27/08/2026
Keratan video daripada Podcast Gabungan Nasionalis Episod ke-36 bertajuk "Benarkah Sekolah Tahfiz Pusat 'Buangan' Remaja Bermasalah?
Adakah pusat tahfiz benar-benar menjadi tempat buangan pelajar bermasalah, atau persepsi itu perlu diperbetulkan? Dalam episod ini, Dr. Ismail Omar mengupas realiti dunia tahfiz, cabaran membina sistem pendidikan yang tersusun, isu pensijilan guru, pembiayaan institusi serta hala tuju pendidikan Islam di Malaysia. Perbincangan ini membuka perspektif baharu bahawa kejayaan tahfiz bergantung kepada pengurusan, kualiti dan integrasi ilmu dunia serta akhirat, bukan sekadar hafazan semata-mata.