09/12/2022
⭐️SET PREMIUM BOX AL QURAN KHADEEJA TAGGING/NO TAG BESERTA REWARD MISTERI⭐️
Istimewa untuk anda jika buat pembelian Set Premium Box Al Quran Khadeeja Tagging/No tag dan anda claim reward misteri anda akan dapat
❤️ Kotak Premium
❤️ Riben
❤️ Kalendar 2023
❤️ Buckle
❤️ Kad Zikir - 3 pcs
❤️ Penunjuk Al Quran Acrylic
❤️ Zip Lock
❤️ Index Tagging Khadeeja
💥REWARD MISTERI💥
🌹 Buku Nota
🌹 Bookmark - 5 pcs
🌹 Kad Doa - 2 pcs
🌹 Kad Zikir - 2 pcs
Berminat nak hadiahkan set Al Quran kepada yang tersayang? Hubungi agent Enuurpreneur yang sah dengan segera!
26/11/2022
Apa ISTIMEWANYA Al Quran A6 Soft Cover ni?
🔎hadiah untuk anak-anak sebab mudah nak bawa ke sekolah
🔎untuk anak hafiz-hafizah sebab mudah nak bawak hafal
🔎hadiah untuk pelajar sekolah
🔎untuk pergi haji @ umrah @ travel sebab ringan dan flexibel
🔎letak dalam kereta, sambil menunggu boleh baca alquran 😍
JOM DAPATKAN SEKARANG!😍
23/11/2022
PERCUMA UKIRAN NAMA😍
Syokk betul bila dapat Al Quran dengan ukiran nama sendiri secara PERCUMA🤩 Hanya bayar harga Al Quran sahaja. Wowww jimat betul ni! Rugi kalau tak kongsi dengan kenalan yang lain jugak.
Jom share & cepat2 bagitahu dekat rakan rakan serta ahli keluarga yang lain jugak.
23/06/2022
𝐄𝐌𝐏𝐀𝐘𝐀𝐑: 𝐇𝐈𝐊𝐀𝐘𝐀𝐓 𝐏𝐔𝐓𝐄𝐑𝐀 𝐓𝐀𝐍𝐏𝐀 𝐍𝐀𝐌𝐀
Ilmu Agama ini umpama senjata yang boleh dimiliki sesiapa.Jika senjata itu jatuh ke tangan yang baik akan digunakan senjata itu untuk menyerang yang jahat. Namun jika ia jatuh ke tangan yang jahat akan digunakan senjata itu untuk memusnahkan yang baik.
Jom dapatkan sekarang.. Klik link di bio
23/06/2022
𝐊𝐇𝐀𝐒 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐏𝐄𝐌𝐈𝐍𝐀𝐓 𝐊𝐀𝐑𝐘𝐀 𝐓𝐄𝐌𝐄 𝐀𝐁𝐃𝐔𝐋𝐋𝐀𝐇!
Siri Empayar Teme Abdullah ini sangat sesuai untuk seseorang yang mencari bahan bacaan santai, namun sarat dengan ilmu.
Siri Empayar ini mengisahkan kehidupan para pelatih Madrasah Taming Sari. Bagi yang s**a dengan nombor, Siri ini sesuai dengan anda kerana para pelatih Madrasah Taming Sari diberi nama menggunakan nombor (bukan nama sebenar).
Jom dapatkan Siri Empayar Teme Abdullah yang sedang hangat dipasaran!
Siri ini merangkumi 3 buah buku iaitu:
1. Empayar: Hikayat Putera Tanpa Nama
2. Empayar 2: Hikayat Mukjizat Daripada Iblis
3. Empayar 3: Hikayat Saka Keturunan Raja
Jom dapatkan segera… Boleh tekan link di bio
08/03/2022
"𝗕𝗔𝗖𝗔, 𝗕𝗔𝗖𝗔 𝗗𝗔𝗡 𝗕𝗔𝗖𝗔, 𝗦𝗘𝗧𝗘𝗥𝗨𝗦𝗡𝗬𝗔 𝗕𝗔𝗥𝗨𝗟𝗔𝗛 𝗠𝗘𝗡𝗨𝗟𝗜𝗦"📚
Ayat di atas adalah pesanan daripada A. Samad Ismail kepada penulis buku 𝗠𝗲𝗻𝘂𝗹𝗶𝘀 𝗗𝗮𝗿𝗶 𝗛𝗮𝘁𝗶 𝗕𝗶𝗮𝗿 𝗦𝗮𝗺𝗽𝗮𝗶 𝗞𝗲 𝗛𝗮𝘁𝗶 iaitu Pahrol Mohamad Juoi.
𝙈𝙚𝙣𝙪𝙧𝙪𝙩 𝙃𝙖𝙢𝙠𝙖 𝙥𝙪𝙡𝙖:
"Penulis mesti banyak membaca berbanding menulis"
Apabila membaca, kita membawa buku dekat ke dada kita, dekat di hati. Buku itu akan 'berinteraksi' dengan suara hati kita.
Membaca ini ada banyak faedah yang kita boleh dapat. Bukan hanya faedah untuk diri sendiri malah ada juga faedah untuk orang lain.
Antara faedah membaca ialah:
1. Membaca menajamkan pemikiran
2. Membaca boleh melembutkan hati, serta menjadikan pemikiran kita akur kepada akal
3. Membaca dapat merangsang jiwa untuk menulis
4. Kaya dengan perbendaharaan kata dan istilah
5. Membaca sebagai terapi jiwa
6. Cekap dan cepat menyelesaikan masalah
Faedah membaca ini terselit di dalam buku 𝗠𝗲𝗻𝘂𝗹𝗶𝘀 𝗗𝗮𝗿𝗶 𝗛𝗮𝘁𝗶 𝗕𝗶𝗮𝗿 𝗦𝗮𝗺𝗽𝗮𝗶 𝗞𝗲 𝗛𝗮𝘁𝗶 di halaman 56.
Berminat untuk mendapatkan buku ini?
Klik link di bio
17/02/2022
Dari Lembah Cita-cita
Hamka
"Hanya kedua-duanya itulah, iaitu ilmu dan budi, yang dapat membangkitkan manusia dan membentuk perikemanusiaan" - Buya Hamka
Buku ini seakan himpunan amanat Buya Hamka kepada anak muda agar terus bercita-cita tinggi dan memimpin perubahan bangsa.
Tentang usaha, harapan, gagasan dan disiplin yang anak muda perlukan untuk mengubah keadaan yang mereka tidak s**a pada hari ini menjadi lebih baik.
Zaman anak muda akan tiba, bersiapkah kita?
Baca buku ini dan ketahuilah jawapannya.
Tekan link di bio untuk memesan buku ini.
17/02/2022
“Tiap-tiap roh, tiap-tiap semangat itu mempunyai pasangan semangat untuk pertalian hidupnya, rasa bahagia dia apabila bertemu dan rasa sengsara apabila berpisah.”
Margaretta Gauthier, halaman 145.
Kisah cinta dua insan yang tak kesampaian lantaran perbezaan darjat menjadi ukuran dan status hidup. Kisah yang sering berlaku dalam masyarakat, yang menjadi nanah dalam kebahagiaan dua insan yang bercinta.
Salahkan bercinta?
Hinakah dianugerahkan rupa paras yang cantik?
Salahkan seorang bapa yang mahukan anaknya hidup bahagia?
Dilema seorang bapa tentang kebahagiaan anak lelakinya atau anak perempuannya. Dua-dua beliau sayang.
Dapatkan novel terjemahan Hamka ini di - Sila tekan link di bio untuk sebarang pertanyaan dan pesanan.
15/02/2022
Guru Aini, seorang guru matematik yang cukup idealis.
Orang-orang Biasa, kisah 10 orang biasa yang mempunyai pemikiran idealis.
Kedua nashkah yang membawa tema pendidikan dalam kehidupan masyarakat yang biasa-biasa, tiada pangkat, tiada nama. Novel yang sarat dengan nilai-nilai pendidikan, pengorbanan dan dedikasi atas nama kejujuran.
Buku Orang-orang Biasa, Andrea Hirata edisi Malaysia. Halaman 50,
".... Ibu Desi menarik kesimpulan, bahawa mereka yang mahu belajar, tidak bisa diusir.
.... Mengalir air matanya kerana dia benci kepada diri sendiri yang tidak dapat memecahkan soalan-soalan Matematik, kerana perutnya sakit dan kerana dia teringat pada penderitaan ayahnya.
.. Kau dan ibumu itu, dua kali lima! Gelap-gelita Matematik! "
“Tak ada yang lebih membuat murid gembira selain berhasil mempelajari sesuatu, dan tak ada yang membuat seorang guru gembira selain menemui cara untuk mengajari muridnya,” halaman 232, Guru Aini.
Aini, watak yang wujud dalam 2 novel Andrea Hirata, Guru Aini dan Orang-orang Biasa.
Mengapa?
Berjayakah Aini mencapai cita-citanya, dan bagaimana beliau mencapainya?
Klik link di bio untuk memesan naskah ini.
11/02/2022
Kunang Pesisir Morten.
Ah, tak mahu cerita banyak. Novel yang pernah dinobatkan antara 100 buah buku yang rakyat Malaysia patut baca.
Kenapa?
Kerana novel ini tentang kita. Ingat waktu kecil kita main apa?
Seumur sembilan tahun, apa yang kita tahu buat? Apa kejayaan yang kita capai diusia itu?
Mahu tahu Dhiya dan sahabat baiknya, Adi dan Lim buat apa? Mereka merapatkan jurang antara dua bangsa.
Bagus kan?
Pelik, bagaimana mereka lakukan?
Kerana Dhiya pemikir genius. Bijak dalam mentafsir apa yang dia lihat dan perhati.
Ah, tak mahu cakap banyak lagi.
Bacalah novel ini untuk mengisi jiwa yang kosong. Ambil semangat Dhiya dan hiduplah dengan ambil inspirasi daripada kisah Dhiya.
Kunang Pesisir Morten link di bio
11/02/2022
“Tangkap! Tangkaplah orang miskin yang berjuang agar anaknya bisa sekolah! Kita ini bukan merompak, Dinah! Kita ini melawan ketidakadilan!
..Ilmu hendaklah hanya tunduk kepada kecerdasan, bukan kepada kekayaan! ...”
Perjuangan orang-orang biasa dalam membiayai pendidikan seorang anak yang berimpian besar.
Perjuangan orang-orang biasa yang miskin, kurang pendidikan dan dianggap manusia bodoh di zaman sekolahnya.
Orang-orang Biasa bukan soal pendidikan semata, malah ia tentang tanggungjawab, ketabahan , kejujuran, kerja keras, dan keikhlasan hati.
Novel pertama karya Andrea Hirata dalam genre kejahatan namun penuh jenaka lucu dialognya. Dan kini ia dalam edisi Malaysia yang diterjemahkan oleh Jejak Tarbiah buat peminat Andrea Hirata, penulis International Bestseller Laskar Pelangi.
Berminat boleh tekan link di bio