Fakulti Perubatan UKM

Fakulti Perubatan UKM Mempelopori Perubatan, Melahirkan Cendekiawan. Pioneering Medicine, Nurturing Scholars

VISI
Untuk menjadi hab akademik perubatan yang terkehadapan dan berdaya saing
berteraskan ilmu, inovasi dan pasukan profesional perubatan yang berdedikasi
dalam membentuk masyarakat yang sihat dan bermaklumat. MISI
Untuk memberi pendidikan dalam profesional perubatan dan perkhidmatan bermutu tinggi berteraskan penyelidikan, dalil perubatan, inovasi dan kepekaan sosial.

We are delighted to bring you the latest edition of Scope, the official magazine of the Faculty of Medicine, Universiti ...
21/08/2026

We are delighted to bring you the latest edition of Scope, the official magazine of the Faculty of Medicine, Universiti Kebangsaan Malaysia.

In this edition, discover the latest achievements, inspiring stories, research highlights, and exciting developments from our Faculty community. From academic excellence and research breakthroughs to collaborations, events, and the people who make our Faculty what it is, there is plenty to explore.

We hope you enjoy reading this edition of Scope and celebrating the stories that reflect our shared journey and achievements.

Happy reading!

sumber : di ruangan komen




Tahniah diucapkan kepada Encik Azlan Mohamad Hamzah atas pelantikan sebagai Ketua Perpustakaan Hospital Canselor Tuanku ...
21/08/2026

Tahniah diucapkan kepada Encik Azlan Mohamad Hamzah atas pelantikan sebagai Ketua Perpustakaan Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia yang berkuat kuasa mulai 4 Mei 2026 hingga 3 Mei 2029.

Tulus ikhlas daripada Ahli Pengurusan dan seluruh warga Fakulti Perubatan UKM.




Lawatan Audit Pengekalan Akreditasi bagi Program Sarjana Sains Perubatan Kecemasan dengan kepujian, Fakulti Perubatan UK...
20/08/2026

Lawatan Audit Pengekalan Akreditasi bagi Program Sarjana Sains Perubatan Kecemasan dengan kepujian, Fakulti Perubatan UKM telah dijalankan pada 18 & 19 Ogos 2026 dengan menerima lawatan daripada Dr. Marzaini Mohammad Yusop (UniSZA) sebagai panel penilai.

Mesyuarat pembukaan dan penutup penilaian ini telah dihadiri oleh Prof. Dr. Norazlina Mohamed (Timbalan Dekan Prasiswazah), Prof. Madya Dr. Teoh Seong Lin (Penolong Dekan Kualiti & Strategi), Prof. Madya Dr. Shamsuriani Md Jamal (Ketua Jabatan), Prof. Madya Dr. Mohd Johar Jaafar (Ketua Program), Pn. Khairatul Nadia Ramli (Ketua Sekretariat Prasiswazah), pensyarah dan kakitangan Jabatan Perubatan Kecemasan.

Pihak Fakulti menghargai komitmen dan input dari pihak panel serta kerjasama dari pihak Jabatan Perubatan Kecemasan dan urusetia Unit Kualiti & Strategi.




Tahniah diucapkan kepada Dr. Vinoth a/l Kumarasamy (Jabatan Parasitologi & Entomologi Perubatan) atas pelantikan sebagai...
20/08/2026

Tahniah diucapkan kepada Dr. Vinoth a/l Kumarasamy (Jabatan Parasitologi & Entomologi Perubatan) atas pelantikan sebagai Editor Subjek (Perubatan Tropika) Tropical Biomedicine (2026-2027) yang berkuat kuasa mulai 1 April 2026.

Tulus ikhlas daripada Ahli Pengurusan dan seluruh warga Fakulti Perubatan UKM.




Jadi Saintis Sehari: STEM Eksplorasi 2.0 ๐Ÿ”ฌ๐ŸงฌSeramai 120 pelajar Tingkatan 3 daripada 12 buah sekolah di Kuala Lumpur, Sel...
20/08/2026

Jadi Saintis Sehari: STEM Eksplorasi 2.0 ๐Ÿ”ฌ๐Ÿงฌ

Seramai 120 pelajar Tingkatan 3 daripada 12 buah sekolah di Kuala Lumpur, Selangor, dan Negeri Sembilan mendalami dunia sains dan perubatan secara hands-on di Fakulti Perubatan UKM!

Menariknya kali ini, para peserta bertukar menjadi detektif untuk merungkai kes "Siapa Pembunuh Jane?" menggunakan Kod pH dan DNA. Mereka juga berpeluang meneroka modul "Adiwira Farmako", Lawatan Muzium Anatomi, serta Parasitologi! Pengalaman berharga ini pastinya menyemai minat yang mendalam terhadap bidang STEM. Langkah kecil hari ini, pencetus impian besar masa hadapan!

Program yang penuh bermakna ini telah disempurnakan perasmiannya oleh Datuk Haji Azman Haji Abidin, Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Malaysia. Turut hadir menyerikan majlis adalah Prof. Datoโ€™ Dr. Razman Jarmin, Pro Naib Canselor (Kampus Kuala Lumpur) UKM; Tuan Ong Chun Wei, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balakong; Prof. Datoโ€™ Dr. Marina Mat Baki, Dekan Fakulti Perubatan UKM dan Prof. Madya Dr. Ruslinda Mustafar, Timbalan Dekan HEJIM.

Hadir sama bagi menyokong inisiatif pemerkasaan STEM ini ialah Puan Zainab Abu Kassim (Timbalan Pengarah Sektor Pembelajaran JPN Negeri Sembilan); Prof. Dr. Norshariza Nordin (Pengerusi TESMA); serta Prof. Madya Dr. Fazlina Nordin (Pengerusi Jawatankuasa Program Komuniti Eksplorasi STEM 2.0). Majlis turut dijayakan oleh Ahli-ahli Pengurusan Utama Fakulti Perubatan UKM, Pegawai-pegawai Kanan UKM, rakan-rakan industri, para penaja, serta para peserta program.

_______________________________________________________________________

A Scientist for a Day: STEM Exploration 2.0 ๐Ÿ”ฌ๐Ÿงฌ

120 Form 3 students from 12 schools across Kuala Lumpur, Selangor, and Negeri Sembilan explored the world of science and medicine hands-on at the Faculty of Medicine, UKM!

This time, participants became detectives to solve "Who is Jane's Killer?" using pH codes and DNA. They also explored exciting modules like "Pharmaco Superheroes", as well as an Anatomy and Parasitology Museum Visit! An unforgettable experience designed to spark a lifelong passion for STEM. A small step today for big dreams tomorrow!

This meaningful program was officiated by Datuk Haji Azman Haji Abidin, Political Secretary to the Prime Minister of Malaysia. Also in attendance to grace the event were Prof. Datoโ€™ Dr. Razman Jarmin, Pro Vice-Chancellor (Kuala Lumpur Campus) UKM; Mr. Ong Chun Wei, Balakong State Assemblyman; Prof. Datoโ€™ Dr. Marina Mat Baki, Dean of the Faculty of Medicine, UKM and Assoc. Prof. Dr Ruslinda Mustafar, Deputy Dean (HEJIM).

Showing their support for this STEM empowerment initiative were Puan Zainab Abu Kassim (Deputy Director of the Learning Sector, Negeri Sembilan State Education Department); Prof. Dr. Norshariza Nordin (President of TESMA); and Assoc. Prof. Dr. Fazlina Nordin (Chairperson of the STEM 2.0 Exploration Community Program Committee). The event's success was also made possible by the Top Management Members of the Faculty of Medicine UKM, UKM Senior Officers, industry partners, sponsors, and the program participants.

.0

18/08/2026

Sekalung tahniah diucapkan kepada En. Muhammad Aizuddin Saharudin, selaku Pengurus Pasukan Catur UKM, atas kejayaan membimbing pasukan membawa pulang pingat Gangsa bagi acara Catur Blitz (Lelaki) dalam Kejohanan Sukan Staf Antara Universiti Malaysia (SUKUM) 2026.

18/08/2026

๐„๐ฉ ๐Ÿ”๐Ÿ’ - ๐“๐ก๐ž ๐๐จ๐›๐ž๐ฅ ๐„๐ฑ๐ฉ๐ž๐ซ๐ข๐ž๐ง๐œ๐ž: ๐˜๐จ๐ฎ๐ง๐  ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š๐ง ๐’๐œ๐ข๐ž๐ง๐ญ๐ข๐ฌ๐ญ๐ฌ ๐š๐ญ ๐‹๐ข๐ง๐๐š๐ฎ
Watch now at: https://www.youtube.com/watch?v=oLpcNyBOlGA

At the 75th Lindau Nobel Laureate Meeting, two young Malaysian scientists met Nobel Laureates, connected with peers across disciplines and discovered new possibilities for their own research.

Hear the moments, lessons and perspectives that stayed with them in the latest ASM Podcast, The Nobel Experience: Young Malaysian Scientists at Lindau.




Fakulti Perubatan di MediaCabaran Sifu Dikotakan (Harian Metro)* PM Dr. Mohd. Faizal Ahmad - FPERBiarpun bukan bidang di...
17/08/2026

Fakulti Perubatan di Media

Cabaran Sifu Dikotakan (Harian Metro)* PM Dr. Mohd. Faizal Ahmad - FPER

Biarpun bukan bidang diminati Dr Mohd Faizal sahut cabaran Allahyarham Prof Dr Mohd Hashim Omar ceburi bidang onkofertiliti yang ketika itu belum ada di Malaysia.




PROGRAM PEMERKASAAN KETUA JABATAN "NAKHODA WATAN: MEMACU IMPAK SEJAGAT, MEMUPUK INSPIRASI ACUAN PERTIWI"Program Pemerkas...
17/08/2026

PROGRAM PEMERKASAAN KETUA JABATAN "NAKHODA WATAN: MEMACU IMPAK SEJAGAT, MEMUPUK INSPIRASI ACUAN PERTIWI"

Program Pemerkasaan Ketua Jabatan 2026 anjuran Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia telah berjaya dilaksanakan pada 12 hingga 13 Ogos 2026 bertempat di Zecon Hotel, Hospital Pakar Kanak-Kanak (HPKK) UKM.

Program yang menghimpunkan Ketua Jabatan, Timbalan Ketua Jabatan serta barisan pengurusan Fakulti Perubatan ini menjadi wadah untuk memperkukuh kepimpinan, memperkasa tadbir urus serta membina kesepaduan dalam mendepani cabaran akademik, klinikal, penyelidikan dan perkhidmatan kesihatan.

Sepanjang dua hari program, para peserta berpeluang mengikuti pelbagai sesi perkongsian, dialog dan perbincangan bersama tokoh kepimpinan universiti serta akademia yang berpengalaman. Antaranya ialah sesi Townhall bersama Naib Canselor UKM, Prof. Datoโ€™ Dr. Sufian Jusoh, Sembang Podsiar, Dialog Alumni Pengurusan serta Dialog Nadi Akademik Watan yang mengetengahkan pengalaman, kepimpinan, pengurusan manusia dan sinergi rentas jabatan.

Perkongsian daripada para tokoh yang pernah menerajui universiti dan Fakulti Perubatan UKM turut memberikan ruang kepada peserta untuk menelusuri pengalaman sebenar dalam kepimpinan, pengurusan krisis, penyelesaian konflik serta usaha menyatukan kekuatan setiap jabatan demi kecemerlangan fakulti.

Semoga segala ilmu, pengalaman dan inspirasi yang dikongsikan sepanjang program ini dapat diterjemahkan dalam kepimpinan dan pengurusan setiap jabatan, seterusnya menyumbang kepada pemerkasaan Fakulti Perubatan UKM sebagai sebuah institusi yang terus unggul, berdaya saing dan berimpak global.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua penceramah, panel, hos, urus setia serta seluruh warga Fakulti Perubatan UKM yang telah menjayakan program ini.

Nakhoda Watan, Memacu Impak Sejagat.




Fakulti Perubatan di MediaReactive heat policies insufficient (Sunday Star) Prof Dr Sharifa Ezat Wan Puteh - FPERUnivers...
17/08/2026

Fakulti Perubatan di Media

Reactive heat policies insufficient (Sunday Star) Prof Dr Sharifa Ezat Wan Puteh - FPER

Universiti Kebangsaan Malaysia public health specialist Prof Dr Sharifa Ezat Wan Puteh warned that heat becomes dangerous when temperatures range between 32C and 40C, particularly under high humidity.




Address

Fakulti Perubatan UKM
Kuala Lumpur
56000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Fakulti Perubatan UKM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Fakulti Perubatan UKM:

Shortcuts

Share