30/04/2026
Selamat Hari Pekerja.
Mari kita hargai setiap usaha yang telah dilakukan dan jadikan hari ini sebagai pembakar semangat untuk terus menyumbang bakti demi masa depan yang lebih baik.
"Pekerja MADANI, KESUMA Bangsa"
06/03/2026
Salam 17 Ramadan. Ya Allah, rahmatilah kami dengan al-Quran, jadikanlah ia imam, cahaya, dan petunjuk bagi kami.
Allahummarhamna bil Quran, wajโalhu lana imaman wa nuran wa hudan wa rohmah.
(Ya Allah, rahmatilah kami dengan Al-Quran, dan jadikanlah ia sebagai imam, cahaya, petunjuk, serta rahmat bagi kami).
02/02/2026
Selamat menyambut malam Nisfu Syaaban, malam yang penuh keberkatan dan keampunan. Marilah kita meningkatkan ibadah, memperbanyak istighfar, dan memohon hidayah-Nya. Semoga Allah SWT mengampuni dosa-dosa kita, menerima amal ibadah, dan menyampaikan kita ke bulan Ramadan dengan hati yang suci serta bersih.
16/01/2026
Salam Israk Mikraj 1447H. Semoga peristiwa agung ini memberi kita inspirasi dan kekuatan untuk terus mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Ingatlah hikmah di sebalik perjalanan Nabi Muhammad SAW pada peristiwa agung ini. Semoga dengan itu, kita dapat terus istiqamah dalam beribadah.
31/12/2025
Selamat Tahun Baru 2026. Semoga tahun ini membuka peluang yang lebih luas untuk kita mencapai kejayaan yang lebih besar dalam kerjaya dan perniagaan. Mari kita teruskan momentum kecemerlangan ini!
15/09/2025
Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun sebagai tanda memperingati penggabungan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak, dan Singapura pada tahun 1963. Walaupun Singapura keluar pada 1965, tarikh ini kekal sebagai simbol kelahiran sebuah negara bernama Malaysia.
16 September ini, hayati erti โKitaโ yang sebenar. Di situlah terletaknya kekuatan Malaysia yang kita cintai.
Selamat Menyambut Hari Malaysia 2025! Biarlah jiwa Malaysia kita bersatu padu, bukan hanya di geografi, tetapi dalam setiap denyutan nadi rakyatnya.
04/09/2025
Mari kita sambut Maulid Nabi dengan hati yang dipenuhi rasa syukur dan cinta kepada Rasulullah SAW.
Ya Allah, jadikanlah kami sebagai umat Nabi Muhammad yang selalu mengikuti ajarannya dan meneladani akhlak mulianya. Selamat Maulid Nabi!
โค๏ธ
31/08/2025
Selamat Menyambut kemerdekaan Malaysia ke-68
26/06/2025
Selamat Menyambut Awal Muharram 1447H. Semoga Allah SWT memberkati langkah kita dalam menempuh tahun baru ini.
Dalam menyambut tahun baru Islam 1447 Hijrah ini, marilah kita memasang azam dan iltizam yang teguh untuk lebih berusaha dalam mencapai impian dan matlamat hidup. Sama ada dalam kerjaya, pelajaran, keluarga mahupun ibadah, setiap langkah kecil jika dilakukan secara istiqomah akan membawa perubahan besar dan keberkatan dari Allah SWT. Jangan biarkan tahun baharu berlalu tanpa sebarang perubahan positif sebaliknya jadikan setiap hari sebagai peluang untuk memperbaiki diri dan meningkatkan keimanan.
06/06/2025
Salam Aidiladha kepada semua umat islam.
Aidiladha mengajar kita bahawa erti pengorbanan bukan sekadar memberi sesuatu yang kita miliki, tetapi melepaskan sesuatu yang kita sayangi demi keredhaan yang lebih abadi.