Page Nurhaiza Che Mat

Page Nurhaiza Che Mat

Share

Guidance and counseling, school counselor, education. Moderated by Kaunselor Nurhaiza and Nurhema Che Mat.

Mesy Pengurusan UBK Kali Pertama 2026 15/02/2026

Intipati dalam mesy pengurusan UBK bentang KPI JPWPKL. data kehadiran dan intervensi yg akan dilakukan untuk 5 % kenaikan kehadiran Ting 5, 92%ambang kehadiran sekolah, dan penurunan 2% ponteng tegar.
Dan intervensi UBK dalam sahsiah Karaktor murid. Good luck GBK KL

Mesy Pengurusan UBK Kali Pertama 2026

Penulisan Kertas Cadangan Kajian Tindakan 06/02/2026

Coaching penulisan kertas cadangan kajian tindakan agar meminimumkan kesalahan dalam penulisan dan kaedah sewaktu kajian tindakan mula dijalankan. Good luck🎉

Penulisan Kertas Cadangan Kajian Tindakan

Gala Lunch Majlis Guru Cemerlang Kebangsaan 2026 02/02/2026

Gala Lunch Guru Cemerlang Kebangsaan dgn SLOGAN . Berita baik buat guru sekolah rendah GC akan dibuka untuk gred 13 dan 14 juga.😃 . Bersama team GCKL dgn sijil anugerah🥳🥳🥳jom grab permohonan GC , kami bimbing.

Gala Lunch Majlis Guru Cemerlang Kebangsaan 2026

Mesy Majlis Guru Cemerlang WPKL Kali 1/2026 29/01/2026

Selamat datang team Guru Cemerlang yg baru memangku tahun lepas. Tahun ni seawal Feb iklan permohonan Guru Cemerlang akan dibuka...team GC ayuh promosi ..lagi ramai lagi meriah 😍

Mesy Majlis Guru Cemerlang WPKL Kali 1/2026

25/01/2026

https://infobimbingan.my.canva.site/
Perkongsian dari Cikgu Jijah dari Johor yang memohon saya sebarkan kepada kawan kawan GBK . Semoga bermanfaat dan semoga Cikgu Jijah semakin sihat

📘 *Laman Interaktif Bimbingan Kaunseling Sekolah Menengah*

Aplikasi ini dibangunkan khas sebagai panduan digital untuk kegunaan Guru Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Menengah, dan boleh dikongsikan terus kepada pelajar agar mereka lebih memahami perkhidmatan yang ditawarkan di unit bimbingan dan kaunseling sekolah.

Laman interaktif ini merangkumi 6 perkhidmatan utama bimbingan dan kaunseling, iaitu:

🌱 *Pembangunan Diri*
Membantu pelajar mengenali potensi, jati diri dan kemahiran insaniah.
📚 Akademik
Sokongan berkaitan pembelajaran, motivasi belajar dan pengurusan masa.
⚖️ *Peningkatan Disiplin*
Bimbingan berfokus kepada sahsiah, tanggungjawab dan tingkah laku positif.
🎓 *Pendidikan Kerjaya*
Pendedahan awal kepada minat, hala tuju kerjaya dan perancangan masa depan.
🧠 *Psikososial & Kesejahteraan Mental*
Sokongan emosi, pengurusan stres dan keseimbangan kesihatan mental.
🤍 *Terapi Untuk Anda*

Aktiviti dan panduan ringkas bersifat sokongan dan pemulihan emosi.
Semoga perkongsian maklumat melalui aplikasi ini sedikit sebanyak memberi manfaat dan kegunaan kepada murid-murid sekolah menengah serta membantu guru kaunseling menyampaikan perkhidmatan dengan lebih berkesan dan mesra pelajar.
✅Boleh klik link ini dan buka pautan atau copy paste link ini di google
https://infobimbingan.my.canva.site/

info bimbingan

Majlis Apresiasi PERKAMA International 2026 24/01/2026

Bersama Ahli Eksekutif PERKAMA tahun 2026 dalam merangka 30 program utk tahun 2026. Siapa yg berminat jadi ahli PERKAMA boleh roger ya😃. Sesi ptg kami hi tea dgn NGO NGO kaunseling dan melebarkan jaringan

Majlis Apresiasi PERKAMA International 2026

Intervensi Murid LMS Calon SPM 19/01/2026

Intervensi murid T5 yg gagal BM dan Sejarah semasa ujian akhir tahun di Ting 4. Kita mula awal tahun berkenalan dgn mereka dan merangka strategi untuk mereka lulus SPM 💪💪

Intervensi Murid LMS Calon SPM  seawal minggu pertama kita berkenalan dengan murid -murid yang tidak layak mendapat sijil kerana gagal BM dan Sej . Oleh itu inervensi dijalankan seawal minggu pertama untuk mengesan dan memotivasikan mereka.

Sekolah Selamat Bidang 4 Salah Laku: Aspek 3 Program Sahsiah Di Sekolah 18/01/2026

Program sahsiah menyahut pelaksanaan program berterusan dalam Sekolah Selamat Bidang Salah Laku Dalam Aspek Pembangunan Sahsiah. ACT SMART sepanjang tahun oleh UBK dgn bertema mingguan dan operasi menggunakan video PRS , poster digital oleh murid, penyebaran dalam teks 5 minit guru bertugas, dan pencarian ikon sahsiah bertema bulanan dalam melaksanakan program

Sekolah Selamat Bidang 4 Salah Laku: Aspek 3 Program Sahsiah Di Sekolah

Want your school to be the top-listed School/college in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Kuala Lumpur