Akademi Pengajian Melayu

Akademi Pengajian Melayu Akademi Pengajian Melayu (APM) telah ditubuhkan pada tahun 1990.

Sertai Kami sebagai Pensyarah Kanan – Bidang Seni Persembahan Tari/Teater & Pengurusan Pentas ProduksiπŸ“’ PELUANG KERJAYA ...
18/08/2026

Sertai Kami sebagai Pensyarah Kanan – Bidang Seni Persembahan Tari/Teater & Pengurusan Pentas Produksi

πŸ“’ PELUANG KERJAYA DI AKADEMI PENGAJIAN MELAYU (APM), UNIVERSITI MALAYA

Akademi Pengajian Melayu (APM), Universiti Malaya mempelawa calon yang berkelayakan, berpengalaman dan bersemangat dalam di atas untuk menyertai komuniti akademik kami sebagai:

πŸŽ“ PENSYARAH KANAN (SENIOR LECTURER)

✨ Jika anda mempunyai kepakaran dalam bidang Seni Persembahan Tari/Teater & Pengurusan Pentas Produksi serta komited terhadap kecemerlangan pengajaran, penyelidikan, penerbitan dan penglibatan akademik, inilah peluang untuk bersama-sama memperkasa ilmu, bahasa, budaya dan tamadun Melayu di peringkat nasional dan antarabangsa.

🌏 Jadilah sebahagian daripada komuniti akademik APM dalam membina masa hadapan Pengajian Melayu yang dinamik, berimpak dan berdaya saing global.

πŸ“Œ Permohonan kini dibuka!
Layari Portal Kerjaya Universiti Malaya ([email protected]) untuk maklumat lanjut.





π’π„π“πˆππ†π†πˆ-π“πˆππ†π†πˆ π“π€π‡ππˆπ€π‡ 𝐃𝐀𝐍 π’π˜π€ππ€π’ 𝐀𝐓𝐀𝐒 ππ„ππ„π‘ππˆπ“π€π ππ”πŠπ” Seluruh warga Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya meraka...
15/08/2026

π’π„π“πˆππ†π†πˆ-π“πˆππ†π†πˆ π“π€π‡ππˆπ€π‡ 𝐃𝐀𝐍 π’π˜π€ππ€π’ 𝐀𝐓𝐀𝐒 ππ„ππ„π‘ππˆπ“π€π ππ”πŠπ”

Seluruh warga Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Dr. Marzudi Md Yunus atas penerbitan buku Melayu dan Perlembagaan Malaysia: Sejarah, Budaya dan Institusi.

Karya ini mengupas hubungan erat antara Melayu dan Perlembagaan Malaysia dari sudut sejarah, budaya dan institusi, sekali gus memberikan sumbangan bermakna dalam memperkaya wacana ketatanegaraan dan warisan Melayu kontemporari.

Semoga penerbitan ini terus memberi manfaat kepada masyarakat, penyelidik dan warga akademik serta menjadi inspirasi dalam memperkasa budaya ilmu dan penerbitan ilmiah.

Tahniah dan syabas πŸ’




ππ„ππ†πŠπ„π‹ ππ„πŒπ€ππ“π€ππ€π πŠπ”π€π‹πˆπ“πˆ 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐉𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 ππ„πŒππ„π‹π€π‰π€π‘π€π (𝐏𝐃𝐏) π€πŠπ€πƒπ„πŒπˆ ππ„ππ†π€π‰πˆπ€π πŒπ„π‹π€π˜π”Bengkel Pemantapan Kualiti Pengajar...
14/08/2026

ππ„ππ†πŠπ„π‹ ππ„πŒπ€ππ“π€ππ€π πŠπ”π€π‹πˆπ“πˆ 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐉𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 ππ„πŒππ„π‹π€π‰π€π‘π€π (𝐏𝐃𝐏) π€πŠπ€πƒπ„πŒπˆ ππ„ππ†π€π‰πˆπ€π πŒπ„π‹π€π˜π”

Bengkel Pemantapan Kualiti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Akademi Pengajian Melayu telah berlangsung pada 11 Ogos 2026 di Dewan Semarak, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.

Bengkel anjuran Pejabat Timbalan Dekan, Ijazah Dasar dan Hal Ehwal Pelajar ini memberi pendedahan dan pemahaman kepada para pensyarah berkaitan Kerangka Kelayakan Malaysia (KKM), Outcome-Based Education (OBE), penjajaran CLO/PLO serta penyediaan penilaian akademik bagi memperkukuh kualiti pengajaran dan pembelajaran.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua pensyarah Akademi Pengajian Melayu atas komitmen dan penyertaan yang diberikan. Semoga bengkel ini dapat memperkasakan lagi kualiti PdP serta penyampaian pendidikan di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya




14 Ogos 2026: Sekitar Program Gotong-Royong Menceriakan Akademi Pengajian Melayu (APM) sempena sambutan Bulan Kebangsaan...
14/08/2026

14 Ogos 2026: Sekitar Program Gotong-Royong Menceriakan Akademi Pengajian Melayu (APM) sempena sambutan Bulan Kebangsaan telah berlangsung dengan jayanya melalui pelbagai aktiviti, antaranya pemasangan Jalur Gemilang serta penanaman pokok di sekitar kawasan APM.

Program ini dianjurkan oleh Pejabat Timbalan Dekan (Pembangunan), Akademi Pengajian Melayu, dengan kerjasama dan sokongan warga APM. Penglibatan warga APM secara bersama bukan sahaja menceriakan dan memperindah persekitaran akademi, malah turut menyemarakkan semangat patriotisme serta meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menjaga kebersihan, kehijauan dan kelestarian persekitaran.

Program ini juga menjadi wadah untuk mengeratkan hubungan silaturahim dan memupuk semangat kerjasama dalam kalangan warga APM. Semangat kebersamaan yang ditunjukkan mencerminkan komitmen warga APM dalam mewujudkan suasana kerja yang lebih ceria, bersih, indah, kondusif dan selesa, selaras dengan semangat sambutan Bulan Kebangsaan.





π’π„π“πˆππ†π†πˆ-π“πˆππ†π†πˆ π“π€π‡ππˆπ€π‡ 𝐃𝐀𝐍 π’π˜π€ππ€π’ 𝐀𝐓𝐀𝐒 ππ„ππ„π‘ππˆπ“π€π ππ”πŠπ”Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya merakamkan setinggi-t...
14/08/2026

π’π„π“πˆππ†π†πˆ-π“πˆππ†π†πˆ π“π€π‡ππˆπ€π‡ 𝐃𝐀𝐍 π’π˜π€ππ€π’ 𝐀𝐓𝐀𝐒 ππ„ππ„π‘ππˆπ“π€π ππ”πŠπ”

Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Dr. Ahmad Zahiruddin Mohd Zabidi atas penerbitan buku bertajuk HAMKA: Jati Diri Kemanusiaan dan Kesejagatan.

Karya ilmiah ini mengupas pemikiran HAMKA yang berteraskan nilai kemanusiaan sejagat, di samping memberikan sumbangan yang bermakna dalam memperkaya khazanah ilmu serta pemikiran Melayu kontemporari.

Semoga penerbitan ini terus memberikan manfaat kepada masyarakat akademik dan menjadi sumber inspirasi kepada seluruh warga Universiti Malaya dalam memperkasa budaya ilmu, penyelidikan dan penerbitan.

Sekalung tahniah dan syabas diucapkan πŸ’




π’π„π“πˆππ†π†πˆ-π“πˆππ†π†πˆ π“π€π‡ππˆπ€π‡ πŠπ„ππ€πƒπ€ ππ„ππ„π‘πˆπŒπ€ 𝐆𝐄𝐑𝐀𝐍 𝐆𝐄𝐓 πŸπŸŽπŸπŸ”Akademi Pengajian Melayu (APM), Universiti Malaya merakamkan setin...
14/08/2026

π’π„π“πˆππ†π†πˆ-π“πˆππ†π†πˆ π“π€π‡ππˆπ€π‡ πŠπ„ππ€πƒπ€ ππ„ππ„π‘πˆπŒπ€ 𝐆𝐄𝐑𝐀𝐍 𝐆𝐄𝐓 πŸπŸŽπŸπŸ”

Akademi Pengajian Melayu (APM), Universiti Malaya merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Dr. Madiawati binti Mamat @ Mustaffa selaku Ketua Projek serta seluruh ahli penyelidik atas kejayaan memperoleh Geran Penyelidikan Eksploratori dan Transformatif (GET) 2026 dengan jumlah peruntukan sebanyak RM97,490.00.

Tajuk Projek: Pembangunan Kerangka Strategik Ekopelancongan Berasaskan Sastera Lisan bagi Pemerkasaan Ekonomi Komuniti

Barisan ahli penyelidik:
Prof. Dr. Azhar Wahid, Universiti Pendidikan Sultan Idris
Prof. Madya Dr. Rohaya binti Md Ali, Universiti Utara Malaysia
Dr. Eizah Mat Hussain, Universiti Malaya
Dr. Nurhanis Sahiddan, Universiti Malaya
Encik Mohamad Zaki Abdul Halim, Universiti Malaysia Perlis

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada penghasilan penyelidikan yang berimpak tinggi, inovatif dan signifikan kepada pemerkasaan ekonomi komuniti, di samping memperkukuh peranan sastera lisan serta warisan Melayu sebagai sumber ilmu dan pembangunan masyarakat.

Syabas dan tahniah kepada seluruh pasukan penyelidik. 🌟

Akademi Pengajian Melayu | Academy of Malay Studies
Universiti Malaya





Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Profes...
13/08/2026

Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Profesor Madya Dr. Sabzali Musa Kahn atas segala jasa, bakti, komitmen dan sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.

Segala dedikasi dan khidmat bakti yang diberikan amat dihargai dan akan sentiasa dikenang.




πŸŽ“ Ayuh, Alumni UM πŸ’
12/08/2026

πŸŽ“ Ayuh, Alumni UM πŸ’

Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Dr. Nur Azimah Mohd Buk...
11/08/2026

Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Dr. Nur Azimah Mohd Bukhari atas pelantikan sebagai Penyelaras Program Sarjana Muda Bahasa Melayu Profesional berkuat kuasa mulai 3 Ogos 2026.

Semoga terus cemerlang dalam memimpin dan menyumbang kepada kemajuan Akademi Pengajian Melayu.




Tahniah dan syabas diucapkan kepada Dr. Nurul Asmaa’ Akmal Md. Din atas pelantikan sebagai Penyelaras Program Sarjana & ...
11/08/2026

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Dr. Nurul Asmaa’ Akmal Md. Din atas pelantikan sebagai Penyelaras Program Sarjana & Doktor Falsafah, Penyelidikan dan Inovasi di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, berkuat kuasa 3 Ogos 2026.

Semoga pelantikan ini menjadi pemangkin kepada kecemerlangan dalam memacu pembangunan akademik, penyelidikan dan inovasi, serta terus menyumbang kepada kemajuan Akademi Pengajian Melayu.




Address

Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya
Kuala Lumpur
50640

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:30
Tuesday 08:00 - 17:30
Wednesday 08:00 - 17:30
Thursday 08:00 - 17:30
Friday 08:00 - 17:30
Saturday 00:00 - 00:15
Sunday 00:00 - 00:15

Telephone

+60379677200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Akademi Pengajian Melayu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Akademi Pengajian Melayu:

Shortcuts

Share

Category