09/03/2026
JOM KE MAJLIS KONVOKESYEN UniMAIWP KALI KE-16!
Anda Sudah Berjuang.
Ini Masanya Untuk Diraikan.
Your Achievement Deserves The Stage โจ
Dengan penuh penghormatan dan kebanggaan, Fakulti Sains Kesihatan menjemput para graduan untuk hadir ke majlis penganugerahan rasmi sebagai pengiktirafan terhadap kecemerlangan akademik dan profesionalisme yang telah anda buktikan.
Perjalanan anda bukan sekadar menamatkan pengajian.
Anda telah melalui latihan klinikal, penyelidikan saintifik, disiplin akademik dan cabaran yang membentuk anda sebagai profesional masa hadapan dalam bidang kesihatan.
Kini tiba masanya untuk melangkah ke pentas kehormatan.
Disaksikan keluarga.
Diraikan pensyarah.
Dikenang sepanjang hayat.
Tarikh : 04 April 2026
Lokasi : Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL)
Untuk info lanjut berkenaan Majlis Konvokesyen UniMAIWP Kali Ke-16, sila klik https://iconvo.unimaiwp.edu.my/ bagi mengisi RSVP di portal tersebut.
Pentas itu milik anda. Jumpa di sana!
25/02/2026
๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐
Assalamuโalaikum dan Salam Sejahtera,
Tahniah diucapkan kepada semua bakal graduan.
Bagi melancarkan urusan pendaftaran majlis, para graduan yang telah menjelaskan pembayaran WAJIB mengisi maklumat pengesahan kehadiran melalui pautan atau kod QR di bawah:
๐ https://iconvo.unimaiwp.edu.my/
Kerjasama anda amat dihargai bagi memastikan kelancaran majlis kita nanti. Terima kasih.
23/01/2026
๐๐๐ญ๐ข๐ง๐ ๐ ๐ข-๐ญ๐ข๐ง๐ ๐ ๐ข ๐๐๐ฌ๐ฒ๐ฎ๐ค๐ฎ๐ซ๐๐ง & ๐๐๐ก๐ง๐ข๐๐ก
Satu lakaran sejarah baharu telah tercipta. Syabas dan Tahniah diucapkan kepada YBhg. Datoโ Seri Prof. Dr. Noor Inayah Binti Yaโakub, Ketua Pegawai Eksekutif/ Naib Canselor serta kepimpinan dan warga kerja atas penaiktarafan Kolej Universiti Antarabangsa MAIWP kini secara rasminya menjadi ๐๐ง๐ข๐ฏ๐๐ซ๐ฌ๐ข๐ญ๐ข ๐๐ง๐ญ๐๐ซ๐๐๐๐ง๐ ๐ฌ๐ ๐๐๐๐๐ (๐๐ง๐ข๐๐๐๐๐).
Kejayaan ini adalah bukti komitmen berterusan dalam memartabatkan kecemerlangan akademik dan pendidikan tinggi di bawah naungan MAIWP. Semoga UniMAIWP terus unggul dalam melahirkan modal insan yang berilmu dan berintegriti.
14/11/2025
3 November 2025 - Program Diploma Kesihatan Persekitaran (DEH) telah mengadakan Mesyuarat Semakan Kurikulum bersama Penasihat Luar, pemegang taruh dan alumni DEH.
Mesyuarat telah disertai oleh semua kakitangan akademik DEH, Prof. Madya Dr. Saliza binti Mohd Elias (Penasihat Akademik, UPM), Encik Ruzee bin Juneh (JKN Johor), Encik Muhammad Sukri bin Abdul Rahman (ILKKM, Sungai Buloh), dan Encik Akmal Shah bin Saim (DBKL).
Pihak program mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para jemputan yang telah memberikan input dan cadangan yang berharga bagi menambahbaik kualiti program DEH di masa hadapan dan memenuhi keperluan semasa industri.
14/11/2025
11 November 2025 - Program Diploma Kesihatan Persekitaran telah menyertai Konvensyen Kesihatan Awam Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) 2025 yang berlangsung di Dewan Perdana Mestika, Institut Latihan DBKL.
Konvensyen ini juga menjadi medan pertemuan tenaga pengajar bersama alumni Diploma Kesihatan Persekitaran yang sedang berkhidmat sebagai Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (PPKP) di Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) di seluruh negara.
Syabas kepada semua alumni !!
30/10/2025
๐ฅMeet Our Alumni Heroes๐ฅ
๐ Every heartbeat tells a story of courage, compassion, and care.
๐ฏ From their first day in our classrooms to saving lives in the real world, our Alumni from Diploma in Medical & Health Sciences (formerly Diploma in Medical Assistant) continue to inspire us with their unwavering dedication to serve.
๐ซถThey are the hearts that heal, the hands that help, and the heroes who make a difference every single day.
๐ข Come & join us, be parts of our Alumni Heroes in future. December 2025 intake is now open for registration. Apply nowโผ๏ธ
25/10/2025
Step into the world of science and discovery! ๐งฌ
๐ Bachelor of Biomedical Sciences (Honours) at University College MAIWP International (UCMI) offers a strong foundation in research, diagnostics, and healthcare innovation.
๐ Mode: Full Time
โฑ๏ธ Duration: 4 Years
๐ฌ Career Pathways: Science Officer, Biomedical Technologist, Clinical Lab Scientist, Researcher & more!
โจ Eligible for credit transfer and shorter study duration.
๐ฉ Email us at [email protected] for more info!
18/10/2025
Explore your path in Health Sciences with UCMI! ๐
From Foundation to Bachelorโs and even Postgraduate studies, weโve got your future covered. ๐
Start your journey toward a rewarding career in health and science today! ๐
09/10/2025
Congratulation on your remarkable achievement๐ฏ
Your commitment, perserverance, and hard work have truly paid off. We are proud of your excellence and dedication.
Wishing you guys continued success in your professional journey ahead๐ฅ
09/10/2025
Telah berlangsung Mesyuarat Akademik Diploma Sains Perubatan & Kesihatan bersama Penasihat Akademik dan Pemeriksa Luar pada 30/9/2025 - 1/10/2025 di Kampus Bandar UCMI.
Mesyuarat ini diadakan bertujuan untuk penambahbaikan kurikulum dan kualiti pembelajaran program DMHS.
Kami amat menghargai segala perkongsian dan pandangan yang diberikan sepanjang mesyuarat berlangsung dalam memastikan kecemerlangan akademik terus diperkukuh.
09/10/2025
โจ๏ธTaking The Next Step: Last Day (Part 2)โจ๏ธ
๐Majlis Makan Malam "Glimmer & Glam: A Night to Remember"๐
Tarikh: 22 Ogos 2025
Tempat: Arina Skyview Kuala Lumpur
Majlis penutup bagi program Taking The Next Step diraikan dengan cukup meriah dan menjadi salah satu kenangan terindah bagi para pelajar khususnya DMHS Cohort 31 yang telah berjaya menempuh 3 tahun pengajian diploma. Pastinya pelbagai cabaran telah dilalui, susah senang, gelak tawa dan tangisan mengiringi sebuah perjalanan yang pastinya belum berakhir.
Majlis ini juga turut meraikan kecemerlangan para pelajar yang telah dikurniakan Anugerah Dekan. Tahniah buat semua penerima anugerah.
Diharapkan majlis ini menjadi suatu kenangan yang indah buat semua pelajar dan pengajar. Semoga anda semua terus melangkah maju pada masa akan datang.
P/s: Sorry ye lambat post๐