16/04/2026
“Ramai pelajar ingat nota yang cantik adalah penting untuk skor A dalam peperiksaan. SALAH!
Nota yang betul ialah bukan nota yang cantik tetapi nota yang otak kita senang nak ingat.”
Ini adalah realiti ramai anak-anak kita, pelajar di Malaysia hari ini. Ramai yang terlalu fokus nak buat nota cantik sampai terlupa tujuan sebenar mereka buat nota itu sendiri.
Nota bukan pertandingan seni. Nota ialah alat untuk membantu daya ingatan.
Mari saya kongsikan beberapa tip menulis nota yang betul.
Pertama, berlatih untuk tulis nota menggunakan ayat kita sendiri.
=========
Jangan salin bulat-bulat dari buku teks. Kita pilih perkataan, ayat atau isi penting dan cuba tulis semula mengikut apa yang kita faham.
Sebagai contoh, untuk nota tentang “Fotosintesis” , kita boleh tulis “cara pokok buat makanan guna cahaya matahari.”
Kedua, pendek tapi padat.
==========
Jangan tulis satu muka surat penuh macam karangan. Ambil isi penting sahaja seperti tarikh, formula, fakta utama atau kata kunci.
Kita tidak mahu nota kita jadi macam buku teks.
Ketiga, guna warna dengan bijak.
==========
Warna bukan untuk cantik semata-mata. Guna warna untuk bezakan tajuk, isi penting, atau formula. Bila kita buka nota, mata terus ternampak isi atau perkara-perkara yang penting.
Keempat, buat nota mengikut gaya kita sendiri.
=========
Ada orang s**a peta minda. Ada s**a kata kunci sahaja. Ada s**a jadual. Ada p**a yang s**a lukis gambar.
Jangan ikut gaya orang lain kalau gaya itu tidak sesuai dengan kita.
Gunakan mana-mana gaya yang kita rasa paling sesuai dengan diri kita sendiri.
Kelima, belajar teknik memori.
==========
Teknik memori ialah teknik untuk mengingat atau menghafal apa yang telah kita pelajari. Menulis nota sangat memerlukan aplikasi teknik memori.
Semakin banyak teknik memori kita belajar dan aplikasikan, semakin mudah kita ingat apa yang kita tulis dalam nota.
Jadi mulai malam ini, jangan lagi kejar nak buat nota paling cantik dalam dunia.
Kejarlah nota yang bila kita baca… terus faham, terus ingat dan terus yakin bila kita masuk dewan peperiksaan.
Osman Affan SmartStudy®,
Memori Kuat, Potensi Hebat!