Techlympics akan diadakan secara besar-besaran di seluruh negara dalam usahanya untuk melahirkan kumpulan pelapis pakar AI, robotik, kod, dron dan bidang-bidang teknologi baru di kalangan anak-anak berumur 7 hingga 30 tahun. Ini akan seterusnya membawa golongan muda bersama-sama kerajaan memacu pertumbuhan ekonomi negara melalui pencapaian indeks inovasi dunia yang lebih tinggi. Aktiviti-aktiviti yang direka di bawah Techlympics adalah berlandaskan bidang keutamaan Rangka Kerja 10-10 Sains, Teknologi, Inovasi dan Ekonomi (MySTIE) yang dibangunkan MOSTI termasuk Sains, Kejuruteraan Pengkomputeran & Pengkomputeran Mikro, Internet Kebendaan (IOT), Robotik, Dron, Matematik, Reka Bentuk Kreatif & Animasi dan Pencetakan & Pembangunan 3D.