Kelab Usrah 007

Kelab Usrah 007

Share

Kelab Usrah Amal Belia

syukur,alhamdunirlah.kelab utaz rulaidi ditubuhkan khas pada 25april-isnin,dan beroprasi secara rasmi sepenuhnya pada 1mei.kelab ditubuhkan sempena anugerah guru terbaik lelaki pada tahun 2010 dan 2009(guru yang tiada ganti) selepas persetujuan bersama semua pimpinan pelajar NHBY-2010/2009,maka dengan ini sesiapa yang meminatinya bebas menjadi ahli ''KELAB USTAZ RULAIDI'' sekian terima kasih.

09/05/2025

Manusia tidak boleh sekadar mengakui beriman kepada Allah SWT tanpa melakukan amalan soleh.

Keimanan kepada Allah SWT mesti dibuktikan dengan pelaksanaan amal soleh bagi membuktikan keimanannya.

Bagi golongan yang beriman dan beramal soleh, maka Allah SWT akan mengampuni segala dosa kesalahan yang pernah dilakukan.

Ini kerana setiap manusia tidak akan terlepas daripada melakukan kesilapan dan hanya Rasulullah SAW sahaja yang terpelihara daripada sebarang dosa

20/04/2025

Perkongsian

2025

27/12/2024

JADILAH ORANG YANG BAIK

Satu persoalan yang sewajarnya ditanyakan kepada diri semenjak kita hidup di dunia ini, adakah kita sudah menjadi manusia yang bermanfaat kepada orang sekeliling, ahli keluarga, jiran tetangga, masyarakat juga negara?

Daripada Jabir bin Abdullah RA, sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

خَيْرُ الناسِ أَنفَعُهُم لِلنَّاسِ

“Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain.”

(Hadis Riwayat Thabrani, Al-Mu’jam al-Ausath, juz VII, hal. 58, disahihkan Muhammad Nasiruddin al-Albani dalam kitab As-Silsilah as-Sahihah)

Menjadi peribadi yang bermanfaat adalah salah satu karakter yang harus dimiliki oleh seorang Muslim. Seorang Muslim lebih disarankan untuk memberikan manfaat kepada orang lain, bukan hanya mencari manfaat daripada orang atau memanfaatkan orang lain.

Implementasi konsep Islam

Ini adalah bahagian daripada implementasi konsep Islam yang penuh cinta iaitu memberi.

Antara amalan yang paling dicintai oleh Allah Subhanahuwataala ialah membuat orang lain bahagia antaranya dengan cara meringankan kesusahannya, mempermudahkan urusan mereka dan menghilangkan rasa laparnya.

Seorang Muslim yang pergi untuk membantu memenuhi keperluan seseorang, lebih dicintai Allah daripada dia beriktikaf sebulan di Masjid Nabawi.

Menjadi orang yang bermanfaat tidak semestinya memerlukan pengorbanan wang ringgit atau harta.

Mengajar ilmu kepada orang lain, berdakwah mengikut kemampuan kita, memberi sokongan moral atau bantuan tenaga juga sudah dikira memberi manfaat kepada orang lain.

Setiap sesuatu yang dapat memberi kemudahan, kelegaan atau kebaikan kepada orang lain adalah dikira bermanfaat.

13/10/2024
15/03/2024

HILANGNYA AMANAH TANDA-TANDA KIAMAT

Daripada Abi Hurayrah RA berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda:


إِذَا ضُيِّعَتِ الأَمَانَةُ فَانْتَظِرِ السَّاعَةَ. قَالَ: كَيْفَ إِضَاعَتُهَا يَا رَسُوْلَ اللهِ؟ قَالَ: إِذَا أُسْنِدَ الأَمْرُ إِلَى غَيْرِ أَهْلِهِ فَانْتَظِرِ السَّاعَةَ.



Maksudnya: Apabila hilang amanah dalam diri, maka tunggulah saat kebinasaan. Sahabat bertanya: Bagaimana punca hilangnya amanah itu wahai Rasulullah? Lalu, baginda Rasulullah bersabda: Apabila diserahkan sesuatu urusan kepada orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah hari kebinasaan itu.

Al-Bukhari : 6496

09/02/2023

Semua orang boleh berjaya.

Untuk berjaya kita perlu menggunakan atau memperkembangkan potensi yang ada dalam diri kita ke tahap paling tinggi. Sesungguhnya tiada jalan pintas untuk berjaya dalam hidup.

Kejayaan adalah hasil dari usaha kita sendiri dalam melakukan apa sahaja baik dalam menuntut ilmu, dalam permainan atau dalam pertandingan. Orang yang berjaya bukannya tidak pernah gagal.

Namun, harus terus bangkit kerana kegagalan menjadi satu pendorong kepada sebuah kejayaan. Kita perlu wujudkan rasa percaya pada diri sendiri. “Jika orang lain boleh berjaya, mengapa tidak saya”.

Kejayaan dan kegagalan adalah lumrah dan realiti kehidupan yang semestinya ditempuh oleh setiap manusia di atas muka bumi ini. Pengalaman hidup ini yang mematangkan manusia.

Kelab 007

17/01/2023

Aku memohon ampun kepada Allah Yang Maha Besar, tiada tuhan selain Dia, yang hidup lagi sentiasa berkuasa dan aku bertaubat kepadaNya

16/01/2023

Ya Allah,

berilah kami pada hari ini dua kenikmatan: pada permulaannya kebahagiaan mentaati-Mu, pada akhirnya : kenikmatan akan ampunan-Mu, Wahai Dia Yang menjadi satu-satunya Tuhan Selain Dia tiada yang dapat memberikan ampunan.

Ya Allah Sampaikan solawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. penutup dan penyempurna para utusan, kepada keluarganya yang baik dan suci serta kepada para sahabatnya.

Ameeen

12/08/2022

5 KELEBIHAN BACA SURAH AL-KAHFI

1. Dipancarkan cahaya untuknya antara 2 jumaat.

2. Terselamat dari fitnah dajjal.

3. Turunnya ketenangan dan rahmat.

4. Menceritakan realiti kehidupan sebenar

5. Ikhtibar untuk hadapi ujian dan fitnah akhir zaman.

Want your school to be the top-listed School/college in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


Kuala Lumpur