09/05/2026
KUNJUNGAN PEMANTAUAN PROGRAM PRA-TAHFIZ OLEH JAKIM
π
8 Mei 2026 (Jumaat)
Alhamdulillah, KAFA Madrasah Al-Khairiah telah menerima kunjungan daripada pihak JAKIM yang diwakili oleh Ustaz Adli, Penolong Pengarah Kanan JAKIM bagi tujuan pemantauan dan melihat perkembangan Program Pra-Tahfiz yang sedang dilaksanakan di madrasah ini.
Untuk makluman, Program Pra-Tahfiz KAFA Madrasah Al-Khairiah telah memasuki tahun ke-4 pelaksanaannya, bermula sejak tahun 2023. Program ini melibatkan seramai 121 orang murid daripada Darjah 1 hingga Darjah 4, dengan fokus membentuk generasi al-Quran melalui hafazan, pengukuhan bacaan serta kecintaan kepada Kalamullah sejak usia kecil.
Insya-Allah, dalam tempoh dua tahun lagi, Al-Khairiah bakal melahirkan kohort pertama (first batch) murid Pra-Tahfiz yang dijangka berjaya menamatkan hafazan Juzuk 30. Satu pencapaian yang amat membanggakan buat warga madrasah, ibu bapa dan masyarakat setempat.
Sijil Pra-Tahfiz ini juga merupakan satu nilai tambah yang sangat berguna kepada murid-murid sebagai persediaan untuk menyambung pendidikan ke peringkat seterusnya, khususnya bagi laluan pendidikan berteraskan agama dan tahfiz.
Semoga usaha kecil ini menjadi asbab lahirnya generasi huffaz, soleh dan musleh, yang cintakan al-Quran serta mampu memberi manfaat kepada agama, bangsa dan negara.
βMembina Generasi al-Quran Sejak Kecilβ π€²π
16/04/2026
Banyak lagi gambar2 kenangan raya 2026 kafa π
16/04/2026
Kemeriahan Jamuan Raya Kafa 2026 π
Comel, cantik dan hensem semuanya πππ
16/04/2026
Sesi bergambar bersama guru kelas masing-masing sempena jamuan raya 2026... comel-comel semua ππ
21/03/2026
π Selamat Hari Raya Aidilfitri 1447H π
Seluruh warga Kafa Madrasah Al Khairiah ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua ibu bapa dan penjaga serta murid-murid yang disayangi.
Semoga Syawal yang mulia ini membawa keberkatan, kegembiraan dan ketenangan jiwa, di samping mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara kita semua.
Kami juga mendoakan agar segala amalan kita diterima oleh Allah SWT serta dikurniakan kejayaan dan kebahagiaan yang berpanjangan, khususnya buat anak-anak didik yang terus melangkah menuju kecemerlangan.
ΨͺΩΩΩΨ¨ΩΩΩΩ Ω±ΩΩΩΩΩΩ Ω
ΩΩΩΩΨ§ ΩΩΩ
ΩΩΩΩΩ
Ω
(Semoga Allah menerima segala amalan kami dan kamu)
20/03/2026
Penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan Mewarna, Kuiz Ramadan dan Menulis Ucapan Kad Raya sempena Majlis Penutup Ihya' Ramadan 1447H/2026.
Tahniah kepada para pemenang!
20/03/2026
MAJLIS KHATAM AL-QURAN SEMPENA BULAN IHYA' RAMADAN 1447H
07/03/2026
SALAM NUZUL QURAN 1447H/2026M
βBulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salahβ [ Al Baqarah: 185 ]
06/03/2026
Peristiwa Nuzul al-Quran π
Nuzul al-Quran merupakan peristiwa agung apabila Al-Quran mula diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW sebagai petunjuk dan rahmat kepada seluruh manusia. Wahyu pertama diturunkan melalui Malaikat Jibril di Gua Hira, bermula dengan ayat 1 hingga 5 daripada Surah Al-Alaq.
Peristiwa ini berlaku pada malam 17 Ramadan, dan penurunan Al-Quran berlangsung secara berperingkat selama 23 tahun sebagai panduan hidup umat manusia.
Marilah kita mengambil peluang di bulan Ramadan ini untuk lebih mendekati Al-Quran dengan membaca, memahami dan mengamalkan ajarannya.
-Quran
27/02/2026
π Tahniah Calon UPKK 2025!π
Alhamdulillah, selesai sudah sesi penyerahan slip keputusan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2025 kepada murid.
Berikut adalah pencapaian pada tahun ini:
π 9A : 3 orang
π 8A : 3 orang
π 7A : 5 orang
π 6A : 4 orang
π 5A : 1 orang
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua murid atas usaha dan kesungguhan yang ditunjukkan. Kejayaan ini adalah hasil daripada doa, sokongan ibu bapa serta bimbingan guru-guru yang tidak pernah jemu mendidik.
Semoga pencapaian ini menjadi motivasi untuk terus melakar kejayaan yang lebih gemilang pada masa hadapan. πΈ
25/02/2026
π’ PENGUMUMAN RASMI KEPUTUSAN UPKK 2025
Alhamdulillah, penantian yang dinanti bakal tiba!
Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) Tahun 2025 akan diumumkan pada:
π 25 Februari 2026 (Rabu)
β° Jam 10.00 pagi
Calon dan ibu bapa boleh membuat semakan rumusan keputusan secara dalam talian bermula jam 12.00 tengah hari melalui pautan:
π https://semakan.islam.gov.my/
Semakan boleh dibuat menggunakan:
βοΈ No. MyKid / No. Kad Pengenalan Khas; dan
βοΈ Nombor Angka Giliran
Slip keputusan p**a boleh diperoleh di sekolah masing-masing bermula 26 Februari 2026 (Khamis) mengikut ketetapan masa yang ditentukan oleh pihak sekolah.
Semoga segala usaha, doa dan pengorbanan sepanjang pembelajaran diberkati dan membuahkan kejayaan yang membanggakan.
Tahniah kepada semua calon UPKK 2025!