Fadhil Azri B. Zainuddin

Fadhil Azri B. Zainuddin

Share

Berkongsi berkenaan nota-nota pengajian.

02/10/2025

πŠπ„ππ˜π€π“π€π€π πŒπ„πƒπˆπ€ 𝐍𝐀'π€πŒ
Tarikh : 2 Oktober 2025

Nahdhatul Ulama Malaysia (NAAM) mengecam sekerasnya tindakan tentera Israel yang menghalang dan menangkap aktivis dan rakyat Malaysia dalam misi Sumud Global.

Penyertaan rakyat Malaysia dibawah jenama Sumud Nusantara adalah sebahagian dari misi keamanan sejagat antarabangsa Sumud Global.

Misi ini adalah aman, tidak melanggar undang-undang antarabangsa dan hanya berhasrat menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Gaza yang dizalimi oleh rejim Zionis Israel.

NAAM menyeru kepada kerajaan Malaysia khususnya YAB Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim (PMX) untuk melakukan sedaya upaya membawa pulang rakyat Malaysia yang telah ditangkap oleh rejim Israel. Tambahan juga YAB PMX merupakan penaung kepada Sumud Nusantara.

NAAM juga menyeru kepada semua alim ulama, Tuan-Puan Guru, asatizah, para pendakwah, seluruh umat Islam dan rakyat Malaysia am-nya untuk bersama-sama berdoa untuk keselamatan aktivis Sumud dan bantuan kepada Gaza selamat disampaikan.

Sesungguhnya seluruh kita sedang diuji dengan keimanan, dan pendirian moral terhadap persaudaraan sesama Insan. Inilah masa untuk kita bersatu hati melakukan apa sahaja untuk menyelamatkan aktivis Malaysia yang ditangkap dan rakyat Gaza yang dizalimi.

β€œBahawasanya sesiapa yang membunuh seorang manusia dengan tiada alasan yang membolehkan membunuh orang itu, atau (kerana) melakukan kerosakan di muka bumi, maka seolah-olah dia telah membunuh manusia semuanya; dan sesiapa yang menjaga keselamatan hidup seorang manusia, maka seolah-olah dia telah menjaga keselamatan hidup manusia semuanya.” - Surah Al Maidah: 32.

Want your school to be the top-listed School/college in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


Taman Segambut SPPK
Kuala Lumpur
51200