10/11/2021
Pusat Kebolehpasaran Graduan dan Keusahawanan, UM dengan kerjasama Perbadanan Putrajaya ingin menjemput Graduan IPT/UM tahun 2020 atau 2021 yang berminat mengikuti kursus latihan Reskilling ‘Edutrainer Preneurs’ selama 2 bulan.
Makluman kursus seperti berikut :
✔️Kursus : Edutrainer Preneurs
✔️Tarikh : Setiap sabtu dan Ahad (bermula 28 November sehingga 30 Disember 2021)
✔️Tempat : Perdana Siswa UM
❗ LINK PERMOHONAN :
https://bit.ly/2ZJfIIX
https://bit.ly/2ZJfIIX
📌 MODUL KURSUS :
1. Transformasi Minda & Inspirasi Keusahawanan
2. Potensi Bisnes dan Peluang Industri Pendidikan
3. Kemahiran dan Kompetensi Komunikasi
4. Fit4Trainer dan Teambuilding
5. Perancangan Bisnes Pendidikan
6. Pemantapan Strategi Pemasaran dan Promosi
7. Pelan Tindakan Edutrainer
📣Tempat adalah terhad kepada 25 peserta sahaja.
✅ Makan minum dan Sijil Penyertaan Kursus disediakan.
08/06/2020
Daulat Tunku, Daulat Tunku, Daulat Tunku...
DAULAT TUANKU!
Merafak sembah setinggi-tinggi tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah bersempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda, 8 Jun 2020.
07/06/2020
Alhamdulillah, kita dah boleh merancang utk ibadah qurban nanti.....
PKPP Sambutan Hari Raya dan aktiviti korban dibenarkan mengikut SOP ditetapkan.
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
Kementerian Dalam Negeri (KDN)
Jabatan Perdana Menteri
07/06/2020
Awas semua, lebuhraya & jalanraya dijangka akan mengalami kesesakan mulai 10 Jun nanti, jadi berhati2lah semua yer...
PKPP : Perjalanan rentas negeri dibenarkan kecuali di kawasan yang diisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
Kementerian Dalam Negeri (KDN)
Jabatan Perdana Menteri
29/05/2020
Salam 6 Syawal 1441H/29 Mei 2020.
Saya ingin mengambil kesempatan ini utk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kpd semua sahabat dlm group ini, mohon maaf zahir & batin dari saya sekeluarga. Moga kita semua sentiasa berada didlm limpahan rahmat & keredhoan Allah SWT.
تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَ مِنْكُمْ
Taqabbalallahu minna wa minkum... "semoga Allah menerima (puasa dan amal) dari kami dan (puasa dan amal) dari kalian".
Salam kasih sayang daripada :
💙💚❤💛💜💝💟💖
Hj Hasan Basri Hj Pilus & Famili.
03/05/2020
Perkembangan terkini pada 03 Mei 2020.
Jumlah kes positif baharu pada hari ini adalah sebanyak 122 kes. ( 52 kes import)
Jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia adalah sebanyak 6,298 kes.
Jumlah pesakit yang sembuh dan discaj adalah seramai 87 orang. Ini menjadikan jumlah kes pesakit yang telah sembuh dan discaj ialah 4,413 kes
Pesakit yang masih dirawat (Kes Aktif) adalah seramai 1,780 orang . Seramai 27 orang daripada di rawat di ICU (13 orang memerlukan bantuan alat pernafasan).
Dukacita dimaklumkan bahawa terdapat 2 kematian baharu pada hari ini.
Ini menjadikan jumlah kes kematian di negara kita adalah 105 kes.
KKM menasihatkan orang ramai tidak ambil kesempatan dengan kelonggaran PKPB(Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) yang diberikan. Kekalkan langkah pencegahan covid-19 yang diamalkan sebelum ini.
03/05/2020
Status sehingga jam 4 petang pada 03 Mei 2020.
Jumlah keseluruhan kes positif ialah 6,298 kes dengan kadar kesembuhan 70.07% bersamaan 4,413 kes dan kadar kematian 1.67% atau 105 kes kematian.
30/04/2020
Bulan Ramadhan atau bulan puasa ni, pelbagai makanan yang boleh diambil dengan cara yang sihat dan berkhasiat seperti yang disarankan melalui infografik ini.
Jom mulakan makan makanan yang sihat dan berkhasiat.
Pusat Maklumat Pemakanan Johor