Learning is Fun With Cikgu Ainul

Directions Website Contact the school

Learning is Fun With Cikgu Ainul Perkongsian bahan, gamifikasi, tutorial, video, ebook dan tips untuk guru dan murid.

Sempat explore dan kongsikan satu lagi aplikasi AI yang boleh bantu kita bina game PdP dan website tanpa perlu ada ilmu ...
01/09/2026

Sempat explore dan kongsikan satu lagi aplikasi AI yang boleh bantu kita bina game PdP dan website tanpa perlu ada ilmu coding. ๐Ÿค–๐ŸŽฎ

Yang saya paling s**a, bila ada ejaan atau kandungan yang nak dibetulkan, kita boleh edit terus pada hasil yang dah dijana tanpa perlu bagi arahan semula untuk bina coding yang baru.

Nak kongsikan dengan murid pun mudah. Boleh terus share link untuk buka dalam browser, malah boleh juga download dan gunakan secara offline.

Memang menarik untuk guru yang nak hasilkan bahan PdP interaktif dengan lebih cepat dan praktikal. โœจ

Link video tutorial: https://youtu.be/QTdjFz2El4Q?si=3ZR5Vfc90suyD2bV

Boleh juga bina RPH Lengkap, lembaran kerja & slaid pengajaran. Video tutorial: https://youtube.com/shorts/Ma-9XVOq-LM?si=n7pGFzFZpgwcYMdZ

โœจ 1 PROMPT โ†’ 1 PRESENTATION!Canva AI sekarang bukan sekadar bantu buat design. Dengan arahan yang betul, cikgu boleh gun...
26/08/2026

โœจ 1 PROMPT โ†’ 1 PRESENTATION!

Canva AI sekarang bukan sekadar bantu buat design. Dengan arahan yang betul, cikgu boleh gunakan AI untuk membantu menghasilkan slaid PdP mengikut gaya pembelajaran yang kita mahukan. ๐Ÿคฉ

Dalam perkongsian kali ini, saya kongsikan 5 contoh prompt dengan 5 gaya presentation berbeza:

๐Ÿ’ก Visual Explainer โ€” terangkan konsep langkah demi langkah
๐ŸŽฎ Interactive & Gamified โ€” masukkan elemen permainan dan aktiviti
๐Ÿ“– Storytelling โ€” bawa isi pembelajaran melalui cerita
๐Ÿ“Š Minimalist & Professional โ€” lebih kemas, ringkas dan fokus
๐Ÿงฉ Special Education Friendly โ€” visual jelas, arahan ringkas dan satu fokus pada satu masa

Menariknya, topik yang sama boleh kelihatan sangat berbeza hanya dengan mengubah cara kita menulis prompt.

Sebab itu bila guna AI, jangan sekadar tulis:
โ€œBuatkan presentation tentang Kitaran Air.โ€

Beritahu AI siapa murid kita, bagaimana kita mahu kandungan disampaikan dan gaya presentation yang kita perlukan.

Cikgu beri arahan.
โœจ Canva AI bantu realisasikan!

Boleh save 5 prompt ini dan cuba ubah ikut subjek, topik serta tahap murid masing-masing. Pastikan ubah suai prompt dengan masukkan subjek, topik dan tahap murid ya. โค๏ธ

Saya dah cuba satu lagi AI tool yang agak menarik untuk cikgu iaitu WorkBuddy AI.Apa yang buat saya tertarik, dia bukan ...
16/08/2026

Saya dah cuba satu lagi AI tool yang agak menarik untuk cikgu iaitu WorkBuddy AI.

Apa yang buat saya tertarik, dia bukan sekadar jawab soalan macam chatbot biasa. Dengan satu prompt, saya boleh minta dia hasilkan beberapa bahan PdP sekali gus berdasarkan bahan rujukan yang saya beri.

Dalam video ni saya tunjuk bagaimana saya gunakan WorkBuddy untuk hasilkan:
โœจ RPH
โœจ Lembaran kerja
โœจ Slaid pembelajaran

Saya rasa tool ni memang ada potensi besar untuk bantu cikgu jimat masa, terutamanya bila nak sediakan bahan pengajaran dengan lebih cepat dan tersusun.

๐ŸŽฅ Link video penuh di YouTube Shorts:

https://youtube.com/shorts/Ma-9XVOq-LM?si=BPiDxkSPs44FJYDV

Kalau cikgu dah cuba WorkBuddy juga, boleh share pengalaman di komen. Saya pun nak explore lagi fungsi-fungsi lain yang sesuai untuk kegunaan guru ๐Ÿ˜Š

-----------



Paid collaboration with WorkBuddy.

Canva sekarang bukan sekadar tempat buat poster dan slide je. ๐Ÿ˜Dalam Canva Learn Grid, cikgu boleh terus cari bahan pemb...
15/08/2026

Canva sekarang bukan sekadar tempat buat poster dan slide je. ๐Ÿ˜

Dalam Canva Learn Grid, cikgu boleh terus cari bahan pembelajaran ikut subjek, tahap dan kategori, atau bina sendiri aktiviti dengan bantuan AI.

Antara yang boleh dijana:
๐Ÿ“„ Worksheets
๐ŸŽฎ Games
๐Ÿง  Whiteboards

Lebih menarik, setiap kategori ada banyak jenis aktiviti berbeza. Cikgu cuma pilih jenis aktiviti, tetapkan Curriculum, Grade, Subject, Topic dan tambah konteks pada Make it relevant โ€” kemudian Canva bantu jana aktivitinya. โœจ

Saya dah susunkan tutorial step by step dalam siri poster ni supaya lebih mudah nak explore.

Kalau sebelum ni cikgu biasa guna Canva untuk design, kali ni cuba tengok p**a bagaimana Canva boleh bantu dari sudut aktiviti pembelajaran. ๐Ÿ˜‰

Cikgu nak bina kuiz, game atau aktiviti interaktifโ€ฆ tapi tak tahu coding? ๐Ÿ˜…Sebenarnya, dengan Canva Code, cikgu tak perl...
10/08/2026

Cikgu nak bina kuiz, game atau aktiviti interaktifโ€ฆ tapi tak tahu coding? ๐Ÿ˜…

Sebenarnya, dengan Canva Code, cikgu tak perlu pun belajar HTML, CSS atau JavaScript untuk mula mencipta.

๐Ÿ’ฌ Cikgu beri idea dan arahan melalui prompt. Canva bantu bina.

Daripada satu prompt sahaja, kita boleh mula menghasilkan pelbagai aktiviti seperti:

๐ŸŽฎ Quiz Game
๐Ÿงฉ Matching Game
๐ŸŽก Spin the Wheel
๐Ÿƒ Flashcards
๐Ÿ—บ๏ธ Interactive Map
๐Ÿ“– Choose Your Own Adventure
๐Ÿ”ข Mathematics Game
๐Ÿ”ฌ Science Simulation

Yang saya s**a, hasil pertama tak semestinya kena terus sempurna. Kita boleh test, tengok apa yang kurang dan beri arahan susulan:

โ€œBesarkan butang.โ€
โ€œTambah 10 soalan.โ€
โ€œGunakan Bahasa Melayu yang mudah.โ€
โ€œBerikan maklum balas yang positif.โ€
โ€œTambah pengiraan markah.โ€

Kemudian Canva Code akan bantu kita refine semula aktiviti tersebut. โœจ

Dalam siri ini saya kongsikan langkah demi langkah โ€” daripada apa itu Canva Code, cara mencarinya, formula menulis prompt sehinggalah idea penggunaannya dalam PdP.

Dan untuk guru Pendidikan Khas, saya nampak banyak potensi untuk menghasilkan aktiviti yang lebih ringkas dan visual seperti matching, sequencing, pilihan bergambar dan aktiviti interaktif mengikut keupayaan murid. ๐Ÿ’™

Tak perlu fikir nak bina sesuatu yang kompleks dulu.

๐Ÿ’ก Mulakan dengan SATU IDEA.
๐Ÿ’ฌ Tulis SATU PROMPT.
๐Ÿš€ Kemudian cuba sendiri apa yang Canva Code boleh hasilkan.

Kalau perkongsian macam ni bermanfaat, save dulu supaya senang nak cuba kemudian dan kongsikan dengan rakan guru yang mungkin nak mula explore Canva Code. ๐Ÿ˜Š

Bagi yang belum tahu, Canva dah berubah! ๐Ÿ‘€โœจKalau selama ni kita kenal Canva sebagai tempat buat poster, presentation ata...
09/08/2026

Bagi yang belum tahu, Canva dah berubah! ๐Ÿ‘€โœจ

Kalau selama ni kita kenal Canva sebagai tempat buat poster, presentation atau worksheet, Canva 2026 dah jauh lebih daripada itu.

Sekarang ada pelbagai fungsi yang boleh bantu guru bukan sahaja mencipta bahan, tetapi juga membina aktiviti interaktif, mengurus data, menyediakan tugasan dan memudahkan kerja harian. ๐Ÿ’ป๐ŸŽจ

Antara 7 fungsi terkini Canva yang guru wajib tahu:

โœจ Canva AI 2.0
๐ŸŽฎ Canva Code
๐Ÿ“Š Canva Sheets
๐Ÿ“ˆ Magic Insights
๐ŸŽ“ Learn Grid
๐Ÿ“‹ Assignments
๐Ÿ“ถ Offline Mode

Ada yang dah pernah cuba semua fungsi ni? Atau baru tahu rupanya Canva dah ada macam-macam? ๐Ÿ˜†

Saya akan kongsikan satu per satu selepas ni โ€” apa fungsinya, macam mana nak guna dan yang paling penting, macam mana cikgu boleh manfaatkannya untuk PdP.

๐Ÿ‘‰ Follow Cikgu Ainul supaya tak terlepas perkongsian seterusnya.

Sebab Canva sekarang bukan sekadar design cantik-cantikโ€ฆ
kalau tahu guna fungsi yang betul, banyak kerja cikgu boleh jadi lebih mudah. ๐Ÿ˜‰

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera๐Ÿ“ข Jemputan Webinar 4*DIGITALISASI PENDIDIKAN KHAS: SATU AI,PELBAGAI KEPERLUAN, SEMUA ...
05/08/2026

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

๐Ÿ“ข Jemputan Webinar 4

*DIGITALISASI PENDIDIKAN KHAS: SATU AI,PELBAGAI KEPERLUAN, SEMUA MURID*

๐ŸŽ™๏ธ Tenaga Pengajar:
*Cikgu Siti Ainulmursyida binti Shamsuddin*
Guru Pendidikan Khas, SMK Orkid Desa, Kuala Lumpur

๐Ÿ“… Tarikh: 06 Ogos 2026 (Khamis)
๐Ÿ•ฃ Masa: 10:00 pagi -12.00 t/hari
๐Ÿ“ Platform: Google Meet
๐Ÿ”— Sertai di sini: https://meet.google.com/cdc-uzqg-krc

โœ… Pendaftaran: https://docs.google.com/forms/u/0/d/e/1FAIpQLScLxSu-idHZkUV6B24tetLIjQn8C2cy7hklxKp5SiC4mPQ7XA/viewform?usp=send_form&pli=1&authuser=0

โœจ Guru-guru pendidikan khas dijemput hadir ke webinar ini. Jangan lepaskan peluang ini!๐Ÿ˜Š

KUIZ INTERAKTIF CILIK MERDEKALink Kuiz Interaktif: https://share.gemini.google/jwhMjvYSwos1 Jom uji pengetahuan murid te...
31/07/2026

KUIZ INTERAKTIF CILIK MERDEKA

Link Kuiz Interaktif: https://share.gemini.google/jwhMjvYSwos1

Jom uji pengetahuan murid tentang sejarah Kemerdekaan Malaysia. Kuiz ini mengandungi 30 soalan melibatkan pengetahuan umum. Cara bermain:

1. Murid login dengan masukkan nama penuh dan nama sekolah.
2. Murid menjawab 30 soalan yang diberikan.
3. Guru atau murid boleh terus menyemak jumlah markah dan mengetahui ranking di leaderboard yang disediakan pada akhir permainan.

Pastikan murid hanya menjawab sekali saja jika Kuiz ini nak dijadikan pertandingan)

IKUTI TELEGRAM Learning is Fun With Cikgu Ainul, https://t.me/cikguainulppki dan FOLLOW www.cikguainul.com untuk mendapatkan lebih banyak aktiviti pembelajaran yang menarik.

๐Ÿš€ TRANSFORMASI PEDAGOGI DIGITAL BERSAMA CANVA ๐ŸŽจโœจIngin hasilkan inovasi PdP yang lebih kreatif, interaktif dan berimpak t...
06/06/2026

๐Ÿš€ TRANSFORMASI PEDAGOGI DIGITAL BERSAMA CANVA ๐ŸŽจโœจ

Ingin hasilkan inovasi PdP yang lebih kreatif, interaktif dan berimpak tinggi hanya menggunakan ekosistem Canva? ๐ŸŒŸ

Jom sertai sesi perkongsian eksklusif bersama Dr Azma Binti Abd Hamid, Canva Global Training Partner dan terokai rahsia transformasi pedagogi digital berasaskan AI dalam pendidikan!

๐Ÿ“… 18 Jun 2026 (Khamis)
โฐ 8.30 pagi โ€“ 12.30 tengah hari
๐Ÿ“ Gerak Minda 1, Fakulti Pendidikan UKM

๐Ÿ’ก Antara yang bakal dikongsikan:
โœ… Strategi PdP kreatif menggunakan Canva
โœ… Penghasilan bahan inovatif berasaskan AI
โœ… Idea gamifikasi & visual interaktif
โœ… Tips menjadikan PdP lebih menarik dan efektif

โš ๏ธ TEMPAT TERHAD!
Daftar segera sebelum slot penuh!

๐Ÿ”— Link Pendaftaran:
bit.ly/programcanvaukm

๐Ÿ’ต Yuran Komitmen: RM10 sahaja

๐Ÿ“ฒ Imbas QR pada poster atau klik pautan pendaftaran sekarang!

Address

SMK Orkid Desa
Kuala Lumpur
56000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Learning is Fun With Cikgu Ainul posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Learning is Fun With Cikgu Ainul:

Shortcuts

Share

Category