16/12/2022
Takziah kepada seluruh keluarga mangsa kejadian tanah runtuh di Batang Kali.
Kita amat bersimpati dengan kecelakaan yang menimpa mereka.
Namun kita harus menginsafi mengapa berlakunya gelinciran tanah. Setiap kali berlaku kecelakaan yang melibatkan gelinciran tanah, maka akan berputar-putar perbahasan mengenai impak penerokaan kawasan bukit & tanah tinggi.
Maka akan ramai yang akan berbahas mengenai kesan penebangan hutan...
akan ramai bercakap mengenai pentingnya hutan sebagai kawasan tadahan hujan.
akan ramai yang melihat & mengakui kepentingan hutan & pokok besar sebagai pemegang tanah untuk mengelakkan gelinciran tanah.
ramai lah yang akan berkicau mengenai keadaan iklim & cuaca yang tidak menentu akibat "kesan perubahan iklim"
inilah yang berlaku... bercakap... berbahas ... berkicau ... apakah tindakan? semua memahami 'ACTION SPEAK LOUDER THAN WORDS"! berbincanglah... berbahaslah... berkicaulah sekuat manapun... tetapi selagi tiada TINDAKAN yang sewajarnya diambil & selagi setiap dari kita masih menunggu & mengharapkan orang lain melakukan sesuatu untuk mengawal & menjaga kelestarian alam... situasi tidak akan berubah. TELAH BERKALI-KALI ALAM BERSUARA... tetapi kita tidak mengambil berat & endah... kita 'terkejut' seketika apabila berlaku musibah... tetapi selepas beberapa ketika... kita alpa lagi. Apa lagi 'musibah' & 'amaran alam' yang kita inginkan untuk kita mula membuat sesuatu TINDAKAN. Berapa banyak lagi mangsa diperlukan untuk kita mula meletakkan KELESTARIAN ALAM sebagai agenda utama kehidupan. "SEE DON'T JUST LOOK" & "LISTEN NOT JUST HEAR" to sign given by mother nature. if you SEE & LISTEN to all the signs shown by mother nature, you understand how she suffered due to our missed handling her. She is really not in good shape, she need us to CHANGE and be more responsible. She wasn't like this before... she was healthy... but failed to take care of her... therefore she has to REACT. Buka HATI ... mulakan sekarang!.. THE CHANGE BEGIN IN YOU & ME.