YA.TSI - Young Ambassadors . Taska Sutera Ilmi
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from YA.TSI - Young Ambassadors . Taska Sutera Ilmi, Childcare service, Lembah Keramat, Kuala Lumpur.
03/07/2022
Setiap hari ada sahaja kanak kanak di tolak ke dewan bedah akibat karies gigi. Pembedahan terpaksa dilakukan untuk mencabut gigi sehingga berbelas batang. Bayangkan berbelas batang gigi di cabut dalam sehari, memang kasihan. Ada juga kes melibatkan pembersihan nanah dan jangkitan sehingga ke muka.
Sekiranya anak anda masih perlu botol susu untuk tidur, mungkin ini masanya untuk anda memikirkan strategi untuk memisahkannya.
KARIES BOTOL SUSU terjadi apabila anak dibiarkan tidur dengan menghisap susu daripada botol susu. Sisa susu akan ditukar oleh bakteria mulut menjadi cecair yang berasid dan menyebabkan mineral gigi terhakis.
Cuba tukar susu ini kepada air kosong secara berperingkat dan galakkan mereka untuk minum menggunakan cawan selepas usia 6 bulan.
Selain itu, pastikan selepas minum susu atau makan biasakan rutin mengelap gigi, gusi dan lidah menggunakan kain lembab.
29/06/2022
24/06/2022
Kemahiran motor halus adalah penting untuk kemahiran harian serta prestasi akademik.
✅Kemahiran akademik termasukLah - Kemahiran pensel (menconteng, mewarna, melukis, menulis)
✅ Kemahiran mengunting (memotong)
✅ Kemahiran membina menggunakan lego, duplo, teka-teki, landasan kereta api
✅ Menyarungkan pakaian anak patung
✅ Penggunaan IT (cth. manipulasi tetikus dan stylus)
✅ Penjagaan diri termasuk berpakaian – mengikat tali kasut, sandal, zip, butang, tali pinggang
✅ Makan – menggunakan kutleri, membuka kotak makan tengah hari dan beg makanan
kebersihan – membersihkan gigi, memberus rambut, ke tandas
Tanpa keupayaan untuk menggunakan motor halus, keyakinan diri kanak-kanak boleh terjejas, prestasi akademik mereka terjejas dan pilihan bermain mereka sangat terhad.
Mereka juga tidak dapat mengembangkan kebebasan yang sesuai dalam kemahiran 'hidup' yang seterusnya mempunyai implikasi sosial bukan sahaja dalam keluarga tetapi juga dalam hubungan rakan sebaya.
Jika anda perhatikan anak anda ada kesukaran dalam menggunakan motor halus sila dapatkan pemeriksaan dan rujukan untuk terapi
21/06/2022
Makanan dan minuman tinggi gula bukan sahaja memberi kesan kesihatan tetapi ada kesan kpd prestasi akademik, pembelajaran dan memori kanak kanak.
Banyak minuman & makanan yang tinggi gula di iklankan dan di promosikan sebagai minuman yang SIHAT untuk kanak kanak. Ketahuilah bahawa terdapat lebih 56 jenis nama gula yang berbeza di gunakan dalam label produk makanan sehingga ibu bapa tidak dapat mengesan kandungan gula yang tinggi dalam makanan.
Sebagai ibu bapa, strategi yang boleh dilakukan adalah untuk tidak membeli & membekalkan kanak kanak dengan makanan/ minuman manis ini (walaupun mereka menangis nangis di kaunter bayaran). Jadikan amalan kurang manis, tak nak manis manis sebagai diet pemakanan seisi keluarga.
21/06/2022
Mirepoix adalah perasa aromatik yang disediakan dengan memasak bawang, saderi (celery), dan lobak. Ia adalah salah satu sos asas dalam masakan dan sering digunakan dalam masakan seperti sup, stew dan juga untuk perapan. Sayur-sayuran dimasak perlahan-lahan dengan mentega atau minyak untuk membangkitkan rasa tanpa terlalu garing.
Mirepoix boleh dijadikan penyedap makanan bayi ; contohnya ditumis bersama ayam dan ikan bagi menaikkan lagi aroma makanan tersebut.
Pusat Maklumat Pemakanan Negeri Kelantan
14/06/2022
Ramai ibu bapa tidak sedar makanan manis ini boleh membuatkan kanak-kanak ketagih kepada gula. Salah faham dan kurangnya kesedaran mengenai kepentingan kawalan pengambilan gula sejak kecil menyebabkan gigi rosak dan obesiti akibat makanan dan minuman manis tidak terkawal.
Pengambilan gula secara berlebihan turut menyebabkan imuniti tubuh menjadi lemah. Ibu bapa perlu memperkenalkan makanan dengan rasa asli tanpa mencampurkan gula atau garam untuk kesejahteraan kesihatan anak pada masa akan datang
Pusat Maklumat Pemakanan Negeri Sembilan
25/05/2022
Jika tiada keperluan, tidak perlu bawa anak ke tempat tumpuan awam yang sesak termasuk
- Pasaraya (bersihkan troli jika mahu guna)
- Taman permainan awam
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Website
Address
Lembah Keramat
Kuala Lumpur
54000
Opening Hours
| Monday | 06:45 - 18:30 |
| Tuesday | 06:45 - 18:30 |
| Wednesday | 06:45 - 18:30 |
| Thursday | 06:45 - 18:30 |
| Friday | 06:45 - 18:30 |