30/03/2023
Salam Sayyidul Ayyam
Program Bacaan Yassin
Setiap pagi Jumaat
SMK Seri Tasik
Aktiviti Pendidikan dan Kerohanian Warga SMK Seri Tasik
30/03/2023
Salam Sayyidul Ayyam
Program Bacaan Yassin
Setiap pagi Jumaat
SMK Seri Tasik
30/03/2023
Rabbi Yasser wala tuasir 🤲
Jumpa esok semua... InsyaAllaah
24/03/2023
*السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*
*بسم الله الرحمن الرحيم*
🗳️ *Infaq Ramadhan* 🗳️
🕸️Jom sama² merebut tawaran berganda dengan menambah saham akhirat, melalui berbahagi rezeki yg Allah kurniakan kepada kita.
🕸️Tujuan memohon sumbangan :
i. Menyediakan bubur lambuk untuk diagihkan kepada semua pelajar
ii. Menyampaikan sumbangan Hari Raya kepada pelajar miskin/anak yatim.
iii. Memudahkan pelaksanaan aktiviti Ihya' Ramadan peringkat sekolah
Sumbangan anda boleh disalurkan melalui
💚online transfer, ke :
*Akaun Surau*
Surau SMK Seri Tasik
BANK ISLAM : *14256010031064*
*Ref*: Infaq Ramadan
*ATAU*
💚Di kaunter yang berada di hadapan Koperasi SMK Seri Tasik, setiap hari pada waktu rehat.
*Atau*
💚 secara tunai kepada :
Ustazah Rosnani
http://www.wasap.my/60146657801/infaqramadan
💖Semoga Allah memberikan ganjaran syurgawi terindah buat para penyumbang🤲🏻
Jazakallahu khairan kasira
19/04/2022
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
🗳️ Infaq Ramadhan : SUMBANGAN DUIT RAYA KHAS UNTUK MURID ANAK YATIM DAN MISKIN 🗳️
Masih belum terlewat untuk merebut peluang memberi sumbangan Idul Fitri kepada warga Seri Tasik yg memerlukan.
💕Duit Hari Raya akan diserahkan pada 28 April (Khamis).
💕Ayuh menyumbang melalui :
💚 Online transfer
Akaun Surau
Surau SMK Seri Tasik
BANK ISLAM : 14256010031064
Ref : Infaq Ramadan
💚Atau Secara tunai kepada :
Ustazah Rosnani
http://www.wasap.my/60146657801/infaqramadan
Moga Allah memberi ganjaran selayaknya buat para penyumbang sekalian. In sha Allah.
Jom sama² kita realisasikan hasrat ini. 😊
https://youtu.be/8q1wnurRh14
27/10/2021
19/10/2021
Selawat Tafrijiyah Merdu Kelebihan Mengamalkan Selawat Tafrijiyah1. Allah akan melenyapkan kesedihan, kesulitan serta bahaya yang menimpa dirinya.2. Allah akan memudahkan segala urus...
18/10/2021
🔖 KU DAMBA.. BERSAMAMU DI SYURGA
▫️Setiap kita pasti menginginkan Syurga, memperoleh redha Pencipta dan dapat bersama Nabi Muhammad Sallallahu Alayh wa Sallam tercinta.
▫️Semua itu berhajat kpd keimanan, amalan dan kesungguhan, bukan sekadar angan-angan.
▫️Rabiah bin Kaab Radhiyallahu Anh pernah suatu ketika tidur dan berkhidmat untuk Nabi Sallallahu Alayh wa Sallam menyediakan bekas wuduk dan segala keperluan baginda. Lalu Nabi Sallallahu Alayh wa Sallam berkata: "mintalah!".
Kata Rabiah radhiyallahu anh : "Wahai Rasulullah, Ku Pohon untuk bersamamu di Syurga". Jawab Nabi Sallallahu Alayh wa Sallam : "Bantulah Aku (untuk menunaikan hasratmu ini dengan usaha daripada) dirimu sendiri dengan memperbanyakkan sujud". [Hadith Muslim, no.489].
▫️Al-Imam An-Nawawi rahimahullah mengatakan bahawa memperbanyakkan sujud bermaksud melazimi solat² sunat (Syarh Muslim Jil.4/206)
▫️Sebagaimana kisah Tsauban radhiyallahu anh yang bertanya tentang amalan yg boleh membawanya ke Syurga. Lantas Nabi Sallallahu Alayh wa Sallam menjawab : "Hendaklah kau perbanyakkan Sujud (solat sunat), kerana tidaklah seseorang sujud kepada Allah melainkan akan diangkat darjatnya dan dihapuskan dosa (kecil) nya". [Hadith Muslim, no.488].
Wallahu a3lam.
Abu Anas Ash-Shalami
Bulan Tarbiyah SMK Seri Tasik 2021
01/10/2021
'Dia' sentiasa sudi | Harian Metro ALLAH SWT sentiasa sudi dengan kita. Dia menanti kita kembali kepada-Nya.
01/10/2021
🔴 [LIVE] PENDIDIKAN ISLAM TING. 1,2 DAN 3 KETAATAN MALAIKAT OLEH USTAZAH HUDA #05 #TUISYENPERCUMA TUISYEN AYU - PERCUMA!Pusat tuisyen PERCUMA pertama di Malaysia yang membawakan kepada anda guru-guru PAKAR dari ...
25/09/2021
IRSYAD AL-FATWA SIRI KE-618 : APAKAH DEFINISI SEBENAR NAFKAH TEMPAT TINGGAL BAGI ISTERI?
SOALAN
Salam dato’. Kalu pasangan suami isteri, suami tak sediakan rumah untuk isteri dan tinggal dengan mak mertua. Adakah suami dikira sebagai menyediakan nafkah tempat tinggal kepada isteri? Mohon penjelasan.
RINGKASAN JAWAPAN
Nafkah tempat tinggal merupakan salah satu tanggungjawab yang wajib ditunaikan oleh suami kepada isterinya. Hal ini merupakan ijma’ fuqaha atau sepakat para ulama fiqh. Selain itu, kebanyakan ulama fiqh berpandangan bahawa suami wajib menyediakan kediaman khusus untuk isterinya yang mana tiada keluarga yang lain di rumah tersebut. Oleh kerana itu, sekiranya suami menyediakan tempat tinggal satu rumah dengan ibu bapanya maka isteri dibolehkan untuk tidak menetap bersama suami. Ini kerana, nafkah tempat tinggal merupakan hak peribadi isteri bagi diri dan hartanya. Namun di sana mesti dilihat bahawa nafkah yang diberi perlu diukur mengikut kemampuan suami, dan suami wajib berusaha bagi memenuhi nafkah tempat tinggal ini.
Untuk bacaan lanjut sila klik dipautan berikut: https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/4983-irsyad-al-fatwa-siri-ke-618-apakah-definisi-sebenar-nafkah-tempat-tinggal-bagi-isteri
21/09/2021
IRSYAD AL-FATWA SIRI KE-617 : HUKUM PERKAHWINAN SEPUPU
SOALAN
Saya ingin bertanya, apa hukum kalau seseorang mengahwini anak kepada kazen sendiri, contoh Si A dan Si B ini kazen sama nenek, dan si B ini ingin kahwin dengan Anak si A ini. Mohon penjelasan. Kerana ada saudara yang bertanya takut salah dalam agama. Terima kasih.
RINGKASAN JAWAPAN
Perkahwinan di antara sepupu adalah harus di sisi syarak. Kerana sepupu tidak termasuk dikalangan mahram (haram bernikah). Namun, syarak menggalakkan supaya bernikah dengan wanita asing (selain kerabat) kerana zuriat dan keturunan yang dilahirkan lebih sihat dan kuat.
Untuk bacaan lanjut sila klik dipautan berikut: https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/4982-irsyad-al-fatwa-siri-ke-617-hukum-perkahwinan-sepupu
21/09/2021
IRSYAD AL-FATWA SIRI KE - 616: HUKUM TANAM KANTA LEKAP (IMPLANTABLE CONTACT LENS)
SOALAN
Assalammualaikum, Saya ada masalah rabun yang teruk dan tidak selesa untuk memakai cermin mata. Namun, kaedah pembedahan lasik mata tidak sesuai bagi mereka yang rabun berkuasa tinggi . Justeru, kaedah untuk menyelesaikan rabun yang sangat tinggi adalah menanam kanta lekap pada mata saya. Persoalannya, bolehkah menanam kanta lekap pada mata yang bersifat kekal? Tambahan p**a, sekarang dah ada pilihan kanta lekap yang ditanam dimata yang tiada unsur khinzir. Mohon pencerahan S.S M***i
Ringkasan Jawapan:
Rawatan alternatif menanam kanta mata (implantable contact lens) ICL adalah dibolehkan bagi tujuan merawat rabun yang tinggi dengan memenuhi syarat-syarat berikut :
1. Warna contact lens yang dipilih mestilah sama dengan warna asal kanta mata.
2. Tidak mendatangkan sebarang kesan mudarat.
3. Memastikan memilih sumber bahan yang suci namun haram memilih ICL yang terdapat unsur najis khinzir kerana bukan kategori darurat.
Artikel penuh menerusi pautan rasmi PMWP berikut :
https://www.muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/4980-irsyad-al-fatwa-siri-ke-616-hukum-tanam-kanta-lekap-implantable-contact-lens