PIBG SK Sungai Penchala Kuala Lumpur

PIBG SK Sungai Penchala Kuala Lumpur

Share

PIBG SKSP ialah platform kerjasama ibubapa & guru demi memacu kejayaan anak-anak di sekolah.

Photos from PIBG SK Sungai Penchala Kuala Lumpur's post 16/06/2024

Mesyuarat Agung PIBG SKSP yang ke-49 pada 8 Jun 2024, Sabtu.

Majlis dirasmikan oleh guru besar Sekolah Kebangsaan Sungai Penchala Puan NorLaily binti Md Yusoff. Puan Norlaily telah menyampaikan amanat KPM tentang isu PONTENG dan kes BULI serta GANGGUAN SEKSUAL. Isu-isu ini adalah masalah serius dikalangan pelajar-pelajar sekolah.

Yang diPertua PIBG En Mohd Jeffry bin Fauzi didalam ucapan beliau berharap ibubapa bersama-sama membantu PIBG dan pihak sekolah untuk memastikan kecemerlangan anak-anak dan secara tak langsung akan melonjakkan nama Sekolah Kebangsaan Sungai Penchala setanding dengan sekolah yang lain.

Terima kasih kepada semua guru-guru dan ibubapa yang menghadirkan diri. Jika ada umur yang panjang inn syaa Allah kita berjumpa lagi.

09/06/2024
Photos from PIBG SK Sungai Penchala Kuala Lumpur's post 07/06/2024

Dear parents,

Mari hadir ke Mesyuarat Agung Tahunan PIBG 2024/2025!

Kehadiran parents penting terutama sekali untuk pemilihan ahli Jawatankuasa PIBG 2024/2025.

Badan PIBG yang kuat dan progresif akan dapat melonjakkan prestasi akademik dan ko-kurikulum anak-anak kita. Oleh itu, amat penting untuk kita memastikan wakil parents ke Lembaga PIBG merupakan calon yang berkemampuan, berkaliber dan bersemangat terhadap perkembangan sekolah dan murid-murid.

Di sini saya kongsikan bidang tugas bagi jawatan-jawatan PIBG untuk dijadikan rujukan. Secara amnya, calon yang terpilih akan menerajui setiap biro dengan bantuan ahli-ahli PIBG yang lain serta guru-guru. Buah fikiran, tenaga kerja dan pelaksanaan program yang berkesan bagi setiap ketua biro amat diperlukan oleh PIBG dan pihak sekolah.

Kami sangat mengalu-alukan kerjasama parents bagi menganggotai team PIBG 2024/2025. Jumpa esok ya!

🔹Mesyuarat Agung Tahunan PIBG 2024/2025🔹
Tarikh : Sabtu, 8 Jun 2024
Masa ketibaan: 8.30am - 8.45am
Masa mula program: 9am
Peringatan: Parents yang membuat usul/cadangan perlu hadir untuk usul/cadangan dibincangkan.

(Disclaimer: Bidang tugas yang disenaraikan hanya untuk rujukan. Tugas sebenar mungkin berbeza atau lebih bergantung dengan situasi semasa.)

Disediakan oleh:
Tasniim Abd Rahman, Biro ICT



Photos from PIBG SK Sungai Penchala Kuala Lumpur's post 20/01/2024

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera buat semua ibubapa yang dikasihi

*UNTUK MAKLUMAN*

Mohon ibu bapa yang belum menjelaskan sumbangan PIBG untuk menyegerakan dan mengutamakannya. Boleh rujuk kepada guru kelas untuk update senarai murid yang sudah buat bayaran.

Sesi persekolahan 2023 hampir sampai ke penghujung sesi. Sumbangan tersebut sangat diperlukan untuk aktiviti dan program anjuran sekolah untuk anak-anak kita semua. Kebaikan & manfaat sumbangan anda akan kembali kepada anak-anak tuan & puan juga.

Sumbangan boleh dibuat secara terus ke guru kelas masing-masing. Resit bayaran dari PIBG akan diberikan.

Tahniah kepada yang telah menunaikannya.

Kerjasama tuan & puan amat dihargai
Sekian, terima kasih.

Yang ikhlas,
YDP PIBG SKSP 2023/2024

20/01/2024

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera buat semua ibubapa yang dikasihi

*UNTUK MAKLUMAN*

Mohon ibu bapa yang belum menjelaskan sumbangan PIBG untuk menyegerakan dan mengutamakannya. Boleh rujuk kepada guru kelas untuk update senarai murid yang sudah buat bayaran.

Sesi persekolahan 2023 hampir sampai ke penghujung sesi. Sumbangan tersebut sangat diperlukan untuk aktiviti dan program anjuran sekolah untuk anak-anak kita semua. Kebaikan & manfaat sumbangan anda akan kembali kepada anak-anak tuan & puan juga.

Sumbangan boleh dibuat secara terus ke guru kelas masing-masing. Resit bayaran dari PIBG akan diberikan.

Tahniah kepada yang telah menunaikannya.

Kerjasama tuan & puan amat dihargai
Sekian, terima kasih.

Yang ikhlas,
YDP PIBG SKSP 2023/2024

12/12/2023

🎉KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN KALI KE - 70 SK SUNGAI PENCHALA 🎉

Alhamdulillah temasya sukan tahun telah berjaya dilangsungkan dengan meriah sekali!

Tahniah buat semua peserta, pemenang, guru, murid, ibu bapa dan alumni di atas penglibatan dan kerjasama semua!

Semoga kita semua dapat berkumpul dan sama-sama menjayakan temasya sukan tahunan SKSP lagi pada tahun hadapan 🙌🏼



Music: Carefree Claps
Musician: REDproductions
URL: https://pixabay.com/music/-carefree-ukulele-claps-playful-positive-corporate-cheerful-music-16391/

29/09/2023

Terbuka kepada warga Sungai Penchala yang mempunyai anak bawah 17 tahun yg berminat dengan sukan bola sepak.
Boleh turun kepadang Sek Keb Sungai Penchala esok SABTU 30 Sepember 2023 pada pukul 4.30 ptg.

Photos from PIBG SK Sungai Penchala Kuala Lumpur's post 19/09/2023

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Pada 4hb September 2023, sebanyak 11 buah 'refurbished' laptop telah diserahkan kepada pihak sekolah untuk kegunaan pembelajaran di dalam Makmal Komputer.

Biro ICT telah mendapatkan sumbangan daripada Yayasan Aman untuk pembelian laptop sejumlah RM 5000. Selebihnya ialah daripada sumbangan individu-individu secara persendirian kepada sekolah.

Jenis laptop yang telah diterima:
1. Lenovo Yoga 11e
Core i5 7th Gen
Touch screen
Beg & Mouse

2. Dell
Intel core i5 8th gen
Touch screen
Beg & Mouse

Semoga dengan penambahan laptop ini dapat memudahkan lagi urusan tenaga pengajar di Makmal Komputer SKSP.

Terima kasih buat semua yang telah memberi kerjasama dalam usaha ini.

Sekian,
Biro ICT

Photos from PIBG SK Sungai Penchala Kuala Lumpur's post 05/08/2023

28 Julai 2023 ~ alhamdulillah perbincangan diantara Masjid Al-Hidayah Sungai Penchala, Sek Keb Sungai Penchala dan PIBG Sek Keb Sungai Penchala bagi program akil baligh dan solat jenazah utk pelajar-pelajar lelaki tahun 5 dan tahun 6.
Semoga program ini dapat dilaksanakan dan pelajar-pelajar ini mendapat ilmu yang sangat berguna untuk diri mereka.

Jazak Allahu Khyran kepada mereka yg terlibat terutama sekalj Ustaz Burhanuddin dari masjid Al Hidayah Sg Penchala.

22/07/2023

PIBG mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa, anak-anak, alumni, guru-guru serta sukarela yang sudi meluangkan masa bergotong-royong pagi tadi.

Semoga usaha ini dapat mencegah pembiakan Aedes di sekolah buat jangka masa panjang.
Good job and effort everyone! 👏👏

Maaf sekiranya ada aktiviti-aktiviti atau peserta gotong-royong yang tiada di dalam video ini. Paparan ini hanya menunjukkan 40% daripada keseluruhan program.

Tag gambar kepada kami ya ☺️



Send a message to learn more

20/07/2023

Program Gotong-Royong Madani

Dengan sukacitanya pihak PIBG dan pihak sekolah ingin menjemput ibubapa dan penduduk Kg Sungai Penchla yang berkelapangan utk bersama-sama menyertai PROGRAM GOTONG-ROYONG PERANGI AEDES 1.0 diSekolah Kebangsaan Sungai Penchala (SKSP).

Tarikh: 22 Julai 2023 [Sabtu]

Masa: 8.00 pagi

Tempat: SK Sungai Penchala

(Sarapan disediakan)

Ibubapa diminta untuk mengisi google form dibawah untuk kehadiran.
Terima kasih

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScD2jUU2XFcWqZzkkR8rW2ZM8RJa3VFv7nnfgbmd1fhBj0BGQ/viewform?usp=sf_link

Want your school to be the top-listed School/college in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Jalan Penchala Indah 7, Jalan Damansara, Sungai Penchala
Kuala Lumpur
60000