Mpu1013 Penghayatan Etika dan Peradaban Group C- Kumpulan 5

Mpu1013 Penghayatan Etika dan Peradaban Group C- Kumpulan 5

Share

PAGE INI BERTUJUAN MENYELESAIKAN ASSIGNMENT BAGI SUBJEK MPU1013 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN SEMESTER JA221 KUMPULAN C YANG DIAJARKAN OLEH EN.

AZMAN MD ZAIN #KUMPULAN 5

Photos 25/06/2022

NAMA: AZMAN BIN ABD RAHMAN
NO. MATRIKS: 283397
TAJUK: KES PENDERAAN KANAK-KANAK MENINGKAT AKIBAT TEKANAN HIDUP.

Menurut Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kes penderaan dan pengabaian kanak-kanak di negara ini ketika sedang berhadapan wabak pendamik Covid 19 yang lalu telah mendorong kes penderaan kanak-kanak meningkat sehingga mencecah 1,910 kes

Jenis penderaan yang direkodkan melibatkan penderaan fizikal (686), seksual (606), emosi (63) dan pengabaian (555). Selain itu, jenayah indeks gejala sosial mencatatkan 17,992 kes yang melibatkan jenayah bunuh (80), rogol (364), samun berkawan tanpa bersenjata api (1,798), samun tanpa bersenjata api (1,233) dan kesalahan mencederakan (1,156).

Dalam mengatasi gejala sosial tersebut, kerajaan telah mewujudkan pelbagai program bertujuan menjaga kebajikan kanak-kanak dan bagi kelangsungan keluarga malaysia. Dalam pada itu tidak lupa juga dalam isu mengawal tahap kesihatan rakyat serta mengekang penularan wabak covid 19.

Kerajaan juga mengadakan pelbagai Program Kerjaya yang membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada yang kehilangan kerja akibat pendamik Covid 19. Kerajaan percaya bahawa kes penderaan dan jenayah yang berlaku adalah disebabkan oleh kehilangan perkerjaan yang menyebabkan ibu bapa dalam tertekan sehingga tergamak melakukan penderaan kepada anak mereka bagi melepaskan tekanan secara sengaja atau tidak. Kehilangan perkerjaan juga menyebabkan masyarakat terdorong melakukan jenayah seperti ragut jalanan, rompakan dan kesalahan jenayah yang lain bagi mendapatkan dana untuk menjalani kehidupan.

Atas sebab itu, di Selangor sebanyak 25,000 peluang pekerjaan telah ditawarkan kepada setiap lapisan masyarakat bagi memberi peluang rakyat negeri tersebut membina semula kehidupan dan sekaligus dapat mengatasi kadar pengangguran di negeri Selangor yang menjadi salah satu punca berlakunya masalah sosial yang semakin meningkat disebabkan Covid-19.

Perkhidmatan kaunseling dan psikologi secara percuma juga di sediakan kepada orang awam melalui Pusat Kaunseling Selangor (PKS) bagi membantu serba sedikit masyarakat setempat.

21/06/2022

Nama: Mohd Aliff Bin Hamzah
No Matrik: 283441
Tajuk: Kesan-Kesan Penderaan Terhadap Kanak-Kanak

Antara kesan penderaan terhadap kanak-kanak adalah :

1. Keadaan Fizikal
- Meneliti setiap anggota tubuh badan adalah penting bagi mengenal pasti berlaku perubahan atau penganiayaan. Ia sekaligus dapat melindungi diri mangsa dari terus dicederakan.
- Dalam hal ini, anak kecil mungkin takut dan tidak akan memberitahu kepada sesiapa masalah yang dihadapi. Mereka mungkin merasakan bahawa tiada sesiapa yang boleh membantu atau orang sekeliling juga tidak boleh dipercayai.

2. Menggangu Proses Perkembangan.
- Secara umumnya, otak manusia akan melalui tahap perkembangan luar biasa ketika masih bayi dan kanak-kanak. Kejadian yang sama dan berulang terjadi sebenarnya boleh mendatangkan kesan terhadap diri si manja dan menyebabkan otak tidak aktif.
- Bukan itu sahaja, anak yang terlibat dalam penderaan ini turut mengalami gangguan terhadap masalah kesihatan bagi jangka masa panjang.

3. Kesan Terhadap Tingkah Laku.
- Anak kecil menderita akibat sering dikasari atau didera cenderung untuk memiliki tahap keyakinan diri yang kurang dan tidak percaya kepada sesiapa sahaja di sekeliling mereka.
- Hal ini mungkin kerana s**ar untuk meluahkan perasaan sebenar sehingga ia menggangu fikiran dan memberi tekanan emosi. Semakin lama tempoh penderaan ini berlaku, semakin teruk kesannya terhadap perkembangan kanak-kanak.

16/06/2022

Nama: Badrul Hisham Bin Bakri
No Matrik: 283400
Tajuk: Langkah-Langkah Menangani Kes Penderaan Kanak-Kanak

Kes penderaan kanak-kanak jika tidak dibendung daripada awal, ianya akan memberi kesan negatif bukan sahaja kepada keluarga tetapi juga kepada masyarakat. Oleh yang demikian, antara langkah-langkah yang boleh diambil bagi menangani atau mengurangkan daripada kejadian tersebut dari berlaku adalah:-

1. Kejayaan Didikan Di Sekolah

Pendidikan adalah amat penting kerana disitulah bermulanya seseorang kanak-kanak itu akan melalui proses menjadi seorang dewasa yang mempunyai nilai-nilai murni dalam diri. Kejayaan dalam mendidik seseorang itu dikira berjaya bukan sahaja diukur dari segi pencapaian akademik tetapi juga kejayaan dalam sahsiah diri. Oleh yang demikian, pendidikan adalah salah satu elemen yang penting bagi membentuk seorang insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Mohd Salleh Lebar (2002), menyatakan fungsi utama pendidikan ialah untuk mensosialisasikan kanak-kanak dengan peraturan atau norma-norma masyarakat.

2. Didikan Agama

Ibubapa merupakan tonggak utama keluarga yang perlu mempunyai pengetahuan agama yang tinggi kerana dengan ini, ibubapa dapat mendidik anak-anak supaya menjadi insan yang berguna dan mempunyai iman yang teguh. Tidak terkecuali juga agama-agama lain yang mempunyai nilai-nilai murni dalam agama masing-masing. Kurangnya didikan agama yang diterapkan dalam diri anak-anak akan mengakibatkan sesebuah institusi keluarga itu berada dalam keadaan yang mudah untuk terjerumus kedalam keadaan yang tidak baik.

3. Mengimbangi Antara Keperluan Hidup Dengan Keharmonian Keluarga

Ketika ini ramai ibubapa yang bekerja bagi menampung keperluan keluarga. Kalau dikira masa berkualiti bersama anak anak, didapati kanak-kanak tersebut mempunyai lebih banyak masa bersama pengasuh iaitu kira-kira 10 jam daripada jam 7 pagi sehingga 5 petang daripada masa bersama ibubapa. Keadaan ini belum lagi diambil kira jika ibubapa pulang lewat daripada tempat kerja akibat bebanan kerja yang meningkat.

Keadaan ini jika tidak ditangani dengan betul, akan mengakibatkan ibubapa akan “mendera” kanak-kanak secara tidak langsung seperti penderaan emosi kanak-kanak. Oleh yang demikian, ibubapa harus bijak untuk membahagikan masa supaya keharmonian keluarga lebih diutamakan tanpa menjejaskan keperluan untuk memenuhi keperluan hidup.

16/06/2022

TAJUK: PERNYATAAN DALAM KONTEKS PERUNDANGAN AKTA KANAK-KANAK 2001.

NAMA: MOHD ZHAFFRY SHAHRIL BIN MOHAMED ZAKI
NO. MATRIKS: 283460

Penderaan bukanlah alasan cara untuk mendidik.

Jika ibu bapa dan rumah tidak lagi menjadi entiti perlindungan yang boleh diharapkan oleh anak-anak, apalah erti "Rumahku Syurgaku" pada mereka.

Anak-anak dikatakan menjadi punca penderaan kerana sifat mereka yang sedang dalam proses awal meneroka erti kehidupan.

Atas sebab ini, kanak-kanak akan sering melakukan kesilapan, bermain dengan lasak, kerap menangis, tidak mendengar cakap, mengulang kesilapan, tidak berdisiplin dan seumpamanya.

Kesan mental dan psikologi, Anak-anak sudah tidak lagi meletakkan ibu bapa sebagai pelindung yang boleh diharapkan di dalam kehidupan.

Bahkan ibu bapa akan dianggap sebagai musuh yang ditakuti dan perlu dijauhi.

--------------------------------------------------------------------------

Penderaan fizikal menurut Akta Kanak-Kanak 2001
Adalah apabila seseorang kanak¬kanak dicederakan dari segi fizikal menyebabkan kecederaan yang boleh dilihat pada mana-mana bahagian tubuh kanak-kanak itu akibat kekerasan atau penggunaan agen yang disengajakan kepada tubuh kanak-kanak itu.

Penderaan emosi menurut Akta Kanak-Kanak 2001
Adalah apabila seseorang kanak¬kanak dicederakan dari segi emosi yang menyebabkan gangguan yang boleh dilihat pada fungsi mental atau emosi kanak-kanak itu seperti kecelaruan mental atau tingkah laku, keresahan, kemurungan, penyendirian dan perkembangan lambat.

Penderaan seksual menurut Akta Kanak-Kanak 2001
Adalah apabila seseorang kanak¬kanak teraniaya dari segi seks jika dia mengambil bahagian, sama ada sebagai peserta atau pemerhati, dalam apa-apa aktiviti yang berunsur seks bagi apa-apa maksud atau eksploitasi seks oleh mana-mana orang bagi memuaskan nafsu seks orang itu atau orang lain.

Kerajaan telah menggubal Akta Kanak-kanak 2001 (Akta 611)
Yang melindungi hak golongan kanak-kanak daripada sebarang perlakuan penderaan atau pencabulan hak mereka.
Selain itu, sesiapa yang didapati mendera kanak-kanak sehingga mengakibatkan kematian, akan disiasat dan disabit di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mandatori, gantung sampai mati.

Tingkatkan kesedaran, pupuk rasa kasih sayang, kita mampu mengelak penderaan.

Video credit SuaraFM

15/06/2022

Nama : Nurul Baity Binti Mohamed Isa
No Matrik : 283629
Tajuk : Hukuman Terhadap Penderaan Kanak-Kanak

Berikut adalah hukuman yang dikenakan terhadap kes penderaan kanak-kanak.

1) Mendera, tapi tak cedera:
Penjara maksima 1 tahun, denda tak lebih
RM2000 (Seksyen 323 Kanun Keseksaan)

2) Mendera, sampai cedera parah/hampir mati:
i- Penjara maksima 7 tahun dan denda
(Seksyen 325 KK)
Dan/Atau
ii- Penjara 12 tahun (Seksyen 307 KK)
Dan/Atau
iii- Penjara maksima 10 tahun, atau/dan
denda tak lebih RM20,000 (Seksyen 31(1)
(a) Akta Kanak-Kanak)

3) Mendera pakai senjata, tapi tak mati:
i- Penjara maksimum 10 tahun atau sebat
(Seksyen 324 KK)
Dan/Atau
ii- Penjara maksimum 12 tahun (Seksyen
307 KK)
Dan/Atau
iii- Penjara maksima 10 tahun, atau/dan
denda tak lebih RM20,000 (Seksyen 31(1)
(a) Akta Kanak-Kanak)

4) Mendera sampai mati, tapi deraan tu kebiasaannya tidaklah mengakibatkan kematian:
Penjara maksimum 30 tahun dan denda
(Seksyen 304 (a) KK)

5) Mendera sampai mati, dan deraan tu kebiasaannya memang akan akibatkan kematian:
Hukum mati (Seksyen 302 KK)

14/06/2022

NAMA: MOHD IRWAN BINN AHMAD
NO. MATRIKS: 283226
TAJUK: LIPUTAN KES PENDERAAN SEORANG KANAK-KANAK OKU BERNAMA "BELLA"

PERBICARAAN kes membabitkan seorang gadis kelainan upaya (OKU) dikenali sebagai Bella yang dipercayai didera sedang diperkatakan ramai.

Rata-rata warga maya berasa kecewa, geram dan marah susulan melihat foto dan video yang memaparkan keadaan fizikal Bella.

Bella mengalami kecederaan fizikal pada tangan, dada, leher dan paha dipercayai melecur teruk. Remaja berusia 13 tahun yang dilahirkan sindrom Down itu didakwa didera di sebuah kondominium di Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Berikut adalah 20 fakta mengenai Bella yang diceritakan oleh aktivis dan guru, Mohd Fadli Salleh.

1.Bella ditemui sekitar lapan tahun lalu mundar mandir seorang diri tanpa penjaga di setiap lorong tanpa hala tuju Kuala Lumpur.

2.Ada pihak mendakwa, adik Bella merupakan anak yatim piatu. Namun dakwaan tidak dapat disahkan secara rasmi, namun tiada pihak tampil untuk menuntut Bella.

3.Apabila ia dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), pihak JKM mengambil Bella dan menempatkannya di Rumah Sinar Harapan Tengku Ampuan Najihah sehingga berumur 12 tahun.

4.Bella kemudian di bawa ke Mahkamah Kanak Kanak untuk di sambung perintah penjagaan di rumah kebajikan tersebut. Dia dikatakan gembira dan bahagia tinggal di sana.

5.Ada penjaga yang dipanggil abah dan emak yang sangat mengasihi Bella di sana.

6.Semasa berada di mahkamah, kebetulan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun ada di sana untuk uruskan hal mahkamah anak-anak lain.

7.Apabila melihat adik Bella, Siti Bainun meminta hakim memberi peluang kepadanya untuk menjaga Bella. Siti Bainun mendakwa, dia menyukai kanak-kanak itu.

8.Semenjak itu Bella dibawa untuk menetap di Rumah Bonda sejak Julai 2020 sehingga hujung Oktober 2020 kerana Siti Bainun pun tinggal situ.

9.Penghuni Rumah Bonda sempat berkenalan dan bermesra dengan Bella yang menetap lebih kurang empat bulan di sana.

10.Selepas itu Bella dibawa menetap bersama Siti Bainun di kondo miliknya.

11.Sukarelawan Rumah Bonda terputus hubungan dan tidak lagi mendengar sebarang berita mengenai Bella.

12.Sekitar Februari atau Mac 2021, s**arelawan Rumah Bonda berjumpa dengan adik Bella di kondominium berkenaan. Ketika itu Bella belum tiada kesan kecederaan secara fizikal.

13.Namun Bella ada memaklumkan dia tidak mahu tinggal dengan Bonda (Siti Bainun).

14.Bella didakwa banyak berkurung dalam bilik dan tidak gembira seperti tinggal di Rumah Bonda.

15.Sukarelawan Rumah Bonda berjumpa dengan Siti Bainun dan memberitahu agar Bella dipulangkan semula kepada JKM memandangkan remaja itu tidak gembira tinggal di sana.

16.Siti Bainun bagaimanapun dikatakan menolak dan meminta s**arelawan tersebut tidak masuk campur dalam urusan Bella.

17.Pada 23 Jun 2021, kesemua penghuni Rumah Bonda termasuk yang menetap di kondo dikuarantin kerana dijangkiti Covid-19.

18.Ketika itu semuanya terdedah. Luka yang dialami Bella tidak dapat disorok lagi daripada pengetahuan doktor dan s**arelawan Rumah Bonda.

19.Dari situlah bermula kes adik Bella yang disyaki didera terbongkar.

20. Namun ketika itu ia hanya diketahui oleh beberapa pihak sahaja dan tidak secara meluas sehinggalah usahawan dan s**arelawan, Mona Din menularkan isu terbabit.

Menurut Mohd Fadli, info-info tersebut diperolehinya daripada sumber sahih yang secara langsung telah berhubung dengan anak syurga itu sejak dia berusia 12 tahun.

Berikut adalah sebahagian daripada penderaan yang dialami oleh Bella, mengikut pendedahan saksi:

1. Dipukul dengan penyangkut baju sehingga patah;
2. Dikurung dalam bilik dan tidak dibenarkan bermain dengan kawan-kawan lain;
3. Dipaksa berdiri hadap dinding dari jam 8 pagi hingga penghuni masuk tidur;
4. Disimbah air panas dengan kerap;
5. Dipaksa makan najis sendiri sehingga muntah. Namun, dia akan dipaksa untuk makan lagi; dan
6. Bella dibogelkan, diikat dan dibaringkan sebelum dicurahkan air panas berwap daripada mesin penapis air pada bahagian tertentu.

Pengasuh Bella, Siti Bainun mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya Bella sehingga menyebabkan remaja itu mengalami kecederaan fizikal serta emosi di sebuah kondominium di Wangsa Maju, antara Februari dan Jun 2021, mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Kes Bella mendapat perhatian daripada rakyat Malaysia termasuk Tunku Mahkota Johor, Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim yang lebih dikenali sebagai TMJ dan isteri, Che Puan Besar Khaleeda Bustamam. TMJ perkenan untuk menawarkan perkhidmatan peguam-peguam baginda sebagai peguam pemerhati bagi kes Bella.

Sumber: https://m.sinarharian.com.my/mobile-article?articleid=247629

14/06/2022

Nama : Jamilah binti Mohamad Napiah
No Matrik : 283416
Tajuk : Jenis- Jenis Penderaan Kanak-Kanak

Penderaan Kanak-kanak merujuk kepada penderaan secara fizikal dan emosi, penderaan seksual, kecuaian dan pengabaian terhadap kanak-kanak, termasuk sebarang bentuk eksploitasi atau komersial Ini adalah dalam konteks di mana pendera ada perhubungan tanggungjawab, kuasa atas kanak-kanak berkenaan atau pendera ialah seseorang yang dipercayai oleh kanak-kanak – WHO Pas**an Pencegah dan Kecederaan Keganasan,1999.

Penderaan Kanak-kanak secara amnya dibahagikan kepada empat jenis penderaan termasuk :

1) Penderaan fizikal
- Kecederaan fizikal (dari kecederaan ringan sehingga kecederaan teruk seperti patah atau kematian).Dikenal pasti sebagai penderaan tidak kira sama ada penjaga berniat untuk mencederakan kanak-kanak atau tidak.

2) Penderaan seksual
- Sebarang aktiviti yang bermaksud untuk mendapat kepuasan dan memenuhi kehendak orang dewasa atau kanak-kanak remaja di mana mengikut umur atau perkembangan boleh mengambil tanggungjawab dan dipercayai Mempengaruhi atau memaksa kanak-kanak dalam aktiviti seksual yang bertentangan dengan undang-undang.Ini termasuk eksploitasi komersial melalui pelacuran atau penghasilan gambar lucah.

3) Penderaan Emosi
- Biasanya s**ar untuk dibuktikan dan berlaku apabila penderaan jenis lain dikenal pasti seperti cara memperkecilkan seseorang (termasuk kaki buli di sekolah),Tabiat s**a mengenakan orang lain,Memperkecil dan memalukan,Menolak perawatan dan Mengurung kanak-kanak di dalam almari gelap.

4) Pengabaian
- Pengabaian berlaku apabila kanak-kanak menginap dirumah di mana orang dewasa tidak memberi keperluan asas seperti Fizikal – (contohnya, kegagalan untuk menyediakan keperluan seperti makanan, tempat perlindungan, atau kekurangan pengawasan yang teliti). Kedua Perubatan – (contohnya, kegagalan untuk memberi rawatan atau perawatan kesihatan mental).Ketiga Pendidikan dan penyeliaan – (contohnya, kegagalan untuk memberi pendidikan atau menawarkan perkhidmatan khas)
Yang terkahir Emosi yang mana Kurang perhatian terhadap keperluan emosi kanak-kanak dan kegagalan untuk menyediakan penjagaan psikologi dan Membenarkan kanak-kanak untuk minum alkohol atau menggunakan dadah Diambil kira nilai budaya, piawaian penjagaan dan tahap kemiskinan sebelum kes dilaporkan sebagai kes pengabaian.

BERSAMA KITA HENTIKAN PENDERAAN KANAK-KANAK✊🏻❌

Penjara 3 tahun dera anak 13/06/2022

Nama : Nurul Baity Binti Mohamed Isa
Nombor Matrik : 283629
Tajuk : Hukuman Bagi Penderaan Terhadap Kanak-Kanak

Kes penderaan kanak-kanak sememangnya sering berlaku bahkan mungkin masih ada yang belum dilaporkan kepada pihak berkuasa. Mungkin ramai juga yang tertanya-tanya mengenai apakah hukuman bagi penderaan kanak-kanak. Berikut adalah hukuman-hukuman bagi salah laku pendera kanak-kanak:

1) Mendera, tapi tak cedera:
Penjara maksima 1 tahun, denda tak lebih
RM2000 (Seksyen 323 Kanun Keseksaan)

2) Mendera, sampai cedera parah/hampir mati:
i- Penjara maksima 7 tahun dan denda
(Seksyen 325 KK)Dan/Atau
ii- Penjara 12 tahun (Seksyen 307 KK)
Dan/Atau
iii- Penjara maksima 10 tahun, atau/dan
denda tak lebih RM20,000 (Seksyen 31(1)
(a) Akta Kanak-Kanak)

3) Mendera pakai senjata, tapi tak mati:
i- Penjara maksimum 10 tahun atau sebat
(Seksyen 324 KK)
Dan/Atau
ii- Penjara maksimum 12 tahun (Seksyen
307 KK)
Dan/Atau
iii- Penjara maksima 10 tahun, atau/dan
denda tak lebih RM20,000 (Seksyen 31(1)
(a) Akta Kanak-Kanak)

4) Mendera sampai mati, tapi deraan tu kebiasaannya tidaklah mengakibatkan kematian:
Penjara maksimum 30 tahun dan denda
(Seksyen 304 (a) KK)

5) Mendera sampai mati, dan deraan tu kebiasaannya memang akan akibatkan kematian:
Hukum mati (Seksyen 302 KK)

Penjara 3 tahun dera anak ----------------------- www.bharian.com.my/bhtv :: www.facebook.com/bhonline :: www.twitter.com/bharianmy :: www.instagram.com/beritaharian

13/06/2022

Nama : Mohd Khairul Bin Ismail
Nombor Matrik : 283448
Tajuk : Kesan Penderaan Terhadap Kanak-Kanak

Impak Proses Pembesaran

Kajian mengenai embriologi dan pediatrik menyatakan bahawa perkembangan otak pada tahap luar biasa semasa peringkat pembesaran awal bayi dan zaman kanak-kanak. Oleh itu, pendedahan berulang kepada peristiwa yang memberikan tekanan boleh mendatangkan kesan kepada tindak balas tekanan otak, menjadikannya tidak aktif dan kurang penyesuaian diri. Penyelidikan juga mendapati terdapat hubung kait antara penderaan pada zaman kanak-kanak dengan masalah kesihatan pada masa depan. Antara masalah tersebut adalah:

- Perkembangan otak yang tidak sesuai

- Ketidakseimbangan antara kemahiran sosial, emosi dan kognitif

- Kecacatan bahasa tertentu

- Kes**aran dalam penglihatan, berkata-kata dan mendengar

- Berisiko untuk menghidap masalah kesihatan seperti penyakit jantung, kanser, jangkitan paru-paru kronik, penyakit hati, tekanan darah tinggi dan tahap C-reaktif yang tinggi

13/06/2022

Nama : Noorathirah Binti Rasip
Nombor matrik : 283286
Tajuk : Punca Penderaan Kanak-Kanak

1️⃣ Krisis Rumah Tangga
- Apabila sebuah keluarga itu mengalami krisis tidak kira dari segi kewangan mahupun dari aspek lain, anak-anak akan menjadi mangsa apabila emosi tidak dapat dikawal dengan baik.

2️⃣ Kecuaian Keluarga
- Kecuaian dari keluarga juga boleh dijadikan punca penderaan kanak-kanak akibat dari kegagalan ibu bapa itu sendiri.

3️⃣ Masalah Kewangan
- masalah kewangan yang melanda boleh menyebabkan ibu bapa bertindak agresif kepada anak-anak.

4️⃣ Tekanan Tempat Kerja
- melepaskan tekanan kepada anak-anak yg tidak bersalah dengan memukul anak-anak dengan teruk.

5️⃣ Kurang Pendidikan Agama
- ilmu agama adalah sangat penting kerana ianya perlu dijadikan panduan dalam hidup terutamanya hidup berkeluarga supaya dapat mengawal emosi.

13/06/2022

Laporkan segera kes penderaan kanak-kanak!

Jika anda mendapati berlakunya penderaan kanak-kanak di sekeliling anda, hubungi Talian Kasih 15999 atau pihak berkuasa PDRM atau kunjungi Pejabat Kebajikan Masyarakat yang berhampiran.

Ingat! Jangan berdiam diri. Jadilah masyarakat yang prihatin dan cakna dengan isu ini💪🏻

Hentikan Penderaan Kanak-Kanak!!

Want your school to be the top-listed School/college in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


KUALA LUMPUR
Kuala Lumpur
68100