07/07/2023
TAHNIAH KEPADA PELAJAR-PELAJAR ACCA-FIA ambilan 06/2022 & 09/2022 di atas pencapaian cemerlang dalam peperiksaan luaran Februari 2023.
Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin kepada para pelajar untuk terus berjaya dan mencapai cita-cita.
Jom pilih KPBKL dan bersama kami untuk ambilan seterusnya pada September 2023.
24/02/2023
Pengambilan telah dibuka..jom belajar di KPBKL.
Program-program di bawah Fakulti Pengajian Teknokorporat KPBKL:
Program Homegrown:
Diploma Matematik Kewangan
Diploma Teknologi Maklumat (DIte)
Diploma Pentadbiran Perniagaan
Diploma Perakaunan
Program Usahasama UiTM:
Diploma Pengajian Perniagaan
Diploma Perakaunan
Pra Perdagangan
Program Profesional:
ACCA Qualification
ACCA Foundation in Accountancy (ACCA-FIA)
03/02/2023
Pengambilan Pelajar UiTM di KPBKL kini dibuka!!
Jangan lepaskan peluang hebat ini untuk membina masa depan anda dengan KPBKL.
14/12/2022
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE HIDAYAH COOKIES
Satu lawatan sambil belajar bersama 32 orang pelajar program usahasama UiTM bersama 3 orang pensyarah pengiring telah diadakan pada 14 Disember 2022.
Kehadiran kami disambut mesra oleh Puan Hidayah yang merupakan alumni program LCCI bersama ibunya iaitu Pengasas Hidayah Cookies, Puan Sarimah.
Tujuan lawatan ini adalah bagi memenuhi keperluan silibus Operations Management dan Fundamentals of Transport. Pelajar diberi pendedahan berkenaan penghasilan produk bermula daripada bahan mentah sehingga pembungkusan. Pelajar juga ditugaskan untuk mendapatkan maklumat berkenaan dengan penstoran , alatan , mesin-mesin dan juga pengangkutan dari awal proses pembuatan sehingga produk dipasarkan kepada pelanggan.
22/11/2022
TAHNIAH!!!!
Tahniah kepada semua pelajar ACCA-FIA ambilan 06/2022 kerana telah lulus peperiksaan luaran bagi subjek Management Information (MA1).
DAN JUGA kepada semua pelajar ACCA ambilan 01/2022 kerana telah mencapai kejayaan yang melepasi Global Passing Rate bagi peperiksaan luaran bagi subjek Taxation (TX).
22/11/2022
TAHNIAH KEPADA DUA PELAJAR ACCA-FIA ambilan 06/2022 di atas pencapaian cemerlang dalam peperiksaan luaran November 2022.
Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin kepada para pelajar untuk terus berjaya dan mencapai cita-cita.
Jom pilih KPBKL dan bersama kami untuk ambilan seterusnya pada April 2023.
10/11/2022
Tahniah kepada graduan sulong program DMK š
FAKTA MENARIK KONVOKESYEN KE-15!!
Kepada graduan Konvokesyen kali ke-15 sahkan kehadiran anda di www.konvo.kpbkl.edu.my
02/11/2022
MAJLIS KONVOKESYEN KPBKL KALI KE-15
TARIKH : 3 DISEMBER 2022
TEMPAT : DEWAN PERDANA FELDA
kepada bakal graduan :
Sila semak senarai graduan, buat pengesahan graduan dan maklumat penting berkaitan konvokesyen di laman sesawang https://konvo.kpbkl.edu.my/
04/09/2022
PROGRAM āASPIRE TO INSPIREā ā PEMERKASAAN PENDIDIKAN BERSAMA ANAK-ANAK TITIAN KASEH
Satu Program āAspire to Inspireā (Pemerkasaan Pendidikan Bersama Anak-Anak Titian Kaseh) telah dianjurkan oleh Pelajar Association of Chartered Certified Accountants-Foundation in Accountancy (ACCA-FIA), Fakulti Pengajian Teknokorporat, Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Dan Alumni (HEPA) KPBKL pada hari Jumaat 2 September 2022.
Program yang merupakan keperluan asas bagi kursus Keterlibatan Masyarakat (KM) yang perlu diambil oleh pelajar semester pertama Association of Chartered Certified Accountants-Foundation in Accountancy (ACCA-FIA) telah dilaksanakan di Rumah Titian Kaseh Persiaran Titiwangsa Kuala Lumpur. Program ini disertai oleh 20 orang penghuni Rumah Titian Kaseh yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah adalah bertujuan untuk memupuk semangat dalam menuntut ilmu terutamanya dalam mata pelajaran matematik dan juga memberi pendedahan kepada kaedah dan persekitaran pembelajaran yang seronok dan positif. Selain daripada itu, program ini juga bertujuan untuk menyalurkan sumbangan kepada rumah perlindungan tersebut yang turut disertai oleh Puan Rusnani Mat Salleh, selaku Penasihat Program āAspire to Inspireā.
17/08/2022
PENAWARAN PROGRAM BAHARU KPBKL
DIPLOMA IN ACCOUNTANCY!!!
PENAWARAN PROGRAM BAHARU KPBKL
DIPLOMA IN ACCOUNTANCY!!!
Tempoh Pengajian adalah 2 tahun setengah
Kemasukan pada 20 & 21 Ogos 2022
Syarat kemasukan adalah minimum LULUS SPM dengan 3 kredit termasuk matematik serta LULUS bahasa inggeris.
Tajaan Biasiswa Baitulmal MAIWP juga disediakan kepada mereka yang layak
**tertakluk kepada terma & syarat
Jangan lepaskan peluang ini!!!
Daftar segera
www.kpbkl.edu.my
Atau
Whatsapp pegawai pemasaran kami
https://linktr.ee/kpbkl
JOM PILIH KPBKL!!!