Alhamdulillah..
Kolej Kediaman Ipgkik
Selamat Datang Ke Kolej Kediaman IPGKIK.
Menanti dengan penuh debaran
12/08/2025
Tazkirah selepas maghrib 13.8.2025
Bertajuk Kepentingan istiqamah dalam ibadah seorang pelajar.
12/08/2025
Slot taklimat kolej kediaman
12.8.2025
Selasa
10.30 pagi
Jadilah guru yang tahu memahami, engkau akan dikasihi.
Jadilah guru yang mahu mendengar, engkau akan didengari.
Jadilah guru yang tahu menghormati, engkau akan dihormati.
Jadilah guru yang tahu menjaga amanah, engkau akan disegani.
Jadilah guru yang tahu berterima kasih, engkau akan tahu erti kerendahan hati.
Jadilah guru yang tahu berlapang dada, engkau akan menjadi tenang.
Jadilah guru yang sabar, engkau akan bahagia.
Razali Saaran,
Guru biasa yang mahu belajar.
22/07/2025
Pengisian rohani dipagi hari.Tazkirah subuh oleh Dr Ustaz Jainudin Ngah Ketua Jabatan Pendidikan Islam dan Moral.
21/07/2025
Mendengar tazkirah selepas maghrib.
“Kalau kita orang paling bijak dalam bilik, mungkin kita berada dalam bilik yang salah.”
Kata-kata ini terpapar dalam satu sesi pembelajaran saya baru-baru ini. Ringkas, tapi sangat mendalam.
Kadang-kadang kita rasa selesa bila jadi orang paling tahu dalam kumpulan… paling banyak pengalaman… paling laju bercakap. Tapi sebenarnya, itu mungkin tanda kita sudah berhenti berkembang.
❌ Bila semua orang ikut cakap kita, kita lupa cara untuk mendengar.
❌ Bila tiada siapa yang boleh menegur kita, kita berhenti belajar.
❌ Bila kita rasa ‘kitalah paling bijak’, kita sedang menutup ruang naik ke tahap seterusnya.
Sebagai CEO, pemimpin, atau sesiapa sahaja yang mahu berkembang, kita perlu sentiasa cari bilik yang membuat kita rasa:
✅ Kecil semula.
✅ Tertanya-tanya.
✅ Kagum dengan keupayaan orang lain.
✅ Tercabar untuk perbaiki diri.
Itulah bilik yang akan mengajar kita sesuatu yang baru.
Itulah suasana yang akan menolak kita ke atas.
Dan… itulah bilik yang betul.
Saya percaya, pemimpin besar bukan yang tahu segalanya, tetapi yang tahu bagaimana untuk dikelilingi oleh orang yang lebih bijak daripada dirinya. Dia membina pas**an yang kuat, bukan bergantung pada egonya.
Mulai hari ini, mari semak "bilik" yang kita berada di dalamnya.
Kalau kita tidak lagi belajar… mungkin masanya kita buka pintu dan cari ruang baru.
Dr. Zubaidi Hj Ahmad
Doktor | Motivator Islamik | Coach Wellness A’aFIYAT
---
18/07/2025
Keputusan permohonan tinggal asrama sudah keluar. Tahniah kepada mereka yang terpilih dapat tinggal diasrama.
17/07/2025
Sentiasa positif
Template CapCut: untuk kamu 1048 penggunaan | 42 s**a | Lihat template dIRa untuk kamu di CapCut. Anda mungkin juga menyukai Don't Blame It On A dari 🍁X4rikai🦖 (Quit.) dan For mother trending dari 【𝙀𝘿𝙄𝙏𝙀𝙍】мк ...
17/07/2025
Risau Tidak Akan Mengubah Nasib, Tetapi Doa, Sedekah, Solat dan Istighfar Mampu Membalikkan Segala Takdir – Sebuah Refleksi Jiwa
Kadang-kadang kita terlalu kuat berfikir, hingga lupa untuk berserah. Kita asyik mencari jawapan dalam angka, statistik, logik dan usaha diri, hingga kita lupakan hakikat bahawa hidup ini di bawah kendalian Allah Yang Maha Berkuasa.
Kita bangun setiap hari dengan seribu pertanyaan. Risau tentang rezeki yang sempit. Risau tentang anak yang masih belum berubah. Risau tentang kesihatan yang semakin menurun. Risau tentang masa depan yang terasa suram.
Namun, risau tidak akan mengubah apa-apa. Risau tidak menyelesaikan masalah, tidak membayar bil, tidak menyembuhkan penyakit, dan tidak mendatangkan ketenangan. Bahkan, risau yang berlebihan hanya mencuri tenaga, menyempitkan dada dan membuat jiwa terasa berat dan letih.
Tetapi Islam tidak pernah membiarkan kita terkapai-kapai tanpa arah.
Allah berikan empat penawar. Empat jalan keluar yang terbukti mengundang rahmat-Nya.
1. DOA – SENJATA MUKMIN YANG DILUPAKAN
Doa bukan tanda kelemahan, tetapi bukti kebergantungan. Doa bukan sekadar ritual, ia adalah ikatan langsung antara hamba dan Tuhan. Bila kita tidak mampu lagi menjelaskan kesedihan kita kepada manusia, Allah sudah pun tahu apa yang ada dalam dada. Berdoalah walau hanya dalam hati. Ucapkan: "Ya Allah, aku lemah. Aku perlukanMu." Itulah permulaan keajaiban.
---
2. SEDEKAH – JALAN PINTAS MENUJU KEAJAIBAN
Sedekah bukan hanya untuk orang kaya. Ia adalah magnet rezeki, penawar penyakit, penghapus dosa. Ia memadamkan bala, membuka pintu rezeki yang tersembunyi dan menyuburkan hati dengan ketenangan. Sedekah RM1 pun mampu menjadi pemadam kebakaran musibah yang besar. Kerana sedekah bukan tentang jumlah, ia tentang keikhlasan dan keyakinan bahawa Allah tidak pernah menzalimi pemberi.
---
3. SOLAT – SUMBER KEKUATAN DALAMAN
Solat lima waktu bukan hanya kewajiban. Ia adalah tempat kita mengadu, menangis, memohon dan memulakan semula. Solat adalah rehat sebenar dalam dunia yang penat ini. Jangan tinggalkan solat walau hati terasa kosong. Teruskan sujud. Kerana kadang-kadang, jawapan kepada semua keresahan bukan datang dari perubahan luar… tetapi dari perubahan hati yang sedang sujud.
---
4. ISTIGHFAR – KUNCI PINTU-PINTU YANG TERTUTUP
Apabila semuanya terasa buntu, istighfar adalah kuncinya. Nabi Nuh a.s. menyuruh kaumnya untuk memperbanyakkan istighfar, dan Allah menjanjikan hujan, kekuatan, harta dan zuriat. Begitu besar kuasa "Astaghfirullah". Ia bukan hanya lafaz pengampunan, ia adalah doa untuk permulaan yang baru.
Jangan biarkan risau membunuh harapan. Jangan biarkan keresahan menelan impian.
Allah itu Maha Mendengar. Tiada masalah yang terlalu kecil untuk Allah bantu. Tiada beban yang terlalu berat untuk Dia ringankan. Bila kita mula berserah, di situlah kita akan mula merasa tenang.
Jadi bila hari terasa berat, ketika malam diselubungi air mata, jangan terus tenggelam dalam resah. Angkat tangan, hulurkan sedekah, bersujud dan lafazkan istighfar.
Itulah ubat jiwa. Itulah langkah perubahan.
🌿 “Kerana risau tidak akan mengubah keadaan, tetapi kebergantungan sepenuhnya kepada Allah, akan mengubah segalanya.”
—
Kredit kepada:
Dr Zubaidi Hj Ahmad
Doktor. Motivator. Coach Wellness A’aFIYAT.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the school
Telephone
Website
Address
Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas
Kuala Lumpur
56000