26/05/2026
Salam Aidiladha kepada seluruh warga KVSKL.
Semoga Hari Raya ini dirai dengan penuh kesyukuran dan ukhuwah, serta selamat bercuti.
“Your Career Begins Here”
trex@kvskl pibg@kvskl
kvsetapak.moe.edu.my
24/05/2026
🏃♂️🏅 Kejohanan Olahraga SuKoV Zon Selangor / Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2026 🏅🏃♀️
📆 21 Mei 2026 (Khamis)
🏢 Kolej Matrikulasi Selangor
Tahniah dan syabas diucapkan kepada kontinjen Kolej Vokasional Setapak yang telah menyertai Kejohanan Olahraga SuKoV Zon Selangor / WP Kuala Lumpur 2026 melibatkan penyertaan daripada 10 buah Kolej Vokasional sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.
Sebanyak lima acara balapan telah dipertandingkan bagi kategori lelaki dan perempuan iaitu 100m, 200m, 400m, 4x100m dan 4x400m. Seramai 11 atlet lelaki dan 9 atlet perempuan KV Setapak telah menunjukkan semangat juang, disiplin dan kesukanan yang tinggi sepanjang kejohanan berlangsung.
🏆 Pencapaian KV Setapak
🥇 4x400m Perempuan – Pingat Emas
👟 Nur Iman Zulaikha Binti Hairum
👟 Celine Goh Rui Qi
👟 Ariesya Qaisara Binti Shahrom
👟 ‘Eida Rahah Binti Mohd Amran
🥉 200m Lelaki – Pingat Gangsa
👟 Azrie Rieza Bin Azrul Fahmi
👏 Setinggi-tinggi penghargaan juga diucapkan kepada barisan jurulatih:
✨ Abdullah bin Hassan
✨ Muhammad Nur Ariff bin Mohd Daud
✨ Lim Xin Hui
✨ Arshieda Nabila binti Abdul Hamid
Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat kepada semua atlet untuk terus cemerlang sehingga ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
“Your Career Begins Here”
trex@kvskl pibg@kvskl
kvsetapak.moe.edu.my
24/05/2026
🌍🇰🇷 2026 Basic Plan for the Seoul Vocational Education International Exchange Program Based on Korean Language Education 🇲🇾🤝🇰🇷
📆 21 Mei 2026 (Khamis)
🏢 Bilik Gerakan
🎓 Anjuran: KVSKL
KVSKL telah mengadakan sesi perancangan asas bagi Program Pertukaran Antarabangsa Pendidikan Vokasional Seoul 2026 yang memfokuskan pendidikan bahasa Korea serta integrasi teknologi dalam bidang robotik dan dron.
Perbincangan melibatkan penyelarasan kurikulum, pembentangan rangka program, perancangan projek bersama serta mekanisma penilaian pelajar bersama wakil institusi vokasional Seoul dan pegawai BPLTV. Program ini menjadi platform penting dalam memperkukuh jaringan kerjasama antarabangsa serta membuka peluang mobiliti pelajar dan latihan staf pada masa hadapan.
“Your Career Begins Here”
trex@kvskl pibg@kvskl
kvsetapak.moe.edu.my
22/05/2026
Minggu Orientasi Pelajar Tahun 1 Diploma
📆Tarikh dan Hari: 13 - 15 Mei 2026 (Rabu-Jumaat)
🏢Tempat: Dewan KVSKL
✍Anjuran & Peringkat: Unit Psikologi dan Kerjaya KVSKL
Sepanjang Minggu Orientasi ini berlangsung, para pelajar telah mengikuti pelbagai sesi taklimat dan perkongsian berkaitan akademik, pengurusan pelajar, latihan industri, OBE, kebajikan, disiplin serta hal ehwal kolej bagi membantu melancarkan urusan pengajian sepanjang semester.
Syabas diucapkan kepada semua pelajar yang berjaya meneruskan pengajian ke peringkat diploma.
“Your Career Begins Here”
trex@kvskl pibg@kvskl
kvsetapak.moe.edu.my
22/05/2026
📌 Bengkel Pensijilan Google Certified Educator Level 2
📆 12-14 Mei 2026
🏢Tempat: Makmal Komputer KVSKL
✍Anjuran & Peringkat: Unit Pengurusan Sumber dan Maklumat
Program Bengkel Pensijilan Google Certified Educator (GCE) Level 2 bagi pensyarah Kolej Vokasional Setapak Kuala Lumpur (KVSKL) merupakan kesinambungan daripadan GCE Level 1. Melatih pensyarah untuk menguasai Google Workspace for Education seperti Google Classroom, Drive, Docs, Sheets, dan Slides secara profesional. Memastikan pensyarah mampu mengintegrasikan teknologi dalam bilik darjah selari dengan kerangka Pembelajaran Abad ke-21 (PAK-21).
“Your Career Begins Here”
trex@kvskl pibg@kvskl
kvsetapak.moe.edu.my
22/05/2026
Pertandingan Bookkeeping (KV Skills) Peringkat Kolej Vokasional Setapak
📆Tarikh dan Hari: 13 Mei 2026 (Rabu)
🏢Tempat: Makmal Komputer BAK
✍️Anjuran & Peringkat: Program Perakaunan, KVSKL
2 orang pensyarah dari Program Perakaunan bertindak sebagai jurulatih dan hakim penilai. Jurulatih memberi taklimat terlebih dahulu mengenai skop soalan dan kriteria pemarkahan. Peserta diberikan set soalan simulasi perniagaan dan perlu melengkapkan set buku akaun dalam tempoh masa 5 jam. Jurulatih memberi maklum balas segera tentang kesilapan perekodan yang dilakukan oleh para peserta.
“Your Career Begins Here”
trex@kvskl pibg@kvskl
kvsetapak.moe.edu.my
22/05/2026
Pertandingan TVET IDOL
📆 Tarikh dan Hari: 12 Mei 2026 (Selasa)
🏢 Tempat: Penjurian atas talian
✍ Anjuran & Peringkat: Kementerian Pendidikan Tinggi Selaku Peneraju HUB 6: TVET infotainment (kebangsaan)
KV Setapak melalui Kelab Kebudayaan dan Unit Jerayawara telah menyertai *TVET Idol 2026* dengan penyertaan 8 orang pelajar menerusi persembahan *Tarian 3 Versi* di bawah bimbingan Pn. Pia Munusamy dan Ustazah Hajah Nur Sufiah.
Walaupun tidak mara ke peringkat akhir, penyertaan ini memberi pengalaman bermakna serta memupuk keyakinan diri dan semangat berpasukan dalam kalangan peserta. 💫
“Your Career Begins Here”
trex@kvskl pibg@kvskl
kvsetapak.moe.edu.my
22/05/2026
Pertandingan Inovasi Peringkat Kebangsaan dalam Malacca Youth STEM Innovation Carnival 2026 (MYSTIC2026)
📆Tarikh dan Hari: 16 Mei 2026
🏢Tempat: Secara atas talian
✍Anjuran & Peringkat: Malacca Youth STEM Innovation Carnival
Peringkat Kebangsaan
Pelajar telah menyertai pertandingan inovasi peringkat kebangsaan secara atas talian melalui penghasilan projek Reka Bentuk Troli Angkut Paip Mudah Alih. Projek ini dihasilkan bagi memudahkan proses pengangkutan paip dengan lebih selamat, cepat dan sistematik. Sepanjang pertandingan, peserta membentangkan idea inovasi, fungsi produk serta kelebihan projek kepada panel penilai secara atas talian. Penyertaan ini berjaya meraih kemenangan Pingat GOLD dan membuktikan kreativiti serta kemahiran pelajar dalam bidang STEM dan inovasi.
“Your Career Begins Here”
trex@kvskl pibg@kvskl
kvsetapak.moe.edu.my
22/05/2026
Pertandingan Debat Generasi Madani 2026 (Peringkat Negeri)
📆 Tarikh dan Hari: 18 Mei 2026 (Isnin)
🏢 Tempat: TAR UMT
✍ Anjuran & Peringkat: JPWPKL
Pertandingan Debat Generasi Madani ini ada pertandingan tahunan yg melibat sekolah menengah di WPKL bagi mengasah dan mencungkil bakat untuk berdebat dan komunikasi pelajar dalam usul atau tajuk yg diberikan.
Ia melibatkan 5 orang pelajar 2 SVM dari program ETE dan BAK serta telah mendapat Ranking ke - 14 daripada 26 sekolah yg dipertandingkan pada peringkat negeri. Manakala, Muhammad Haziq Syazwan bin Mohd Zulfadli (2 SVM ETE) p**a dinobatkan Pendebat Terbaik bagi Pusingan kedua.
“Your Career Begins Here”
trex@kvskl pibg@kvskl
kvsetapak.moe.edu.my
22/05/2026
Pertandingan KV Skills Peringkat Program Teknologi Elektronik
📆 Tarikh dan Hari: 17 Mei 2026 (Ahad)
🏢 Tempat: Bengkel Elektronik A, KVSKL
✍ Anjuran & Peringkat: Program Teknologi Elektronik
Pertandingan KV Skills diadakan bertujuan untuk memilih dan mengiktiraf pelajar yang mempunyai kemahiran tinggi dalam bidang yang dipelajari serta untuk menarik minat dan mengasah bakat pelajar dalam bidang kemahiran yang berkaitan.
“Your Career Begins Here”
trex@kvskl pibg@kvskl
kvsetapak.moe.edu.my