06/05/2026
Pasti Abqari
Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI)
1. PASTI : 4, 5 & 6 tahun
2. SMART PASTI : 4 - 6 tahun
06/05/2026
04/05/2026
Imam Cilik dari Pasti Abqari 💚
One day In Sha Allah Aminnn 🤲🏼
Madrasah Ramadan Cilik
Part 2
Infaq Kasih Ramadan
Mewarna Poster Ramadan
Madrasah Ramadan Cilik
15 Ramadan 1447H
05 Mac 2026M
05/03/2026
𝗗𝗔𝗦𝗔𝗥 𝗨𝗠𝗨𝗠 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗔𝗠𝗕𝗜𝗟𝗔𝗡 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟭 𝗦𝗘𝗦𝗜 𝟮𝟬𝟮𝟳 : 𝗣𝗘𝗡𝗖𝗘𝗥𝗔𝗛𝗔𝗡 & 𝗦𝗔𝗥𝗔𝗡𝗔𝗡
Kepada :
WARGA PASTI WILAYAH PERSEKUTUAN
Sejak kebelakangan ini, pihak PASTI Wilayah Persekutuan menerima banyak pertanyaan daripada ibu bapa berkenaan Dasar Umum Pengambilan Tahun 1 Sesi 2027 yang membenarkan kemasukan murid seawal umur 6 tahun (5+).
Justeru, saya ingin berkongsi beberapa maklumat penting secara ringkas bagi menjelaskan isu ini :
1.PENGENALAN POLISI BAHARU
Bermula sesi persekolahan 2027, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membenarkan kemasukan murid ke Tahun 1 pada umur 6 tahun (5+). Dasar ini memberi peluang kepada ibu bapa untuk membuat pilihan dan tidak bersifat wajib. Ibu bapa mempunyai hak untuk menentukan sama ada anak masing-masing memasuki Tahun 1 pada umur tersebut atau mengekalkan kemasukan pada umur 7 tahun seperti amalan sebelum ini.
2.KEMAMPUAN & KESEDIAAN ANAK
Bagi ibu bapa murid yang berumur 5 tahun pada tahun ini dan bercadang untuk mendaftarkan anak ke Tahun 1 pada 2027, keputusan tersebut mestilah dibuat dengan penuh tanggungjawab dan keyakinan terhadap kemampuan anak, khususnya dalam aspek:
- Membaca
- Menulis
- Mengira
Selain itu, kematangan, sosio emosi, disiplin diri, daya tumpuan dan kebolehan berdikari juga perlu dinilai secara menyeluruh.
3.TAHUN 1 BUKAN TEMPOH PERCUBAAN
Saya ingin menegaskan bahawa kemasukan ke Tahun 1 pada umur 6 tahun bukanlah satu tempoh percubaan. Apabila ibu bapa telah mendaftarkan dan anak memulakan sesi persekolahan, murid tersebut berada dalam sistem pendidikan secara sah dan rasmi.
Ibu bapa tidak boleh sewenang-wenangnya membatalkan pendaftaran atau menurunkan semula anak ke prasekolah selepas sesi bermula, kecuali melalui prosedur tertentu dan kelulusan pihak yang berautoriti. Oleh itu, keputusan perlu dibuat dengan pertimbangan yang matang dan teliti.
4.JIKA MASIH RAGU, KEKAL BERSAMA PASTI
Sekiranya ibu bapa masih bimbang tentang tahap kesediaan anak, langkah paling selamat dan lebih wajar adalah mengekalkan anak di PASTI dan meneruskan pembelajaran ke kelas 6 Tahun. Tempoh ini sangat penting untuk mengukuhkan asas pendidikan khususnya dalam akademik dan sahsiah sebelum melangkah ke sekolah rendah.
5.PENDAFTARAN PASTI 2027
PASTI Wilayah Persekutuan akan meneruskan pendaftaran seperti biasa bagi sesi 2027 untuk pengambilan murid berumur 4, 5 dan 6 tahun. Kami komited untuk terus menyediakan pendidikan prasekolah yang berkualiti, berteraskan akademik dan pembinaan sahsiah seorang Muslim.
6.SARANAN PASTI
Pihak PASTI menyarankan agar semua anak PASTI yang kini berumur 4 dan 5 tahun meneruskan pembelajaran di PASTI seperti biasa pada tahun 2027 bagi memastikan asas pendidikan mereka benar-benar kukuh dan menyeluruh.
Keutamaan kita bukanlah mempercepatkan tempoh persekolahan, tetapi memastikan anak-anak membesar dengan asas ilmu, akhlak dan kematangan yang seimbang.
Sekian, terima kasih.
𝑴𝑼𝑯𝑨𝑴𝑴𝑨𝑫 𝑯𝑨𝑭𝑰𝒁𝑼𝑫𝑫𝑰𝑵 𝑴𝑼𝑯𝑨𝑴𝑬𝑫 𝑵𝑶𝑶𝑹
Pengarah
PASTI Wilayah Persekutuan
05/03/2026
Program Edaran Kurma Ramadan anjuran
PASTI Wilayah Persekutuan di
PASTI abqari, Skyawani Sentul berjalan dengan lancar. Alhamdulillah syukur.. Semoga amalan kita di bulan yang mulia ini diterima oleh Allah swt 🤲🏼
18/02/2026
Selamat berpuasa kepada semua umat Islam. Terutama kepada anak-anak Pasti Abqari yang dikasihi . Semoga anak-anak semua menjadi anak soleh dan solehah yang rajin beribadah dan sentiasa gembira di bulan Ramadan 🌙✨
17/01/2026
Selamat Menambah Ilmu kepada cikgu Pasti Abqari 😊
𝗞𝗨𝗥𝗦𝗨𝗦 𝗙𝗜𝗥𝗦𝗧 𝗧𝗢𝗨𝗖𝗛 𝗦𝗘𝗦𝗜 𝟮𝟬𝟮𝟲
𝑻𝑨𝑹𝑰𝑲𝑯 : 17 & 18 𝑱𝑨𝑵𝑼𝑨𝑹𝑰 2026
𝑻𝑬𝑴𝑷𝑨𝑻 : 𝑺𝑬𝑬𝑫𝑺 𝑯𝑶𝑻𝑬𝑳 𝑷𝑹𝑬𝑴𝑰𝑬𝑹, 𝑷𝑼𝑫𝑼 𝑷𝑳𝑨𝒁𝑨 𝑲𝑳
Dirasmikan oleh:
Tn Mohd Imran Md Ishak
EXCO Dewan Pemuda PAS Malaysia
-------------------------------
Ayuh semua PASTI Kawasan memastikan penyertaan guru ke Kursus First Touch 2026 ini.
Kursus First Touch bertujuan memberi pendedahan awal kepada guru-guru baharu tentang sistem, budaya dan hala tuju PASTI di samping memperkukuh pengetahuan pedagogi, membentuk sahsiah keguruan berteraskan nilai Islam, menyelaraskan pemahaman terhadap silibus dan pengurusan kelas serta membina keyakinan dan ukhwah dalam kalangan pendidik PASTI.
17/01/2026
Salam Israk Mikraj dari kami warga Pasti Abqari
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the school
Telephone
Website
Address
No 1-10 , Residensi Skyawani, No 27, Jalan Sentul Perdana Kuala Lumpur
Kuala Lumpur
51100
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 08:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 17:00 |
| Friday | 08:00 - 17:00 |