20/01/2026
๐ฃ Jangan lepaskan peluang!
Saksikan Forum Pendidikan Negara dan Majlis Peluncuran Rancangan Pendidikan Negara (RPN) 2026โ2035 secara LANGSUNG melalui RTM, EduWebTV, DIDIK TV dan FB KPM.
๐ 20 Januari 2026
โฐ 10.30 pagi โ *Forum Pendidikan Negara*
๐ Tonton di sini:
https://youtube.com/live/HuE_s_QcdyY?feature=share
โฐ 12.30 tengah hari โ *Majlis Peluncuran RPN 2026โ2035*
๐ Tonton di sini:
https://youtube.com/live/C8LyxcfBXS8?feature=share
Tahun Ini, Tahun Kita
FORUM PENDIDIKAN NEGARA
Saluran Rasmi: https://www.youtube.com/c/EduwebTVkpm
11/01/2026
Selamat kembali ke sekolah buat anak-anak SeJaSa. Kejarlah Ilmu hingga smpai akhir hayatmu.
19/12/2025
๐ซHari PPDa peringkat SK Jalan Pasar 1๐ซ
๐
Tarikh : 17 Disember 2025(Rabu)
โบ Tempat : Padang SK Jalan Pasar 1
Alhamdulillah telah selesai Hari PPDa yang melibatkan demonstrasi dari Unit k-9 bahagian pencarian dadah, bagi memeriahkan lagi sambutan Hari PPDa๐คฉ
Tujuan demonstrasi ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan kepada murid-murid akan bahayanya dadah yang merupakan musuh kepada negaraโจ
Semoga demonstrasi yang dilaksanakan oleh Unit K-9 PDRM ini dapat menberikan manfaat kepada murid murid Sejasa
Hari PPDa juga melibatkan ceramah dari unit AADK berkaitan bahaya dadah kepada manusia, terima kasih diucapkan kepada AADK atas jasa menyampaikan ilmu kepada murid-murid,
Semoga semua murid mendapat manfaat๐คฉ
18/12/2025
๐โฝ๏ธ๐ฅ๐KARNIVAL SUKAN SEJASA 2025๐ฅ๐โฝ๏ธ๐
Isnin & Selasa | 15 & 16 Disember 2025
Sekolah Kebangsaan Jalan Pasar 1
Semua murid dari tahun 1 - tahun 6 terlibat dalam karnival ini. Aktiviti sukan yg dijalankan ialah bola sepak, ragbi sentu, badminton, sepak takraw dan sukanekaโจ
Tahniah diucapkan kepada pemenang!๐คฉ
18/12/2025
๐๏ธHARI ANUGERAH KECEMERLANGAN & MAJLIS GRADUASI 2025 SK JALAN PASAR 1๐๏ธ
Warna-warni di Hari Anugerah Kecemerlangan
Tarikh : 13 Disember 2025
Hari : Sabtu
Tempat : Dewan Harmoni, SK Jalan Pasar 1
Majlis telah dirasmikan oleh :
En Muhammad Hatta bin Abdul Rahman
YDP PIBG SK Jalan Pasar 1
Alhamdulillah,Tahniah dan Syabas kepada semua murid-murid kerana berjaya menamatkan pengajian bagi sesi 2025
Tahniah juga diucapkan kepada semua penerima anugerah prasekolah๐คฉ
Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua YDP PIBG, Para pentadbir, Guru-guru, AKP , AJK PIBG, Ibubapa Dan yang terlibat secara langsung atau tidak
Diatas sumbangan tenaga, harta, dan idea yang diberikan untuk menjayakan Majlis bagi sesi 2025๐ฅณ
Semoga SK Jalan Pasar 1 akan lebih maju dan mantap dalam mendidik anak generasi akan datang InshaAllah
10/12/2025
๐HARI BICARA AKADEMIK BIL 2/2025๐
Jumaat | 05 Disember 2025
SK Jalan Pasar 1
Terima kasih kepada ibu bapa/ penjaga yang sudi hadir dan meluangkan masa untuk ke sekolah๐คฉ
Semoga anak-anak SEJASA dapat belajar sesuatu daripada perbincangan bersama guru kelas masing-masing๐๐ป
Perbaiki kelemahan yang ada. Betulkan kesilapan semalam. Tingkatkan usaha untuk hari-hari akan datang๐คฉ๐๐ป
Semoga anak-anak akan lebih terus cemerlang dalam UASA yang akan datang๐คฉ
03/12/2025
๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐
๐๐๐ ๐
๐
5 Disember 2025 (Jumaat)
โฐ 8.00 โ 11.30 pagi
๐ซ Di kelas masing-masing
Semua ibu bapa/penjaga dijemput hadir.
Murid dibenarkan pulang bersama ibu bapa/penjaga selepas sesi selesai.
Terima kasih atas kerjasama dan sokongan tuan/puan.
03/12/2025
๐ซ๐๐๐BENTO BUAH-BUAHAN๐๐๐๐๐
Tarikh: 3 Disember 2025(Rabu)
Tempat: Dewan Harmoni
Tahniah diucapkan kepada ibu bapa dan murid-murid yang berjaya menyediakan pelbagai jenis dan idea bento buah-buahan๐คฉ
Seramai 16 orang pemenang telah terpilih dan tahniah diucapkan!
Semoga dengan usaha ini dapat menggalakkan murid-murid mengamalkan pemakanan yang sihat!
01/12/2025
Tahniah di atas pelantikan sebagai Pembimbing Rakan Sebaya dan Pengawas SPBT sesi 2026.
Beberapa orang pelajar telah dilantik untuk menjadi pengawas bagi memimpin rakan-rakan yang lain serta menjadi contoh yang baik bagi rakanโจ
Semoga pelajar yang dipilih terus komited dalam tugas dan amanah yang diberikan๐ซฐ๐ผ
01/12/2025
Tahniah di atas pelantikan sebagai Pengawas Sekolah bagi sesi 2026๐คฉ
Beberapa orang pelajar telah dilantik untuk menjadi pengawas bagi memimpin rakan-rakan yang lain serta menjadi contoh yang baik bagi rakanโจ
Semoga pelajar yang dipilih terus komited dalam tugas dan amanah yang diberikan๐ซฐ๐ผ
01/12/2025
๐ SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK 2025! ๐
โSetiap kanak-kanak adalah permata berharga dunia.โ ๐
๐ Tarikh: 26 November 2025
๐ Hari: Rabu
SK Jalan Pasar 1 dipenuhi dengan gelak tawa, warna-warni dan keceriaan sempena Sambutan Hari Kanak-kanak 2025 bertemakan โHoliday In Paradiseโ ๐ด๐๐๐ปโโ๏ธ๐๐ปโโ๏ธ
Majlis ini diadakan sebagai tanda kasih dan penghargaan buat semua murid yang menjadi nadi serta penyeri sekolah.
Setiap senyuman, setiap langkah dan setiap usaha kalian menjadikan SK Jalan Pasar 1 sebuah tempat yang penuh bahagia dan bermakna. ๐
Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti
๐๐ปโโ๏ธ Pertandingan Mewarna
๐๐ปโโ๏ธSoopa Doopa
๐๐ปโโ๏ธ Giant Bubble
Terima kasih kepada guru besar, YDP PIBG, NYDP PIBG, semua guru, warga sekolah dan penaja yang menjayakan sambutan ini dengan penuh semangat dan kasih sayang ๐
๐ Selamat Hari Kanak-kanak kepada semua murid SK Jalan Pasar 1! Teruslah menjadi anak yang ceria, berani bermimpi dan menyebarkan kebaikan di mana sahaja kalian berada! ๐