Surau Akasia Permaisuri

Surau Akasia Permaisuri

Share

Surau Akasia Permaisuri diurus oleh Persatuan Kebajikan Islam Akasia Permaisuri
PPM-016-14-17022023 Surau Akasia Permaisuri

06/02/2025

Wahai Tuhan kami, sisihkanlah azab neraka jahanam
dari kami, sesungguhnya azab seksanya itu adalah mengerikan.
Sesungguhnya neraka jahanam itu tempat penetapan
dan tempat tinggal yang amat buruk.

Surah al-Furqan : ayat 65-66

Photos from Surau Akasia Permaisuri's post 27/01/2025

Alhamdulilah.. Selesai sudah PROGRAM BERKHATAN RESIDENSI AKASIA PERMAISURI yang berlangsung pada 25 Januari 2025.. Di anjurkan oleh PERSATUAN KEBAJIKAN ISLAM RESIDENSI AKASIA PERMAISURI (SURAU AKASIA) dengan kerjasama bersama PERSATUAN PENDUDUK RESIDENSI AKASIA PERMAISURI & PERBADANAN PENGURUSAN RESIDENSI AKASIA PERMAISURI. Terima kasih pada semua yang menjayakan.

28/12/2024

Ramadan bakal tiba

Photos from Surau Akasia Permaisuri's post 13/12/2024

Alhamdulillah, selesai Majlis Tahlil dan bacaan Yasin yang dipimpin oleh Tuan Haji Hamdan.

09/12/2024

Assalamualaikum WBT sahabat-sahabat Residensi Akasia Permaisuri.
Bagi mewakili keluarga sahabat kita, saya ingin menjemput sahabat-sahabat semua, muslimin dan muslimat ke Majlis Bacaan Yasiin dan Tahlil pada:

Tarikh: 12 Disember 2024
Hari: Khamis
Masa: 9 Malam( Selepas Solat Isyak)
Tempat: Surau Akasia, Tingkat 3, Residensi Akasia Permaisuri

06/12/2024

"Sesungguhnya sebaik-baik orang yang diambil bekerja ialah orang yang kuat, lagi amanah."

Surah al-Qasas ayat : 26

29/11/2024

Sabda Nabi Muhammad SAW :

“Sesungguhnya tidak aku diutuskan melainkan untuk menyempurnakan kebaikan akhlak.”

Hadis Riwayat Ahmad

11/11/2024

Selamat Menduduki Peperiksaan UPSRA 2024 kepada semua anak-anak Akasia.

28/10/2024

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

“Sesungguhnya tidak aku diutuskan melainkan untuk menyempurnakan kebaikan akhlak.”

~ Hadis Riwayat Ahmad ~

25/10/2024

Doa Untuk IbuBapa

“Ya Allah ampunilah dosaku dan dosa keDua orang tuaku dan kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihi aku sejak kecil.”

11/10/2024

Firman Allah SWT dalam Surah Luqman ayat 18 :

"Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak s**a kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.

04/10/2024

Barangsiapa yang ingin diluaskan rezekinya serta dipanjangkan usianya, maka hendaklah dia menyambung pertalian silaturrahim.

Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim

Want your school to be the top-listed School/college in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address


Residensi Akasia Permaisuri
Kuala Lumpur
56000