Bisnes & HR

Bisnes & HR

Share

Panduan Urus Bisnes & Pekerja Di Sini.

18/04/2022

Bagaimana majikan atau HR menghadapi staff yang selalu MC?

Selain tidak datang kerja, ada juga pekerja yang selalu MC. Sekejap sekejap MC. Untuk mengatasi masalah kaki MC, majikan boleh hubungi klinik yang selalu mengeluarkan MC kepada pekerja tersebut dan minta doktor mengeluarkan surat untuk menunjukkan sakit yang dialami pekerja tersebut sehingga kerap diberikan MC. Dengan cara ini, doktor klinik tersebut akan mula berkira-kira apabila pekerja tadi meminta MC.

Klik https://bit.ly/3Mdhh4h untuk bantuan.

18/04/2022

Bagaimana salah satu cara majikan atau junior HR memberi arahan lepada staff lama atau senior?

Golongan pekerja yang berusia sudah semestinya ada pengalaman kerja dan pengalaman hidup yang lebih daripada anda. Bak kata pepatah, mereka terlebih dulu makan garam daripada kita.

Selain dari memberi arahan sahaja, saling bertukar pendapat dengan staf yang lebih lama amat membantu kerja kedua-dua belah pihak apabila ianya boleh terlaksana dengan baik. Selain itu, berikan peluang kepada mereka untuk kongsikan pengalaman mereka kepada anda.

Anda juga boleh laksanakan program mentor-mentee di antara pekerja lebih senior dan muda. Secara tidak langsung, program tersebut dapat merapatkan hubungan di kalangan pekerja.

Kaedah ‘feed forward’ juga dapat menggalakkan semangat pekerja untuk bekerja keras. Feed forward adalah langkah untuk meminta staf untuk memberikan pandangan bagaimana untuk kembangkan bisnes. Jika mereka tak pasti, teruskan beri galakan agar mereka sentiasa ada usaha untuk berikan cadangan.

Kemudian, anda sebagai majikan atau junior HR jangan beri cadangan anda kepada team. Jika anda ada cadangan dan secara tak langsung lontarkan kepada team anda, gesa mereka untuk nilai sama ada cadangan anda sesuai untuk dilaksanakan atau tidak. Jadi, team akan rasa lebih dihargai bila mereka memberikan pandangan. Mereka juga akan lebih komited dan gembira untuk bekerja. Hal ini penting berikutan kadar statistik menunjukkan 90% staf tinggalkan company kerana rasa tak dihargai.

Klik https://bit.ly/3Mdhh4h untuk bantuan.

18/04/2022

Bagaimana majikan memberitahu tidak mahu pekerjanya lagi.
- “Cari kerja baru!”

Apabila majikan atau HR meletakkan pekerja pada “performance plan” atau pelan prestasi yang formal, jangan harap ia akan mengubah keadaan dan pekerja akan mula jadi pekerja cemerlang.

Apa yang majikan benar-benar maksudkan dengan pengenalan pelan ini adalah, “Mula hantar resume kepada majikan lain dan mula cari kerja baru secepat mungkin!”

Jika pekerja mendapat pekerjaan lain sebelum dipecat, dia tidak perlu menghadapi risiko menganggur. Ia adalah lebih baik untuk kedua-dua belah pihak, kerana menganggur menyebabkan pekerja lebih sukar untuk mendapatkan pekerjaan baru, juga bermaksud pekerja perlu menganggur dengan lebih lama.

Klik https://bit.ly/3Mdhh4h untuk bantuan.

18/04/2022

Perlukah majikan atau HR memberi testimoni?

Sesetengah syarikat mempunyai polisi tidak memberikan rujukan atau testimonial kepada bekas pekerja untuk mengelakkan perkara tidak diingini, lebih-lebih lagi dalam kes di mana bekas kaki tangan itu meninggalkan syarikat dalam keadaan tidak baik.

Pada zaman ini, syarikat hanya dikehendaki untuk menyatakan tarikh bekerja serta tangga gaji dan berhak menolak memberikan komen mengenai prestasi pekerja.

Akan tetapi, sekiranya ditanya jika mereka berminat mengambil semula pekerja itu bekerja di syarikat, mereka boleh menyatakan “ya” atau “tidak” tanpa implikasi disaman. Perkara ini adalah penting, kerana sekiranya majikan terdahulu menyatakan “tidak”, ia menjadi indikasi buruk kepada bakal majikan baru.

Jadi, adalah penting untuk anda menyatakan secara jujur kepada bakal majikan anda sebab-sebab anda meninggalkan pekerjaan anda yang terdahulu sekiranya ditanya.

Klik https://bit.ly/3Mdhh4h untuk bantuan.

18/04/2022

Perlukah membuat rujukan “backdoor”?

Sebelum mengambil pekerja, biasanya HR akan melakukan rujukan. Anda mungkin fikir mereka hanya akan memeriksa daripada orang rujukan yang anda beri sahaja, tetapi sebenarnya HR juga akan melakukan rujukan “backdoor” atau “pintu belakang”.

Mereka akan merujuk kepada rangkaian kenalan dalam bidang HR untuk mencari seseorang yang pernah bekerja dengan anda pada masa lalu demi mendapatkan pandangan yang jujur.

Teknik ini biasanya digunakan khusus untuk mereka yang meninggalkan majikan terdahulu dalam keadaan yang mencurigakan. Contohnya, bakal pekerja itu mungkin mengatakan beliau telah diberhentikan oleh majikan terdahulu, tetapi sebenarnya telah dipecat.

Klik https://bit.ly/3Mdhh4h untuk bantuan.

Want your school to be the top-listed School/college in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


No 11, Jalan Tun
Kuala Lumpur
50500