08/07/2026
Gaji kasar RM14,000 sebulan.
Pada mata kasar, nampak selesa dan mewah.
Tetapi di sebalik angka itu, tersembunyi satu rahsia.
ibu ayah di Lembah Klang, hidup cukup-cukup makan.
RM5,000 lesap untuk pinjaman rumah dan kereta.
RM3,000 lagi ditelan taska sepanjang hari, tanpa belas.
Bayaran kad kredit, hutang dan insurans menanti.
RM2,000 hilang begitu sahaja, seperti dihembus angin.
Tol, petrol dan parkir p**a mencuri RM800 sebulan.
Apa yang tinggal? Hanya RM500 hingga RM1,000 sahaja.
"Jangan cakap pasal nak bagi duit poket kat parents dan menyimpan," Angan angan tinggal angan angan.
Ada yang menyuruh cari taska lebih murah.
Tetapi sudah pun mencari, jalan itu bukan tak diterokai.
Taska murah tutup awal, pukul lima atau enam petang.
Sedangkan diri masih terkurung dalam kesesakan jalan raya.
Bekerja di kuala lumpur, p**ang ke sungai buloh setiap hari.
Sampai di taska sudah pukul 7 malam, hampir menutup pintu dan anak selalu menjadi yang terakhir.
Ramai yang menghulur nasihat, namun ada yang terlalu pedas.
Tetapi seorang ada netizen membela, ini bukan hidup mewah, ini realiti kota.
"Kita semua mahukan kualiti hidup, kalau tidak untuk apa kita bekerja keras?"
Soalan itu menggema, menusuk fikiran setiap perantau bandar.
Bukan seorang yang terhimpit begini.
Ada yang bergaji hampir RM20,000 dengan empat anak, sama sahaja nasibnya.
Inilah wajah sebenar kehidupan di Lembah Klang.
Gaji yang nampak "okay", rupanya menyimpan luka yang tak terucap.
Tapi ingat, selagi ada usaha, selagi itu ada harapan. Teruskan berjuang, badai pasti berlalu.
Belajar buat duit sehari RM100 harini