16/01/2026
[SALAM ISRAK MIKRAJ 27 REJAB 1447H]
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Antarabangsa MAIWP (UniMAIWP) ingin mengucapkan Salam Israk Mikraj kepada semua mahasiswa dan kakitangan UniMAIWP.
Peristiwa ini bukan sekadar sejarah, tetapi satu peringatan tentang kewajiban solat yang menjadi penghubung antara hamba dan Pencipta. Mari kita jadikan nilai-nilai murni daripada peristiwa ini sebagai pedoman dalam menuntut ilmu di menara gading.
“Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari...” (Surah Al-Isra’: 1)
Salam Perjuangan,
Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Antarabangsa MAIWP
Sesi 2025