SK TAMAN MIDAH

SK TAMAN MIDAH

Share

Laman rasmi baharu SK Taman Midah, Cheras, Kuala Lumpur.

Photos from SK TAMAN MIDAH's post 06/06/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada 20 orang guru yang telah berjaya menyelesaikan ketiga-tiga pensijilan peringkat antarabangsa, iaitu:
โœ…Google Certified Educator Level 1
โœ…Google Certified Educator Level 2
โœ…Gemini Certified Educator

Kejayaan memperoleh pensijilan antarabangsa ini merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan dan mencerminkan komitmen guru-guru dalam meningkatkan kemahiran digital serta mengintegrasikan teknologi dalam pendidikan.

Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada yang lain untuk terus memperkasa diri seiring dengan perkembangan pendidikan digital masa kini.

Tahniah sekali lagi kepada semua guru yang terlibat!

26/05/2026

TAHNIAH & SYABAS! ๐Ÿ๐Ÿ”ฅ

Warga SK Taman Midah Cheras merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada 3 orang murid perempuan bola tampar SK Taman Midah yang telah berjaya mewakili Kuala Lumpur ke peringkat MSSM.

Tahniah diucapkan kepada:

MIA ERISSA BINTI MOHD AWALLUDDIN โ€“ 6 Orkid
NIK DARIN HANANIA BINTI NIK MOHD AIDIL โ€“ 6 Dahlia
PUTERI NOOR ADELIA AFRINA BINTI MOHD KHAIRI โ€“ 6 Melur

Kejayaan ini merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan buat sekolah. Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus berusaha, berdisiplin dan melakar lebih banyak kejayaan pada masa akan datang.

Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah juga diucapkan kepada Cikgu Ahmad Dhiyaulhaq, Coach Bola Tampar MSSM P12, atas bimbingan, komitmen dan usaha gigih dalam melatih serta membimbing murid-murid sehingga mencapai kejayaan yang membanggakan ini.

Teruskan kecemerlangan! SK Taman Midah terus hebat! ๐Ÿ’ช๐Ÿป๐Ÿ







26/05/2026

๐๐„๐๐‚๐€๐๐€๐ˆ๐€๐ ๐๐„๐‘๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ: ๐๐„๐‘๐“๐€๐๐ƒ๐ˆ๐๐†๐€๐ ๐Š๐‡๐€๐“

Sekalung tahniah diucapkan kepada ๐Œ๐€๐’๐‡๐ˆ๐“๐€๐‡ ๐๐”๐‘ ๐ˆ๐Œ๐€๐๐ˆ ๐๐ˆ๐๐“๐ˆ ๐Œ๐”๐‡๐’๐ˆ๐dari Kelas 6 Dahlia kerana telah berjaya meraih ๐“๐ž๐ฆ๐ฉ๐š๐ญ ๐Š๐ž-๐Ÿ‘ ๐๐š๐ฅ๐š๐ฆ ๐๐ž๐ซ๐ญ๐š๐ง๐๐ข๐ง๐ ๐š๐ง ๐Š๐ก๐š๐ญ ๐๐ž๐ซ๐ข๐ง๐ ๐ค๐š๐ญ ๐–๐ข๐ฅ๐š๐ฒ๐š๐ก ๐๐ž๐ซ๐ฌ๐ž๐ค๐ฎ๐ญ๐ฎ๐š๐ง ๐Š๐ฎ๐š๐ฅ๐š ๐‹๐ฎ๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ซ.

Kejayaan ini amat membanggakan seluruh warga SK Kebangsaan Taman Midah, Cheras dan menjadi bukti bahawa usaha, kesungguhan serta minat yang mendalam mampu membuahkan kejayaan yang cemerlang.

Ucapan tahniah juga ditujukan kepada jurulatih khat sekolah, Ustazah Siti Nurdiana binti Kamaludin, barisan pentadbir, guru-guru serta semua warga SKTM yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada murid-murid lain untuk terus berusaha, mencungkil bakat dan mengharumkan nama sekolah dalam pelbagai bidang.

Tahniah sekali lagi! Warga SKTM berbangga dengan kejayaan ini.



Photos from SK TAMAN MIDAH's post 26/05/2026

๐ŸŒ ๐๐„๐๐‚๐€๐๐€๐ˆ๐€๐ ๐๐„๐‘๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“ ๐€๐๐“๐€๐‘๐€๐๐€๐๐†๐’๐€

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada murid-murid SK Taman Midah atas kejayaan cemerlang dalam ๐Ÿ๐ฌ๐ญ ๐€๐ซ๐ญ๐ž๐ฆ๐ข๐ฌ ๐†๐ฒ๐ฆ๐ง๐š๐ฌ๐ญ๐ข๐œ๐ฌ ๐ˆ๐ง๐ฏ๐ข๐ญ๐š๐ญ๐ข๐จ๐ง๐š๐ฅ ๐†๐š๐ฆ๐ž๐ฌ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” yang berlangsung di Johor, Malaysia pada 22 hingga 24 Mei 2026.

Penyertaan ini telah membuktikan kesungguhan, disiplin dan semangat juang yang tinggi dalam kalangan murid SK Taman Midah sehingga berjaya meraih pencapaian membanggakan di peringkat antarabangsa.

Senarai pencapaian murid adalah seperti berikut:

๐Ÿคธโ€โ™€๏ธ Puteri Raisha Humaira Binti Megat Muhammad Amrun
3 Dahlia
Level 2 U9 โ€“ 4 Gold, Rank 1st (Gold)

๐Ÿคธโ€โ™€๏ธ Nur Eryna Delisha Binti Mohd Halmi
6 Kekwa
Level 2 U12 โ€“ 4 Gold, Rank 7th (Bronze)

๐Ÿคธโ€โ™€๏ธ Nur Kaysha Inara Binti Nor Kamal
2 Seroja
Pre Level 1 U8 โ€“ 3 Gold, 1 Silver, Rank 26th (Bronze)

๐Ÿคธโ€โ™€๏ธ Nur Ameera Adellya Binti Dโ€™june Aidy
5 Kekwa
Pre Level 2 U11 โ€“ 4 Gold, Rank 2nd (Silver)

๐Ÿคธโ€โ™€๏ธ Nur Alya Aleesa Binti Mohd Azizi
3 Orkid
Pre Level 2 U11 โ€“ 4 Gold, Rank 2nd (Silver)

๐Ÿคธโ€โ™€๏ธ Nur Qisha Inara Binti Muhammad Fuad
3 Melur
Pre Level 2 U11 โ€“ 3 Gold, 1 Silver, Rank 12th (Bronze)

๐Ÿคธโ€โ™‚๏ธ Muhammad Mirza Mikhail Bin Muhammad Ariff
6 Orkid
Level 1 U12 โ€“ 4 Gold, Rank 3rd (Bronze)

๐Ÿคธโ€โ™‚๏ธ Muhammad Riyadh Iyan Bin Muhammad Khairi
5 Kekwa
Level 1 U12 โ€“ 2 Gold, 2 Silver, Rank 6th (Bronze)

Jumlah keseluruhan pingat:
๐Ÿฅ‡ 28 Gold
๐Ÿฅˆ 7 Silver
๐Ÿฅ‰ 5 Bronze

Pihak sekolah amat berbangga atas pencapaian luar biasa ini. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada semua murid SK Taman Midah untuk terus berusaha, berdisiplin dan mencipta kejayaan dalam bidang masing-masing.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada jurulatih gimnastik sekolah iaitu Cikgu Mohd Irwan bin Miskob, semua murid, ibu bapa, serta semua pihak yang terlibat.

SK Taman Midah terus melangkah cemerlang!

26/05/2026

๐Ÿฅ‰ TAHNIAH & SYABAS! ๐Ÿฅ‹๐Ÿ‘
Warga sekolah merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada:

๐๐”๐‘ ๐€๐‘๐ˆ๐€๐๐€ ๐€๐‘๐ˆ๐’๐’๐€ ๐๐ˆ๐๐“๐ˆ ๐€๐‹๐ˆ ๐€๐‡๐Œ๐€๐ƒ

atas kejayaan meraih Pingat Gangsa dalam acara Poomsae Female Team 12โ€“14 Year Old sempena:

๐Ÿ† 15th TM-KBS-MILO National Junior Taekwondo Championship 2026
๐Ÿ“… 15 โ€“ 17 Mei 2026
๐Ÿ“ Stadium Tertutup Nilai, Negeri Sembilan

Kejayaan ini amat membanggakan sekolah dan menjadi inspirasi kepada seluruh murid untuk terus cemerlang dalam bidang kokurikulum dan sukan.

Semoga terus berjaya dan mengharumkan nama sekolah, negeri serta negara pada masa hadapan.




26/05/2026

Selamat Menunaikan Ibadah Hari Arafah dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1447H/2026M

Semoga Hari Arafah yang mulia ini menjadi ruang untuk kita memperbanyakkan doa, zikir dan amalan soleh serta mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam. Semoga semangat pengorbanan, keikhlasan dan ukhuwah terus subur dalam kehidupan kita semua.

Ikhlas daripada,
Warga SK Taman Midah

Photos from SK TAMAN MIDAH's post 26/05/2026

๐’๐€๐Œ๐๐”๐“๐€๐ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐†๐”๐‘๐” ๐’๐Š ๐“๐€๐Œ๐€๐ ๐Œ๐ˆ๐ƒ๐€๐‡ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

๐Ÿ’Terima kasih diucapkan kepada semua guru, murid, ibu bapa dan warga SK Taman Midah yang telah bersama-sama memeriahkan Sambutan Hari Guru tahun ini.

โค๏ธDi sebalik setiap senyuman murid, terselit pengorbanan seorang guru.
Di sebalik setiap kejayaan anak bangsa, berdiri insan hebat yang tidak pernah jemu mendidik dengan penuh kasih sayang dan keikhlasan.

Sambutan kali ini menjadi kenangan indah yang menyatukan hati seluruh warga sekolah dalam menghargai jasa guru-guru yang sentiasa menjadi inspirasi. Terima kasih kepada semua penaja Sambutan Hari Guru - Kimie Enterprise, YSPEED AUTOMOTIVE & Bank Rakyat.

โ€œGuru Bitara Nadi Negaraโ€
Sesungguhnya guru bukan hanya mengajar ilmu, tetapi membina harapan, mencorak masa depan dan menyentuh jiwa anak-anak untuk menjadi insan berguna.

๐ŸŒนTerima kasih cikguโ€ฆ
Kerana lelahmu, lahirlah generasi pewaris bangsa.



Photos from SK TAMAN MIDAH's post 26/05/2026

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐๐„๐‘๐Š๐„๐Œ๐๐€๐๐†๐€๐ ๐€๐–๐€๐‹ ๐‘๐„๐Œ๐€๐‰๐€

Program Perkembangan Awal Remaja telah berlangsung dengan jayanya dan penuh bermakna. Program ini menjadi satu platform terbaik dalam membimbing murid mengenali potensi diri, membina sahsiah unggul serta melangkah lebih yakin ke arah masa depan.

Semoga setiap ilmu dan perkongsian yang diperoleh menjadi bekalan berharga dalam membentuk remaja yang berilmu, berdisiplin dan berjiwa mulia.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah bersama-sama menjayakan program ini.

Photos from SK TAMAN MIDAH's post 26/05/2026

๐Ÿ†๐Š๐„๐‰๐Ž๐‡๐€๐๐€๐ ๐Ž๐‹๐€๐‡๐‘๐€๐†๐€ ๐“๐€๐‡๐”๐๐€๐ ๐’๐Š ๐“๐€๐Œ๐€๐ ๐Œ๐ˆ๐ƒ๐€๐‡ ๐Š๐€๐‹๐ˆ ๐Š๐„-๐Ÿ‘๐Ÿ”

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua ibu bapa, penjaga, warga SKTM serta para tetamu yang hadir memeriahkan Kejohanan Olahraga Tahunan SK Taman Midah Kali Ke-36.

Kehadiran tuan puan telah menyuntik semangat kepada anak-anak untuk terus berusaha, berani mencuba dan memberikan yang terbaik di arena sukan. Sokongan padu ini menjadi bukti bahawa kejayaan sesuatu program lahir daripada kerjasama erat antara sekolah, ibu bapa dan komuniti.

Terima kasih kerana bersama-sama menjadikan kejohanan ini lebih meriah, bermakna dan penuh kenangan indah.

๐Ÿ“ Lokasi: Stadium Cheras, Kuala Lumpur
๐Ÿ“… Tarikh: Ahad, 17 Mei 2026
โฐ Masa: 7.00 pagi

Saksikan koleksi gambar menarik sepanjang kejohanan ini. Mana tahu, ada wajah juara kecil anda sedang beraksi penuh gaya! ๐Ÿ“ธ

https://drive.google.com/drive/folders/1xBj_ZqXto3OuNF2eiw_-K9rgYH4dcqjT?usp=sharing

24/05/2026

Makluman cuti pertengahan tahun 2026 bermula pada 23 Mei hingga 7 Jun 2026. Murid akan kembali bersekolah pada 8 Jun 2026.

Selamat bercuti, jaga diri dan manfaatkan masa cuti dengan baik. Terima kasih.

Want your school to be the top-listed School/college in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


TAMAN MIDAH, Cheras
Kuala Lumpur
56000