pertanyaan boleh hubungi :-

πŸ“ž Ustazah Hanisah
wasap.my/60105123849/NgajiKQOMQC


02/02/2022

1 Rejab akan bermula pada waktu maghrib hari ini.

Ψ§Ω„Ω„Ω‡ΩΩ…Ω‘ΩŽ Ψ¨ΩŽΨ§Ψ±ΩΩƒΩ’ Ω„ΩŽΩ†ΩŽΨ§ فِي رَجَبٍ ΩˆΩŽΨ΄ΩŽΨΉΩ’Ψ¨ΩŽΨ§Ω†ΩŽΨŒ ΩˆΩŽΨ¨ΩŽΨ§Ψ±ΩΩƒΩ’ (ΩˆΩŽΨ¨ΩŽΩ„Ω‘ΩΨΊΩ’Ω†ΩŽΨ§) Ω„ΩŽΩ†ΩŽΨ§ فِي Ψ±ΩŽΩ…ΩŽΨΆΩŽΨ§Ω†ΩŽ

Maksudnya: β€œYa Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya’ban dan pertemukanlah kami dengan bulan Ramadhan.

Bagaimana cara kita merebut fadhilat dibulan Rejab? Menurut Al Habib Umar Bin Muhammad Bin Salim Bin Hafez:

β–  Adalah Sayyidina Ali R.A. melapangkan masanya untuk beribadat pada malam pertama bulan Rejab. Ianya merupakan malam Fadhilat, dan merupakan salah satu dari malam-malam yang mustajab doa seperti yang diriwayatkan.

β– Dan telah sahih bahawa Rasulullah β€Žο·Ί berpuasa pada bulan Rejab. Dan Baginda memuliakan, membesarkan, dan mengagungkan bulan Rejab dengan amal ibadat.

β– Dalam sebuah hadith, Nabi bersabda "Perbanyaklah kamu beristighfar didalam bulan Rejab kerana sesunguhnya bagi Allah pada setiap saat dari bulan Rejab ada pembebasan dari api neraka". Maka hendaklah kita perbanyakkan istighfar dan tahqiqkan taubat di bulan Rejab.

β– Rejab adalah bulan untuk menyemai benih :

- Istighfar dan taubat kepada Allah.
- Keazaman yang sungguh dalam menghadap kepadaNya.
-Mengambil berat urusan keluarga dan jiran.
- Mengambil bahagian dalam bersedekah di bulan Rejab.
- Dan mengambil bahagian dalam berpuasa sunat Rejab walaupun sekadar 3 hari jika tidak mampu lebih lagi.
- Dan sesiapa yang berkemampuan hendaklah sembelih kambing kerana Allah di bulan Rejab maka sembelihan inilah yang dinamakan 'Athirah'.

Jom, esok, kita puasa sunat Rejab.

Semoga bermanfaat ❀

01/02/2022

1 Februari 2022

Tahun Harimau

'Xi Nian Kuai Le'
'Gong Xi Fa Cai'

Selamat tahun baru cina buat warga Tionghua yang berada khususnya di Malaysia..




29/01/2022

Dalam usaha melahirkan agamawan yang berkualiti, Syeikh Solah Fatah al-Khalidi mencadangkan 10 lajur yang perlu dikuasai oleh para penuntut ilmu:

1. Memperbaiki bacaan al-Quran
Kita harus belajar memperelokkan bacaan al-Quran daripada guru yang dipercayai sehinggalah sempurna sebutan dan bacaannya.

2. Berdamping dengan al-Quran setiap hari
Sediakan waktu khusus bersama al-Quran dan tidak meninggalkannya walaupun sehari.

3. Membaca tafsir al-Quran
Syeikh menasihati kita untuk membaca sekurang-kurangnya satu tafsir yang senang dihadam dan bersifat sederhana penyampaiannya seperti Tafsir al-Quran al-Azim, karya Ibnu Kathir

4. Membaca kitab-kitab hadis
Harus bagi kita membaca kitab-kitab hadis seperti Sahih Muslim.

5- Membaca kitab berkaitan akidah
Bagi membolehkan kita mengetahui tentang masalah-masalah akidah dan rukun iman, Syeikh mencadangkan para pencinta ilmu membaca kitab yang mempunyai perbahasan tentangnya seperti kitab al-Iman, karya Dr Muhammad Naim Yasin sebagai permulaan.

6- Membaca kitab berkaitan fekah
Antara kitab fekah yang mudah dibaca: Fiqh Manhaji, Mustafa Bugha dan rakan-rakan.

7- Membaca kitab sirah seperti Sahih Sirah Nabawiyah, karya Ibrahim Ali

8- Membaca kitab nahu Arab (grammar)
Antara kitab yang mudah difahami: Nahu Wadih dan Tatbiq Nahwi

9- Membaca kitab berkaitan pendidikan dan penyucian jiwa seperti Tazhib Madarij Salikin

10- Membaca kitab tentang kemunculan mazhab dan pemikiran seperti Mazahib Fikriyah Muasarah, karya Ustaz Muhammad Qutub.

Begitulah apa yang dipesan Syeikh Solah dalam kutaiyib (buku kecil) yang terkenal membahaskan mengenai sikap yang perlu ada dalam diri penuntut ilmu.

Sudah tiba masanya, kita benar-benar beriltizam dengan ilmu dan tidak menjadikan kehadiran kita dalam bidang ini sebagai satu kerugian kepada agama.

Masih ada peluang untuk kita membaiki diri, kawan.

Ayuh!

Rujukan: al-Khittah al-Baraqah, Syeikh Solah Abdul Fatah al-Khalidi

19/11/2021

Kelebihan Mencintai Al Quran

1. Tidak nyanyuk sampai tua.

2. Orang tua yang mengamalkan Al Quran walau di umpama Al Quran buruk, lunyai, hancur tetap di sayangi, tetap di hargai. Orang masih menghormati dan mencintainya serta meletakkan dia di tempat yang baik2.

3. Orang yang mencintai Al Quran tidak perlu susah hati dengan usia tua, kalau tidak ada anak yang dapat menjaga, tetap akan ada orang yang Allah datangkan untuk menjaganya kerana ini adalah janji Allah kepada hamba2Nya yang menjunjung kemuliaan mukjizat. Golongan ini dalam pengawasan para malaikat.

4. Orang yang junjung Al Quran di dalam dirinya akan di jaga keselamatannya oleh Allah di dunia, di dalam kubur dan pada hari akhirat. Walaupun di dunia dia di benci oleh orang tapi Allah tetap menjanji keselamatan dalam dirinya, sepertimana Al Quran yang Allah sediakan para malaikat untuk menjaga setiap hurufnya.

5. Wajahnya bercahaya cahaya dan mesra untuk di dekati.

6. Orang yang membaca Al Quran tidak di hina. Dia tidak akan menjadi peminta sedekah atau makan sampah di jalanan, misalnya.

7. Pengamal Al Quran hidupnya tampak sederhana tetapi sebenarnya dia kaya dengan sumber rezeki yang tidak diduga. Inilah lambang keberkatan yang Allah hadiahkan padanya.


Ustaz Abdullah Mahmood
Majalah Anis

Want your school to be the top-listed School/college in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Kuala Lumpur