Penghayatan Etika dan Peradaban

Penghayatan Etika dan Peradaban

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Penghayatan Etika dan Peradaban, Education Website, kuala lumpur, Kuala Lumpur.

Memaparkan info-info yang sering terjadi di kalangan masyarakat Malaysia berkaitan penipuan wang ringgit secara di atas talian oleh penjenayah siber atau sindiket tertentu.

18/04/2022

Nur Aziemah Hamid -282462
Kerugian disebabkan jenayah siber boleh membuatkan mangsa merana seumur hidup. Mohon tidak terjebak dengan tawaran keuntungan yang tidak munasabah dan akhirnya anda antara yang rugi

18/04/2022

Lindungi Privasi Kad ATM Anda!

Khairul Faizi - 282944
Kebanyakan penjenayah siber tidak dapat ditangkap kerana sukar dikesan. Oleh itu , kita hendaklah berwaspada pada setiap masa dan sentiasa dapatkan maklumat terbaru mengenai modus operandi jenayah siber
Jika anda kehilangan wang, peluang untuk mendapatkan balik adalah sangat tipis.

17/04/2022

Penjenayah siber sentiasa mengikuti perkembangan semasa bagi mencipta peluang dan teknik jenayah yang berkesan pada masa yang sesuai. Sebagai contoh, sejak akhir-akhir ini terdapat penularan mengenai ancaman siber yang menjanjikan akses kepada laman sesawang KWSP dengan pertukaran data peribadi sebagai syarat utama.

Kerajaan mengistiharkan pada Mac 2022 bahawa pengeluaran tunai dari akaun KWSP melalui I-sinar boleh oleh orang ramai.

Justeru itu, kita harus berhati-hati akan muslihat yang diguna pakai oleh penjenayah siber untuk mendapatkan maklumat kewangan peribadi (nombor kat kredit, nombor akaun) serta nama log masuk dan kata laluan bagi capaian sistem.

E-mel 'phising' adalah kaedah yang biasa digunakan oleh penjenayah siber untuk mencuri maklumat penting pengguna.

E-mel 'phising' kelihatan seolah-olah dikirim dari organisasi yang dipercayai akan meminta maklumat peribadi anda yang kononnya diperlukan untuk urusan-urusan rasmi.

17/04/2022

Mana-mana individu yang melakukan pemalsuan dokumen bagi tujuan menipu, anda telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 468 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang mana jika disabitkan bersalah boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh yang boleh sampai tujuh tahun dan dikenakan denda.

Kita sebagai individu yang bertanggungjawab, perlu sedar & elak daripada terjerumus dalam jenayah pemalsuan dokumen ini.

Norhana Hanafiah
282836

21/03/2022

Pernah tak anda menerima SMS meragukan dari nombor yang tak dikenali dan hampir terperdaya dengannya?

Contohnya SMS yang menyatakan anda memenangi hadiah dari satu aplikasi lalu ia disertakan dengan pautan yang perlu ditekan untuk mengesahkan bahawa anda ingin menerimanya.

Jika pernah, ini merupakan salah satu taktik penjenayah siber untuk mendapatkan data anda. Penipuan melalui SMS ini digelar smishing.

Berhati-hati sebelum CLICK sebarang link...🤨

khairul Irwady Bin Ibrahim
282777

19/03/2022

Cegah Sebelum Tergadah

Sila semak dengan PDRM di https://ccid.rmp.gov.my/semakmule/ @ JSJK Talian Maklumat: 013-211 1222 sebelum melakukan pemindahan wang.

282779 Ku Harmi Ku Ahmad

CCID Portal The Commercial Crime Investigation Department (CCID) was formed on 1st December 2004. It is formerly known as the Commercial Crime Investigation Division.

15/03/2022

AWAS!!! Ancaman "LOVE SCAM" iaitu CINTA PALSU...

1. Scammer akan menggunakan media sosial untuk mendekati mangsa sehingga dapat menjalinkan hubungan istimewa.

2. Scammer menjanjikan hadiah menarik kepada mangsa seperti barang kemas, perkahwinan atau kehidupan di luar negara.

3. Scammer merujuk mangsa menjelaskan bayaran bagi membolehkan barangan/hadiah tersebut diberi pelepasan oleh 'pihak berkuasa'.

4. Mangsa juga boleh diarahkan untuk berkongsi maklumat peribadi seperti username dan kata laluan perbankan online dan nombor kad pengenalan.

JANGAN SAMPAI ANDA MERANA AKIBAT TERMAKAN PUJUK RAYU LOVE SCAM!!




08/03/2022

Awas!
Taktik ambil alih akaun 'whatsapp'. Pastikan kita sentiasa berwaspada.

07/03/2022

Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi, terdapat pelbagai kes penipuan dalam talian yang mengakibatkan kerugian sehingga jutaan ringgit. Malaysia turut tidak terkecuali dan masih berdepan dengan cabaran untuk membasmi jenayah ini. Oleh yang demikian, terdapat beberapa jenis penipuan dalam talian yang telah dikenalpasti. Yang pertama adalah penipuan melalui pancingan data. Pelaku/pesalah akan mengumpul semua data mangsa secara tidak sah. Mereka ini akan membuat hantaran melalui email. Apabila mangsa sudah menekan pautan itu sudah pasti pelaku akan mendapat segala maklumat yang diingini.

Selain itu, penipuan dalam pelaburan juga turut berlaku di Malaysia. Penipuan ini berlaku dengan cara mangsa akan mendapat panggilan yang mencurigakan. Hal ini akan menyebabkan mangsa menjadi panik lantas memberi TAC nombor, butiran peribadi mahupun maklumat sulit. Selalunya, golongan orang yang berusia lingkungan 50 tahun- 60 tahun adalah sasarab utama.
Begitu juga dengan penipuan perisian komputer. Si pelaku atau penipu akan berlakon sebagai agen sah syarikat terkemuka seperti Apple atau Microsoft untuk menghubungi mangsa. Dalam konteks ini, pemangsa diminta untuk membuat pembayaran bagi mengelakkan kehilangan data. Jika tidak dikaji terlebih dahulu, sudah semestinya mangsa akan terus mempercayainya lantas membuat pembayaran.

Dengan ini diharapkan bahawa semua orang diminta untuk lebih berwaspada. Penipuan seperti ini tidak mengira bangsa mahupun agama. Sebagai seorang rakyat yang berwibawa, jika kita berganding bahu membentras jenayah ini sudahpasti pelaku akan diberkas.


Siti Nur`Ainn Binti Mohammad Qudri 283043

07/03/2022

Tips yang mampu mencegah anda dari diperdaya oleh sindiket. jangan ambil mudah tanpa disedari anda mampu mengubahnya !!


282789 Mohamad Hafiz Bin Shaharudin

05/03/2022

WASPADA MUSLIHAT SCAMMER!

Post ini bertujuan memberi pendedahan berkenaan teknik penipuan serta cara menangani SCAMMER. Selalu ingatkan ahli keluarga terutama ibu bapa, warga emas dan remaja yang menjadi sasaran utama SCAMMER!




Disediakan Oleh:
Noraini binti Torman
282833

Photos from Penghayatan Etika dan Peradaban's post 02/03/2022

STATEMENT OF MEDIA DIRECTOR OF COMMERCIAL CRIME INVESTIGATION DEPARTMENT
"Priority Stock Investment Scheme Fraud"

Source :
FB Jabatan Siasatan Jenayah Komersil - JSJK PDRM

Want your school to be the top-listed School/college in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Kuala Lumpur
Kuala Lumpur