07/05/2025
All are invited!
Galeri Seni Universiti Malaya dengan kerjasama Chinese National Academy of Arts (CNAA), Beijing dengan sukacitanya mempersembahkan Wan Fang Tong Meng: Pameran Khas Budaya "Mimpi di Mahligai Merah" di Malaysia. Ini merupakan sebuah pameran yang menvisualisasikan naratif dan kebijaksanaan karya Hong Lou Meng (Mimpi di Mahligai Merah), salah satu daripada Empat Karya Agung Klasik China. Saksikan keindahan karya seni dalam bentuk keratan manuskrip asal, karya artis kontemporari seperti lukisan dan fotografi yang diperagakan dalam pameran ini.
Tempoh Pameran: 4 Mei 2025 - 31 Mei 2025
Waktu Operasi: Isnin - Jumaat (9:00 pagi - 4:30 petang)
*Hari cuti minggu hanya akan dibuka atas permintaan kumpulan pelawat. Sila emel ke [email protected].
Jangan lepaskan peluang ini!
Sekian, terima kasih.