Pusat Kerja Sosial Perubatan PPUM

Pusat Kerja Sosial Perubatan PPUM

Share

Pusat ini adalah salah satu pusat di bawah sokongan klinikal di PPUM yang menyediakan perkhidmatan sosial kepada pesakit. Pn. P.C Sushama (1965-1975)
2. En. Ybhg.

Selamat Datang Ke Laman Rasmi Facebook Pusat Kerja Sosial Perubatan, Pusat Perubatan Universiti Malaya Kuala Lumpur. Kami yang juga dikenali Pekerja Sosial Perubatan (Medical Social Worker/MSW) menyediakan khidmat sokongan kepada pesakit yang dirujuk oleh pegawai perubatan. Jabatan ini telah ditubuhkan pada tahun 1968 serentak dengan penubuhan Pusat Perubatan Universiti Malaya (dahulunya dikenali

10/05/2026

🌸 Selamat Hari Ibu 🌸

Buat semua insan bergelar ibu β€” terima kasih atas kasih sayang, pengorbanan dan kekuatan yang tidak ternilai. πŸ’–
Doa dan penghargaan buat setiap ibu, tidak kira bangsa, usia dan latar kehidupan.

β€œIbu, tulang belakang keluarga, nadi masyarakat, inspirasi sepanjang hayat.” ✨

01/05/2026

Selamat Hari Pekerja πŸ‡²πŸ‡Ύ

Setiap keringat, setiap usahaβ€”anda semua adalah tulang belakang kemajuan negara.
Dari pejabat ke ladang, dari hospital ke tapak bina, terima kasih atas dedikasi tanpa henti πŸ’ΌπŸŒΎπŸ‘·β€β™‚οΈ

Terus kuat, terus berbakti. Anda dihargai πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»

16/04/2026

Walaupun keganasan rumah tangga sering dikaitkan dengan wanita, tetapi sesiapa sahaja yang berada dalam lingkungan rumah tangga boleh menjadi mangsa, tanpa mengira jantina, bangsa atau kewarganegaraan.

Mengikut Akta Keganasan Rumah Tangga, mangsa keganasan rumah tangga merangkumi isteri atau suami, bekas isteri atau suami, kanak-kanak, orang dewasa tidak berkeupayaan, dan mana-mana anggota keluarga lain.

Rumah seharusnya menjadi tempat yang selamat untuk setiap ahli keluarga. Jika anda atau orang terdekat menjadi mangsa, segera dapatkan bantuan dan sokongan.

Setiap mangsa keganasan rumah tangga berhak dilindungi!






Photos from Pusat Kerja Sosial Perubatan PPUM's post 15/04/2026

Majlis Pelancaran Rasmi Projek Scaling Hope: Supporting Cancer Patients One Step At a Time telah berlangsung dengan penuh jayanya pada 15 April 2026 di Aras Atas, Bangunan Plaza PPUM.

Projek bermakna ini dianjurkan oleh Tabung Kanser Prihatin Dewasa, PPUM sebagai satu inisiatif murni menyokong pesakit kanserβ€”selangkah demi selangkah menuju harapan.

Seramai 5 orang pendaki bakal menggalas misi ini melalui ekspedisi ke Everest Base Camp (EBC) bermula 25 April hingga 7 Mei 2026.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih tidak terhingga kepada para penyumbang Projek Scaling Hope serta semua pihak yang telah menyumbang tenaga, masa dan sokongan dalam menjayakan usaha ini.

Sama-sama kita doakan kelancaran misi ini. Langkah mereka, harapan kita semua.

10/04/2026

πŸ₯Bagi pesakit kanser setiap hari bukan sekadar hari biasa, ia adalah satu perjuangan untuk terus hidup, terus berharap, dan terus percaya bahawa masih ada sinar di hujung perjalanan.

🌈 Ujian mereka, tanggungjawab kita bersama. Dengan rendah hati, *Tabung Kanser Prihatin Dewasa* mengajak anda semua untuk bersama menghulurkan bantuan bagi meringankan beban pesakit yang memerlukan.

🀝 Bagaimana caranya?
Menyumbang dalam projek *SCALING HOPE: Supporting Cancer Patients One Step at a Time*

πŸ”οΈ*Ekspedisi ke Everest Base Camp*
πŸ“…*25 April 2026 – 7 May 2026*

Ekspedisi ini bukan sekadar pendakian. Ia adalah simbol kekuatan, ketabahan dan harapan bahawa pesakit kanser tidak pernah mendaki sendirian.

πŸ“žHotline: 011-64549220
πŸ“§[email protected]

πŸ™Bersama kita ringankan derita, bersama kita hadiahkan senyuman

Photos from Pusat Kerja Sosial Perubatan PPUM's post 02/04/2026

PROGRAM JALINAN PRIHATIN πŸ€πŸ’™
Sempena Hari Kerja Sosial Sedunia 2026 🌍
Pusat Kerja Sosial Perubatan telah menganjurkan Program Jalinan Prihatin sebagai salah satu inisiatif mendekati komuniti serta memperkukuh jaringan sokongan sosial kepada masyarakat yang memerlukan. Program ini berlangsung seperti ketetapan berikut:

πŸ“… Tarikh: 31 Mac 2026 (Selasa)
πŸ•™ Masa: 10.00 pagi – 12.00 tengah hari
πŸ“ Tempat: Dataran Siti Khadijah

Pelbagai aktiviti dan sumbangan telah disediakan kepada pengunjung, antaranya:
πŸ›οΈ Edaran barangan keperluan asas dan makanan hasil sumbangan daripada Lembaga Zakat Selangor, AEON, SoServ dan PPUMCare.
πŸ“‹ Mendapatkan maklumat serta memohon bantuan zakat daripada Lembaga Zakat Selangor.
πŸ™‹β€β™‚οΈ Pendaftaran sukarelawan MyKAWAN bagi mereka yang ingin menyumbang tenaga kepada masyarakat.
πŸ’° Kaunter bayaran zakat melalui UM Giving.
🩺 Mendapatkan maklumat mengenai skim perlindungan kesihatan mySalam.

Semoga program ini dapat mengeratkan hubungan antara agensi, komuniti dan masyarakat serta menyemai semangat keprihatinan dalam membantu mereka yang memerlukan. 🌱✨





02/04/2026
22/03/2026

Pergi ke desa memetik melati,
Singgah sebentar di tepi perigi,
Syawal tiba berseri-seri,
Salah dan silap mohon dimaafi.

Kami warga Pusat Kerja Sosial Perubatan, PPUM ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin.

Sambutlah Syawal dengan penuh kegembiraan & keinsafan.

19/03/2026

Jumaat atau Sabtu? 😁

Selamat pulang ke kampung halaman masing-masing. Sambutlah Aidilfitri dengan penuh kesyukuran & kegembiraan.

Want your school to be the top-listed School/college in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Pusat Perubatan Universiti Malaya
Kuala Lumpur
59100