Panitia Pendidikan Islam SK Setiawangsa KL

Panitia Pendidikan Islam SK Setiawangsa KL

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Panitia Pendidikan Islam SK Setiawangsa KL, School, SK Setiawangsa, Jalan Setiawangsa 13, Kuala Lumpur.

13/06/2025

Bacaan Yaasin Mingguan SKS

Photos from Panitia Pendidikan Islam SK Setiawangsa KL's post 12/10/2024

Kem Bestari Solat anjuran Wakalah dengan
kerjasama SK Setiawangsa
11-13 Oktober 2024

Photos from Panitia Pendidikan Islam SK Setiawangsa KL's post 27/03/2024

Majlis Iftor SK Setiawangsa
27 Ramadan 2024/1445H

Majlis Perasmian Penutupan KL Gema Al-Quran dan Majlis Khatam Al-Quran Perdana 2024 18/01/2024

Salam Semua Datuk / Datin/Tuan/Puan,
Link: https://youtube.com/live/KEeRfiVijbc?feature=share
๐Ÿ“– *Program KL Gema Al-Quran Live di YouTube* ๐Ÿ“ก
Mari bersama-sama saksikan dalam Majlis Khatam Al-Quran bagi Program KL Gema Al-Quran 2024 yang akan diadakan secara langsung di Youtube TV JPWPKL!
๐Ÿ—“๏ธ Hari dan Masa: *[Khamis, 18 Januari 2023, 10 pagi]*
๐Ÿ“ Secara Langsung: *YouTube [TV JPWPKL:* https://www.youtube.com//streams]
Mari!
๐ŸŒŸ Majlis Perasmian Penutupan KL Gema Al-Quran dan Majlis Khatam Al-Quran Perdana Sekolah-Sekolah WPKL 2024:
๐Ÿ’š *Melibatkan 1500 murid dan 300 fasilitator.*
๐Ÿ’š *Program dipancarkan terus melibatkan 292 buah sekolah di Kuala Lumpur.*
๐Ÿ•Œ Mari bersama-sama menggemakan bacaan Al-Quran dengan penuh penghayatan di Kuala Lumpur. Semoga kebersamaan kesepaduan mampu menjemput barakah dan redha Allah SWT kepada semua!
๐ŸŒ™๐Ÿ“– *KL Gema Al-Quran dan Majlis Khatam Al-Quran Perdana 2024* ๐Ÿ“–๐ŸŒ™

Majlis Perasmian Penutupan KL Gema Al-Quran dan Majlis Khatam Al-Quran Perdana 2024 Saksikan bersama-sama Majlis Perasmian Penutupan KL Gema Al-Quran dan Majlis Khatam Al-Quran Perdana 2024 bersiaran secara langsung dari Dewan Serbaguna Masj...

27/06/2023

Hari Arafah ini jatuh pada sehari sebelum sambutan perayaan Raya Haji, iaitu pada 9 Zulhijjah 1444H bersamaan dengan 28 Jun 2023 (Rabu).

Manakala Tarikh / Waktu Wuquf 2023 p**a ditetapkan bermula seawal SELASA 27 Jun 2023.

๐™†๐™š๐™ก๐™š๐™—๐™ž๐™๐™–๐™ฃ ๐™™๐™–๐™ฃ ๐™†๐™š๐™ž๐™จ๐™ฉ๐™ž๐™ข๐™š๐™ฌ๐™–๐™–๐™ฃ

1. ๐™Ž๐™š๐™—๐™–๐™๐™–๐™œ๐™ž๐™–๐™ฃ ๐™™๐™–๐™ง๐™ž๐™ฅ๐™–๐™™๐™– ๐™๐™ช๐™ ๐™ช๐™ฃ ๐™ƒ๐™–๐™Ÿ๐™ž.
Pentingnya Hari Arafah adalah ia merupakan sebahagian daripada Rukun Haji yang sangat signifikan dan adalah puncak berkumpulnya seluruh jutaan jemaah Haji dari segenap pelosok dunia.

2. ๐™ƒ๐™–๐™ง๐™ž ๐™ ๐™š๐™จ๐™š๐™ข๐™ฅ๐™ช๐™ง๐™ฃ๐™–๐™–๐™ฃ ๐™–๐™œ๐™–๐™ข๐™–.
Di Arafah inilah Rasulullah S.A.W telah menyampaikan Khutbah Wadaโ€™ atau khutbah perpisahan. Ia digelar โ€˜perpisahanโ€™ kerana tidak lama setelah menyampaikan khutbah tersebut, Baginda pun wafat.

Pada ketika itu, telah turunnya surah al-Maโ€™idah ayat ke-3 sebagai pernyataan telah sempurna dan lengkapnya ajaran Islam yang disampaikan Allah S.W.T melalui Rasulullah S.A.W:
ุงู„ูŠูŽูˆู’ู…ูŽ ุฃูŽูƒู’ู…ูŽู„ู’ุชู ู„ูŽูƒูู…ู’ ุฏููŠู†ูŽูƒูู…ู’ ูˆูŽุฃูŽุชู’ู…ูŽู…ู’ุชู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ู†ูุนู’ู…ูŽุชููŠ ูˆูŽุฑูŽุถููŠุชู ู„ูŽูƒูู…ู ุงู„ุฅูุณู’ู„ุงูŽู…ูŽ ุฏููŠู†ู‹ุง

โ€œโ€ฆPada hari ini telah Ku-sempurnakan untuk kamu agamamu dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku dan telah Ku-ridhai Islam itu menjadi agama bagimuโ€ฆ.โ€

[Al-Maโ€™idah: 3]

3. ๐™ƒ๐™–๐™ง๐™ž ๐˜ผ๐™ง๐™–๐™›๐™–๐™ ๐™–๐™™๐™–๐™ก๐™–๐™ ๐™๐™–๐™ง๐™ž ๐™ง๐™–๐™ฎ๐™– ๐™—๐™ช๐™–๐™ฉ ๐™ช๐™ข๐™–๐™ฉ ๐™„๐™จ๐™ก๐™–๐™ข.

Daripada Uqbah bin Amir R.A, bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

ูŠูŽูˆู’ู…ู ุนูŽุฑูŽููŽุฉูŽุŒ ูˆูŽูŠูŽูˆู’ู…ู ุงู„ู†ูŽู‘ุญู’ุฑูุŒ ูˆูŽุฃูŽูŠูŽู‘ุงู…ู ุงู„ุชูŽู‘ุดู’ุฑููŠู‚ู ุนููŠุฏูู†ูŽุง ุฃูŽู‡ู’ู„ูŽ ุงู„ู’ุฅูุณู’ู„ูŽุงู…ูุŒ ูˆูŽู‡ููŠูŽ ุฃูŽูŠูŽู‘ุงู…ู ุฃูŽูƒู’ู„ู ูˆูŽุดูุฑู’ุจู

โ€œHari Arafah, hari korban serta hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah) adalah hari raya kita orang Islam dan ia adalah hari makan dan minum.โ€

[Riwayat Abu Daud (20660), Tirmizi (704) dan al-Nasaโ€™ie (2954)]

4. ๐‘ฏ๐’‚๐’“๐’Š ๐‘จ๐’“๐’‚๐’‡๐’‚๐’‰ ๐’‚๐’…๐’‚๐’๐’‚๐’‰ ๐’‰๐’‚๐’“๐’Š ๐’‘๐’†๐’๐’š๐’‚๐’Œ๐’”๐’Š๐’‚๐’.

Hari Arafah turut digelar sebagai hari penyaksian kerana pada hari tersebut, Allah S.W.T mengambil perjanjian setia daripada zuriat Nabi Adam sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

โ€œSesungguhnya Allah telah mengambil perjanjian setia di Arafah daripada zuriat yang berada dalam tulang belakang Nabi Adam, dan mengeluarkan zuriat itu di hadapannya seperti biji-bijian, kemudian Allah berkata kepada mereka dengan firmanNya, โ€œBukankah Aku Tuhan kamu? Mereka menjawab: Benar (Engkaulah Tuhan kami) kami menjadi saksi,โ€ yang demikian itu supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: โ€œSesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) mengenai (hakikat tauhid) ini.โ€

[Riwayat Ahmad]

5. ๐‘ฒ๐’†๐’…๐’‚๐’‰๐’”๐’š๐’‚๐’•๐’‚๐’ ๐’…๐’๐’‚ ๐’‘๐’‚๐’…๐’‚ ๐‘ฏ๐’‚๐’“๐’Š ๐‘จ๐’“๐’‚๐’‡๐’‚๐’‰.

Arafah dikenali sebagai tempat berdoa paling mustajab dan di situlah Nabi Muhammad S.A.W mengambil masa yang sangat lama untuk berdoa.
Menurut sumber, ada juga pendapat lain mengaitkan wukuf dengan wahyu yang diterima Nabi Ibrahim agar menyembelih anaknya, Nabi Ismail.
Daripada Abdullah bin โ€˜Amr, bahawa Nabi S.A.W bersabda:

ุฎูŽูŠู’ุฑู ุงู„ุฏูู‘ุนูŽุงุกู ุฏูุนูŽุงุกู ูŠูŽูˆู’ู…ู ุนูŽุฑูŽููŽุฉูŽ

โ€œSebaik-baik doa adalah doa pada Hari Arafah.โ€

[Riwayat al-Tirmizi (3509)]

6. ๐™‚๐™–๐™ฃ๐™Ÿ๐™–๐™ง๐™–๐™ฃ ๐™ฅ๐™ช๐™–๐™จ๐™– ๐˜ผ๐™ง๐™–๐™›๐™–๐™.

Berpuasa pada Hari Arafah adalah sunat bagi mereka yang tidak mengerjakan Haji. Ia adalah peluang keemasan bagi membersihkan diri daripada dosa yang telah dilakukan kerana ganjaran puasa pada hari tersebut menghapuskan dosa setahun sebelum dan selepas.
Daripada Abi Qatadah R.A, bahawa Rasulullah S.A.W bersabda apabila ditanya mengenai puasa pada Hari Arafah:

ูŠููƒูŽููู‘ุฑู ุงู„ุณูŽู‘ู†ูŽุฉูŽ ุงู„ู’ู…ูŽุงุถููŠูŽุฉูŽ ูˆูŽุงู„ู’ุจูŽุงู‚ููŠูŽุฉูŽ

โ€œPuasa pada hari tersebut akan menghapuskan dosa setahun yang lalu dan akan datangโ€.

[Riwayat Muslim (1977)]

7. ๐™ƒ๐™–๐™ง๐™ž ๐™ ๐™š๐™–๐™ข๐™ฅ๐™ช๐™ฃ๐™–๐™ฃ.

Ambillah peluang untuk bertaubat dan memohon ampun sebanyak-banyaknya kerana Hari Arafah adalah hari pelepasan dari api neraka. Pada hari ini, keampunan dari Allah terbuka luas.
Daripada Aisyah R.A, bahawa Nabi S.A.W bersabda:

ู…ูŽุง ู…ูู†ู’ ูŠูŽูˆู’ู…ู ุฃูŽูƒู’ุซูŽุฑูŽ ู…ูู†ู’ ุฃูŽู†ู’ ูŠูุนู’ุชูู‚ูŽ ุงู„ู„ู‡ู ูููŠู‡ู ุนูŽุจู’ุฏู‹ุง ู…ูู†ูŽ ุงู„ู†ูŽู‘ุงุฑูุŒ ู…ูู†ู’ ูŠูŽูˆู’ู…ู ุนูŽุฑูŽููŽุฉูŽ

โ€œTidak ada satu hari yang lebih banyak dibebaskan hamba-Nya daripada api neraka melainkan pada Hari Arafah.โ€

[Riwayat Muslim (2402)]

Jadi sempena hari arafah yang bakal tiba ini, kami ingin menyeru saudara saudari untuk mengerjakan puasa sunat dan perbanyakkan berdoa.

1. Isnin/hari Tarwiyah 8 Zulhijjah (26 Jun)
2. Selasa Wuquf 9 Zulhijjah (27 Jun)

๐ƒ๐Ž๐€ ๐€๐‘๐€๐…๐€๐‡ ๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€๐Ÿ ๐ƒ๐†๐ ๐‰๐„๐Œ๐€๐€๐‡ ๐‡๐€๐‰๐ˆ ๐˜๐† ๐๐„๐‘๐€๐ƒ๐€ ๐ƒ๐ˆ ๐€๐‘๐€๐…๐€๐‡ ๐”๐“๐Š ๐๐„๐‘๐ƒ๐Ž๐€

Waktu Doa Mustajab Arafah bermula masuk waktu Zuhur hingga waktu Maghrib di Arab Saudi (Wuquf di Arafah)

๐Ÿต ๐—ญ๐˜‚๐—น๐—ต๐—ถ๐—ท๐—ท๐—ฎ๐—ต ๐—ฆ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐˜€๐—ฎ ๐Ÿฎ๐Ÿณ ๐—๐˜‚๐—ป๐—ฒ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฏ (๐˜„๐—ฎ๐—ธ๐˜๐˜‚ ๐—ฆ๐—ฎ๐˜‚๐—ฑ๐—ถ ๐Ÿ‡ธ๐Ÿ‡ฆ)
๐—ญ๐˜‚๐—ต๐˜‚๐—ฟ ๐Ÿ‡ธ๐Ÿ‡ฆ ๐Ÿญ๐Ÿฎ:๐Ÿฎ๐Ÿฏ๐—ฝ๐—บ
๐— ๐—ฎ๐—ด๐—ต๐—ฟ๐—ถ๐—ฏ ๐Ÿ‡ธ๐Ÿ‡ฆ ๐Ÿณ:๐Ÿฌ๐Ÿฒ๐—ฝ๐—บ

Bersamaan waktu Malaysia untuk berdoa
๐Ÿ— ๐™๐ฎ๐ฅ๐ก๐ข๐ฃ๐ฃ๐š๐ก ๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฌ๐š ๐Ÿ๐Ÿ• ๐‰๐ฎ๐ง๐ž ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ‘ (๐ฐ๐š๐ค๐ญ๐ฎ ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ)
๐–๐š๐ค๐ญ๐ฎ ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ ๐Ÿ“:๐Ÿ๐Ÿ‘๐ฉ๐ฆ
๐–๐š๐ค๐ญ๐ฎ ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ ๐Ÿ๐Ÿ:๐ŸŽ๐Ÿ”๐š๐ฆ

Bagi yg ingin mengambil manfaat waktu yg sama dgn waktu Arafah di Saudi, boleh rujuk perkongsian waktu spt diatas.

Semoga Allah qabulkan segala hajat sahabat2 sekalian dan diberikan dgn apa yg terbaik.

Ikuti FB kami:-
https://www.facebook.com/tripfair.travel

Group Telegram:-
https://t.me/+BYK4LyTmRRgzNGRl



27/06/2023

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=663476415821176&id=100064764709734&mibextid=ZbWKwL

_Tarikh ni berhantu._
_2 Julai 1990._
Saya ingat sangat sebab tarikh tu tarikh Raya Haji.

Time tu saya sedang bercuti. Kuliah akan mula dalam seminggu dua lagi.

Pagi raya tu macam biasa kami sefamili pergi solat di Masjid USM. Saya s**a solat masjid USM. Biasanya khutbah kedua ada khutbah dalam Bahasa Inggeris.

Pagi tu khatib ialah Al Marhum Prof Shahnon Ahmad. Beliau adalah Sasterawan Negara. Dia juga Pengarah Pusat Islam USM waktu tu.

Bila Prof Shahnon berkhutbah bahasa dia indah. Susunan katanya tersusun. Ayat ayat dia menusuk. Glup glup masuk dalam hati.

Inilah kali pertama air mata saya deras mengalir. Bukan saya seorang. Ramai orang bergenang air.

Teknik bahasa storytelling Prof Shahnon memang luarbiasa. Kisah Nabi Ibrahim yang beliau naratifkan seolah berada di depan mata. Seolah saya sedang melihat layar yang tayang kisah ini.

Ada satu petikan katanya yang saya ingat sampai sekarang. Saya rasakan tidak ada khatib yang mampu jelmakan naratif khutbah menusuk begitu.

Prof Shahnon tidak guna teks. Hanya poin poin penting yang beliau catit. Macam mana saya tahu. Lepas solat saya hampiri Prof. Masa bersalam saya minta teks khutbah. Dia senyum. Dia tunjukkan kertas kecil. โ€œSaya tulis poin saja. Tak dak teks.โ€

Ayat yang terngiang tu yang Prof sebut. Saya catit maklumlah saya budak universiti waktu. Saya bawa buku nota

โ€œSuka atau tidak. Sedar atau tidak. Kisah kisah Ibrahim ini kisah kita. Kitalah Ibrahim. Ibrahim ada Ismail. Ismail bukan sekadar anak. Ismail adalah benda yang bertakhta dalam hati. Ismail kita berbeza beza.

Ismail kita mungkin harta. Ismail kita mungkin jawatan. Ismail kita mungkin rumah dan kereta. Ismail kita mungkin keturunan kita. Mungkin ego kita.

Ibrahim tidak disuruh bunuh Ismail. Bukan secara literal sembelih Ismail. Allah suruh Nabi Ibrahim bunuh rasa bermilik terhadap Ismail. Bunuh rasa mutlak memiliki. Bunuh rasa sayang pada dunia ini. Hakikatnya Ismail kita, Ismail
Ibrahim adalah kepunyaan ALLAH.โ€

Sidang jemaah sekalian. Raya korban ini bukan sekadar korbankan binatang. Bukan. Tapi korban rasa pemilikan pada benda picisan yang berdaki dalam diri insan. Rasai semua pemilikan adalah milik Tuhanโ€

Masa tulis bait kata Prof Shahnon, menitis air mata saya. Betapa ibrah kehidupan yang Allah sampaikan kita selalu keciciran. Melihat dari sudut pandang yang berbeza.

Tuan puan. Cuba semak. Apa Ismail kita?


- Ahmad Sabirin Arshad

Photos from Panitia Pendidikan Islam SK Setiawangsa KL's post 15/05/2023

16 Mei 2023

SELAMAT HARI GURU Kepada Semua Pendidik Yang Bergelar Cikgu, Teacher, Ustaz, Ustazah, Profesor Dan Seangkatan dengannya. TERIMA KASIH semua guru kerana mengajar kami tentang adab dan ilmu sehingga kami menjadi orang yang berguna.

โ€œSesungguhnya Allah dan seluruh malaikat-Nya serta penghuni langit dan bumi, memohon kerahmatan ke atas orang yang mengajarkan kebaikan kepada manusiaโ€. โ€”Hadis Riwayat At-Tirmizi

โ€œGuru Insani Pemangkin Generasi Madaniโ€
โ€œTerima Kasih Cikguโ€๐Ÿ˜Š

Photos from Panitia Pendidikan Islam SK Setiawangsa KL's post 11/05/2023

Bengkel Pelaksanaan Nadwah Kepemimpinan Islam Sekolah- Sekolah Peringkat Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Tahun 2023

Tarikh: 11 Mei 2023
Hari : Khamis
Tempat : Bilik Mesyuarat Duta 2, JPWPKL
Sasaran : JU Dakwah KL
Pengerusi : Ust Noh Azzaki bin Zainal

Photos from Panitia Pendidikan Islam SK Setiawangsa KL's post 05/05/2023

Perjumpaan Minggu ke 2
Kelab Pendidikan Islam.
Sesi pagi dan Petang..

Tarikh: 3 April 2023
Hari : Rabu
Masa: 11.30pg/1.30 ptg
Aktiviti: Membaca Asmaul Husna
dan Mencipta Logo

Want your school to be the top-listed School/college in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


SK Setiawangsa, Jalan Setiawangsa 13
Kuala Lumpur
54200