26/08/2024
CODRAT di bawah Key Research Area: Biomedical Technology hari ini mengadakan perbincangan penyelidikan dan kolaborasi bersama Prof. Dr. Kahar bin Osman (UTM) bagi sama-sama membangunkan penyelidikan dalam bidang ini.
Antara fokus utama yang dikenalpasti untuk kerjasama interdisiplin antara kejuruteraan dan medical adalah bidang rehabilitasi dan Internet of Things (IoT).
CODRAT amat mengalu-alukan problem statement daripada bidang perubatan dan juga industri dalam membangunkan penyelidikan dalam bidang Biomedical Technology ini.
25/08/2024
CODRAT di bawah Key Area : Sustainability & Green Technology menjadi host untuk lawatan kerja Assoc. Prof. Yasutaka Imaiy, Deputy Director Institute of Ocean Energy Saga University (Japan) ke Malaysia selama 2 hari pada 22-23 Ogos 2024.
Antara aktiviti sepanjang 2 hari ialah kunjungan hormat, syarahan ilmiah dan perbincangan penyelidikan yang terperinci dalam bidang ocean renewable energy bersama dengan penyelidik daripada UPNM, UNITEN dan UniKL MIMET yang menerima geran penyelidikan antarabangsa Saga University Joint Research / Usage Grant untuk tahun 2024.
Aktiviti seterusnya adalah lawatan kerja timbal-balik daripada penyelidik UPNM, UNITEN dan UniKL MIMET ke Institute of Ocean Energy Saga University Japan yang dijangka berlaku pada awal tahun 2025 kelak.
CODRAT sangat mengalu-alukan kolaborasi penyelidikan terutamanya dalam bidang Ocean Renewable Energy seperti contoh Wave Energy, Tidal Energy dan Offshore Floating Wind Turbine.
24/08/2024
Salam Perkenalan
Memperkenalkan, antara barisan penyelidik (researchers) di CODRAT yang bertanggungjawab menerajui penyelidikan dalam Key Research Area masing-masing.
Bemula dari kiri:
1. Elya binti Mohd Nor (Dr.) - Mobility & Transport Technology (Maritime)
2. Noor Hafizah binti Amer (Dr.) - Mobility & Transport Technology (Ground)
3 Razali bin Abidin (Mej (B) Prof. Madya Ir. Dr.) - Weapon Technology - Merangkap Pengarah CODRAT
4. Mohamed Tarmizi bin Ahmad (Lt Kol (B) Prof. Madya - Mobility & Transport Technology (Air)
5. Mohd Rashdan bin Saad (Prof. Madya Ir. Ts. Dr.) - Sustainability & Green Technology
6. Mohd Rosdzimin bin Abdul Rahman (Prof. Madya Ir. Dr.) - Biomedical Technology
CODRAT sentiasa mengalu-alukan kolaborasi dan jaringan dalam pelbagai bidang penyelidikan (interdisciplinary) dalam usaha untuk menjadi sebuah pusat penyelidikan yang unggul dalam bidang defence & security.
01/02/2024
Pada 30 Januari 2024, telah berlangsung perbincangan kolaborasi penyelidikan antara UPNM dan Economic and Commercial Office, Embassy of Spain in Malaysia. UPNM diwakili Prof. Dr. Khairol Amali bin Ahmad, Prof. Dr. Mohd Taufiq bin Ishak, Dr. Mohd Rashdan bin Saad dan Ts. Dr. Nur Diyana binti Kamarudin bersama dengan Ir. Adruin Shazaen bin Mohd Mustaffa (Cintranaval Asia)
Perbincangan berkisar berkenaan peluang kolaborasi penyelidikan antara UPNM dan Spain (Academia dan Industry) dalam bidang Marine Renewable Energy, IOT, Cybersecurity dan lain-lain.
Lawatan timbal balas akan dibuat seterusnya di UPNM dan penyelidik yang berhasrat untuk berkolaborasi bersama mana-mana akademia / industri di Spain boleh turut serta. Pihak Embassy of Spain akan bantu untuk facilitate networking antara UPNM dan Spain.
04/01/2024
Perbincangan Hala Tuju Kecemerlangan Penyelidikan 2024 CODRAT telah berlangsung pada Rabu 3 Januari 2024 yang dihadiri oleh Pengarah, Timbalan Pengarah, Felo-Felo Penyelidik serta Pegawai Penyelidik CODRAT.
Semoga CODRAT terus maju untuk 2024. Mari berkolaborasi bersama untuk kecemerlangan penyelidikan dalam bidang Defence & Security!
16/01/2023
[INFOGRAFIK] PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN
5 PRINSIP PANDUAN UNTUK PENYELIDIKAN DI UNIVERSITI
02/08/2022
Jangan lupa janji temu kita esok 3 Ogos 2022 (Rabu) bermula 10.00 pagi hingga 11.00 pagi ke Sesi Knowledge Transfer DSS 2022 - Adaptasi Teknologi Dalam Peranan & Tanggungjawab Perhilitan yang akan disampaikan oleh En Mahathir bin Haji Mohamad, Penolong Pengarah Kanan, Seksyen Kesedaran Awam, Institusi Biodiversiti Perhilitan.
Link Siaran Langsung : https://fb.watch/eEIpbfxCVN/
02/08/2022
Jangan lupa janji temu kita esok 3 Ogos 2022 (Rabu) bermula 11.00 pagi hingga 12.00 tengah hari ke Sesi Knowledge Transfer DSS 2022 - STRIDE: Memacu Teknologi Pertahanan yang akan disampaikan oleh En Mohd Hazri bin Rahmat@Sulaiman, Ketua Unit, Hala Tuju Strategik dan Pengurusan Kualiti STRIDE
Link Siaran Langsung : https://fb.watch/eEIpbfxCVN/
01/07/2022
Congratulation to our researchers ...👏👏👏
23/02/2022
Test tracker on the drone