30/12/2025
*SOLAT LAWAN SEMBAHYANG*
Dahulu ada pengkaji buat kajian majoriti masyarakat Islam yang sudah dewasa di tanahair tidak boleh membaca surah Al-fatihah dengan lancar apatah lagi memahami maksudnya.
Itu kerja pengkaji yang ingin mengkaji perkembangan masyarakat.
Surah al-fatihah dibaca setiap kali sembahyang. Maka tertanya sejauh manakah manusia benar-benar mendirikan *solat* berdasarkan konsep sebenar bukan sekadar ritual ikutan tanpa memahami makna, tetapi penghayatan solat untuk membina sistem Allah (Deen Allah) dalam kehidupannya?
1. Asal istilah: “Solat” vs “Sembahyang”
Solat atau Salah(صلاة) – istilah al-Qur’an
Dalam al-Qur’an, solat bukan sekadar ritual.
Makna bahasa Arab:
ṣilah (صلة) → hubungan / sambungan
du‘ā’ → doa, permohonan
tazkiyah → penyucian
inqiyād → kepatuhan sedar
Solat = hubungan hidup yang berterusan dengan Allah, yang berkesan sehingga
mencegah fahsya’ dan mungkar (29:45)
membentuk akhlak membimbing keputusan hidup, menyedarkan dan mengubah manusia dari faktor-faktor dalaman.
Al-Qur’an tidak pernah mentakrifkan solat sebagai urutan pergerakan fizikal dan bacaan tanpa difahami semata-mata.
Sembahyang – istilah budaya Melayu
Perkataan “sembahyang”:
sembah = tunduk, hormat
hyang = unsur sakral / ketuhanan (pra-Islam)
Dalam praktik masyarakat:
sembahyang = perbuatan ritual yang
menfokus kepada pergerakanyang betul, sebutan bacaan tepat bunyinya yang
sah dari sudut fiqh.
Ia alat, bukan tujuan.
“Solat adalah satu konsep, sembahyang p**a sudah menjadi satu urutan aksi dan bacaan terapi.”
Ini bukan bidaah pemikiran — ini selari dengan al-Qur’an.
Allah berfirman:
“Celakalah orang-orang yang solat,
yang lalai daripada solat mereka.”
(al-Ma‘un 107:4–5)
Perhatikan:
Allah tidak kata mereka tidak sembahyang. Mereka buat solat secara ritual semata-mata tanpa memberi makna dan kesan kepada perubahan diri dan masyarakat.
Tetapi hilang hakikat solat.
3. Tiga kategori manusia (berdasarkan al-Qur’an & realiti)
1️⃣ Sembahyang tanpa solat
✔ Gerakan lengkap
✔ Bacaan betul tapi tidak mengerti makna
❌ Tiada kesan pada akhlak
❌ Penipuan, zalim, ego, rasuah tetap hidup
➡ Ini amalan zahir tanpa hubungan
➡ Al-Qur’an sangat keras terhadap golongan ini
2️⃣ Sembahyang dan solat→ membawa kepada solat (jalan selamat)
✔ Ritual dibuat
✔ Disertai kefahaman, kesedaran
✔ Solat melahirkan kesan:
Tumpuan hidup kepada Tuhan dengan perasaan rendah diri, bertanggungjawab, beramanah, takutkan kezaliman serta kejahatan dan kasih kepada manusia dan alam. Inilah yang al-Qur’an maksudkan sebagai “dirikan solat”
Tetapi biasanya masyarakat mengukur iman dengan ritual maka ada insan terpaksa melakukan sembahyang sebagai bahasa dan kehendak sosial.
Mengapa orang “tidak solat” walaupun hakikatnya mendirikan solati itu wajib untuk menghayati konsep kehidupan bagi orang beriman?
Ini berpunca masyarakat telah mengecilkan makna solat menjadi sembahyang mengikut ukuran mereka yang sempit menjadi "cukup lima waktu dengan syarat sah.”
Sedangkan al-Qur’an meletakkan solat sebagai sistem hidup.
Sebab itu:
orang yang sembahyang tetapi zalim → dipuji
orang yang solat berlaku adil, amanah, takut Allah → dipersoalkan “sembahyang tak?”
*HASIL SOLAT YANG BAIK DARI PERSPEKTIF AL-QURAN*
Ayat-ayat fenomena alam di luar dan di dalam diri manusia itu diciptakan Allah untuk diterokai dan ditemui kebenaran. Itulah peranan dan tanggungjawab insan sebagai khalifah dI bumi. Itulah urusan manusia iaitu untuk mencari dan membentangkan ilmu yang benar. Kebenaran adalah asas yang membawa kepada kebaikan.
Perintah Allah yang benar adalah untuk kebaikan kita sebagai hambanya yang patuh.
*AQIMU*
“Aqīmū” (أَقِيمُوا) ialah kata kerja *perintah* dalam bahasa Arab yang sering muncul dalam al-Qur’an, khususnya berkaitan dengan ṣalāh (solat).
Makna Asas
Ia berasal daripada akar kata ق و م (qāma) — bermaksud berdiri, menegakkan, mendirikan, menjadikan ia tegak, baik dan kukuh.
Aqīmū = “Dirikanlah / Tegakkanlah! Establish”
Makna daripada Qur’ani lebih mendalam daripada sekadar “melakukan” yang diajar semasa says kecil lagi. Manusia bertambah usia untuk memperbaiki diri. Begitulah hasrat saya.
Apabila Allah berfirman:
أَقِيمُوا الصَّلَاةَ
*Aqīmū al-ṣalāh*
Ia bukan sekadar bermaksud melakukan ritual pergerakan tanpa memahami maksud yang diucapkan sepertimana saya lakukan di zaman saya kecil dahulu.
Sebenar dan semulianya ia bermaksud menegakkan solat sebagai satu cara hidup yang kukuh.
Kita wajib melaksanakannya kerana ia membentuk keperibadian diri dan masyarakat yang bermartabat apabila ditegakkan dan diamalkan dalam kehidupan seharian. Maka itulah hasil kebaikan yang dicari.
*Mengapa “aqīmū” dan bukan sekadar “ṣallū”?*
Dalam bahasa Arab memang ada perkataan ṣallū = berdoa / solat.
Namun seruan aqīmū daripada Allah itu untuk menunjukkan bahawa ṣalāh itu ialah satu sistem, bukan sekadar satu waktu yang bertempoh.
Ia merupakan satu struktur disiplin dan pembangunan personaliti berakhlak, bukan sekadar gerakan sesuatu apabila masuk waktu. Malah secara secara holistik ianya satu penerusan kepada mengingati Allah setiap detik sepanjang menjalani kehidupan seharian selepas melafazkan pujian, doa dan bacaan ayat-ayat Al-Quran tersebut terutama di bahagian malam dan fajar.
“Aqīmū al-Ṣalāh”
Mendirikan solat dimulai dengan niat yang benar dan ikhlas untuk memahami apa yang dibaca dan diucapkan berteraskan al-Qur’an secara konsisten. Hasil atau kesannya jelas iaitu pembangunan akhlak dan moral yang unggul, terhindar daripada perbuatan keji dan tidak baik.
*“Sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar”*
(Al-Quran 29:45)
Adakah Integriti individu dan komuniti semakin baik dewasa ini dari segi pencapaian disiplin, melaksanakan tanggungjawab, bersedekah, bersikap jujur, menjaga amanah, memelihara kemaluan, menunaikan janji, berkata benar, menjalin dan memelihara hubungan antara insan, melakukan kebajikan, tolong-menolong, hormat-menghormati, berlaku adil, secara umumnya dari sudut sains tingkahlaku membina pemikiran, perasaan dan perbuatan manusia yang menjurus kepada kebenaran, kebaikan dan keadilan.
Jika menegakkan solat individu dan kaum itu tidak melahirkan cerminan hidup yang mulia seperti yang disenaraikan di atas malah memperlihatkan lebih banyak perkara yang bertentangan seperti keruntuhan disiplin dan moral, kejahatan fitnah dan adu domba, hasut-menghasut, perbuatan rasuah, mungkin janji, mencuri dan merosakkan alam sekitar dan harta benda milik awam dan orang lain dan pelbagai kemungkaran. Persoalannya adakah solat masyarakat saya dan kita semua ini sekadar melakukan beberapa aksi dan sebutan, bukan proses mendirikan satu sistem cara hidup atau "to establish a system as a way of life" yang dikehendaki Allah?
“Aqāma” dalam al-Qur’an
Dalam semua konteks ini, *aqāma* bermaksud menjadikan Deen itu tegak, kukuh, dan nyata dalam realiti kehidupan, termasuk timbangan dalam aktiviti ekonomi kemasyarakatan (Al-Quran 55:19)
Al-Quran 42:19
*Dia telah mensyariatkan bagi kamu tentang agama apa yang telah diwasiatkanNya kepada Nuh, dan apa yang telah Kami wahyukan kepadamu (Muhammad), serta apa yang telah Kami wasiatkan kepada Ibrahim, Musa dan Isa; iaitu: dirikanlah Deen (agama=sistem hidup) dan janganlah kamu berpecah-belah padanya. Amat berat bagi orang-orang musyrik apa yang engkau serukan mereka kepadanya. Allah memilih kepada deenNya sesiapa yang Dia kehendaki dan memberi petunjuk kepadaNya sesiapa yang kembali (kepada fitrah).*
Maka dirikanlah solat dengan sebenarnya.
Surah Ibrāhīm (14): Ayat 31:
*Katakanlah kepada hamba-hambaKu yang beriman supaya mereka mendirikan solat dan membelanjakan sebahagian daripada rezeki yang Kami kurniakan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, sebelum datang suatu hari yang padanya tidak ada jual beli dan tidak ada persahabatan.*
Sebab itu perkataan solat seringkali diiringi dengan perkataan zakat dalam Al-Quran.
Segala pujian bagi Allah Tuhan sekalian alam.
Nota peribadi:
Usaha saya menulis konsep-konsep daripada perspektif Al-Quran bermula sejak 1986 ketika saya seorang pensyarah yang dipesankan oleh moderator atau penceramah, Dr. Imaduddin Abdulrahim di kursus Kem Kepimpinan Islam dan Bina Insan, di mana semua Dekan dan Ketua Kursus wajib hadir selain barisan pemimpin tertinggi ITM ketika itu. Saya merupakan salah seorang yang menyahut pesanan itu hingga ke hari ini. Tulisan saya yang pertama berjodol Mengembalikan Kegemilangan Islam Melalui Pendekatan Saintifik diterbitlan dalam Berita Minggu dan Mingguan Malaysia serentak pada hari raya pertama 1988.
Sembang Politik
*PEMIMPIN TID@AK SOLAT?*
Penyoal:
Isu paling banyak diperkatakan dalam media perdana dan media sosial adalah politik, berkisar tentang pemimpin. Macam-macam kecaman, tuduhan dan kenyataan diberikan oleh hampir semua pihak terhadap para pemimpin dan orang kuat dalam kerajaan dan dalam parti politik lawan terutama yang berketurunan Islam. Teruk benar rasanya masyarakat kita ni..
Jadi persoalannya, mereka tu tak solat ke? Atau tak sembahyang ke?
Penjawab:
Kamu layak menilai ke? Kan PM sekarang orang kuat ABIM tu. Tahu ABIM kan, satu gerakan yang berpengaruh dalam memupuk kesedaran Islam tanahair sejak 1970an. Tentulah mereka tu orang sembahyang dan solat.
Soalan:
Kau puja dia ke?
Penjawab:
Dari zaman sekolah lagi saya tidak pernah memuja manusia. Hormat bolehlah. Kau orang kuat dia ke?
Penyoal:
Dia sekarang PM. Ramai juga yang bising. Apa sebenarnya yang masyarakat nak?
Penjawab:
Bacalah teriakan-teriakan masa berguling, berdemo dan berceramah yang dihadiri ramai. *Masyarakat nak* Ringgit naik, nak hapuskan segala hutang,nak tol free, pengajian free semualah free bayaran hospital seringgit tu pun mahu dihapuskan, harga barang-barang terutama petrol turun menjadi lebih murah dan turun, tak nak cukai GST seperti diamalkan oleh hampir semua negara di dunia yang bodoh, projek pegangkutan awam hanya membazir, kita nak naik kereta dengan harga kereta murah dan petrol murah takde tol, BRIM tu rasuah memalaskan rakyat je, gaji murah, kos sara hidup tinggi tak cukup duit nak kahwin dan macam-macamlah. Itulah yang masyarakat laungkan kan.
Penyoal:
Kamu tak nak
Penjawab:
Saya tak nak jadi pengikut yang bodoh.
*SOLAT: ANTARA PERBUATAN GOLONGAN LALAI DAN GOLONGAN BERIMAN MENURUT AL-QURAN*
Solat menjalinkan hubungan komitmen (ikatan perjanjian) antara seseorang dengan Allah, secara bersendirian atau berkump**an (berjemaah), dengan menghayati ayat-ayatNya daripada petunjuk al-Qur’an untuk diamalkan dalam kehidupan seharian.
Allah menegaskan bahawa solat bukan sekadar pergerakan, tetapi kesedaran, kefahaman dan komitmen akal serta jiwa:
*“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mendekati solat sedang kamu dalam keadaan mabuk, sehingga kamu mengerti apa yang kamu ucapkan.”*
(Surah an-Nisā’ 4:43)
Ayat ini menjelaskan bahawa solat menuntut kesedaran (consciousness) — memahami bacaan, niat dan implikasinya dalam hidup. Ia bukan ritual kosong, tetapi dialog sedar antara hamba dan Tuhan.
Allah juga memberi keringanan dan prinsip kemudahan dalam bacaan, agar solat dapat diamalkan oleh semua manusia:
*“…Maka bacalah apa yang mudah bagimu daripada al-Qur’an…”*
(Surah al-Muzzammil 73:20)
Dengan nada rendah diri yang boleh didengari oleh diri sendiri:
Firman Allah:
وَلَا تَجْهَرْ بِصَلَاتِكَ وَلَا تُخَافِتْ بِهَا وَابْتَغِ بَيْنَ ذَٰلِكَ سَبِيلًا
*“Dan janganlah engkau mengeraskan bacaan solatmu, dan jangan p**a memperlahankannya terlalu perlahan; carilah jalan pertengahan antara kedua-duanya.”*
(Surah al-Isrā’ 17:110)
Maka ia membenarkan kata-kata hikmah ini:
Jika solatnya baik, maka baiklah seluruh amalannya. Jika solatnya rosak, maka rosaklah seluruh amalannya.”
Selaras dengan firman Allah:
*“Sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar.”*
(Surah al-‘Ankabūt 29:45)
Antara perbuatan keji manusia adalah korupsi dalam pengurusan duit dan harta serta mengurangkan peruntukan atau pemberian wang kebajikan yang selayaknya kepada penerima yang berhak. Malah termasuk menggunakan alat timbangan yang tidak tepat dan betul dalam urusan perbelanjaan jual-beli.
Antara ayat petunjuk Allah merupakan seruan Allah yang dibacakan dalam solat Nabi Syuʿaib:
*“Sempurnakanlah s**atan dan timbangan, dan jangan kamu merugikan manusia akan hak-haknya.”*
(Surah Hūd 11:85)
Dalam kehidupan seharian Nabi Shuib a.s. pastilah beliau menegakkan ayat solatnya yang menjadi komitmen dirinya kepada Allah bagi menegakkan sistem Allah dalam dalam aktiviti kehidupan seharian terutama dalam hal-ehwal aktiviti ekonomi.
Surah Hūd 11:87
قَالُوا يَا شُعَيْبُ أَصَلَاتُكَ تَأْمُرُكَ أَن نَّتْرُكَ مَا يَعْبُدُ آبَاؤُنَا أَوْ أَن نَّفْعَلَ فِي أَمْوَالِنَا مَا نَشَاءُ ۖ إِنَّكَ لَأَنتَ الْحَلِيمُ الرَّشِيدُ
*“Mereka berkata: ‘Wahai Syuʿaib, apakah solatmu yang menyuruhmu agar kami meninggalkan apa yang diamalkan (abdikan) oleh nenek moyang kami, atau supaya kami tidak bebas melakukan apa yang kami kehendaki terhadap harta kami? Sesungguhnya engkau benar-benar seorang yang penyantun lagi bijaksana.’”*
Renungan: adakah isi kandungan solat Nabi Syu'aib berbeza dengan isi kandungan solat masyarakat kaumnya yang menjadi amalan tradisi?
Jawab Nabi Syu'aib:
قَالَ يَا قَوْمِ أَرَأَيْتُمْ إِن كُنتُ عَلَىٰ بَيِّنَةٍ مِّن رَّبِّي وَرَزَقَنِي مِنْهُ رِزْقًا حَسَنًا ۚ وَمَا أُرِيدُ أَنْ أُخَالِفَكُمْ إِلَىٰ مَا أَنْهَاكُمْ عَنْهُ ۚ إِنْ أُرِيدُ إِلَّا الْإِصْلَاحَ مَا اسْتَطَعْتُ ۚ وَمَا تَوْفِيقِي إِلَّا بِاللَّهِ ۚ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَإِلَيْهِ أُنِيبُ
*Dia berkata: Wahai kaumku, bagaimana pendapat kamu jika aku berada di atas keterangan yang nyata daripada Tuhanku,*
*dan Dia telah mengurniakan kepadaku rezeki yang baik daripadaNya? Dan aku tidak bermaksud menyalahi kamu dalam apa yang aku larang kamu daripadanya.*
*Aku tidak bermaksud melainkan untuk melakukan pembaikan sedaya upayaku.*
*Dan tiadalah taufikku melainkan dengan pertolongan Allah. KepadaNya aku bertawakal dan kepadaNya aku kembali.*
Surah Hūd (11): 84–86
Ayat 84
وَإِلَىٰ مَدْيَنَ أَخَاهُمْ شُعَيْبًا ۚ قَالَ يَا قَوْمِ اعْبُدُوا اللَّهَ مَا لَكُم مِّنْ إِلَٰهٍ غَيْرُهُ ۖ وَلَا تَنقُصُوا الْمِكْيَالَ وَالْمِيزَانَ ۚ إِنِّي أَرَاكُم بِخَيْرٍ وَإِنِّي أَخَافُ عَلَيْكُمْ عَذَابَ يَوْمٍ مُّحِيطٍ
*Dan kepada penduduk Madyan (Kami utuskan) saudara mereka, Syuʿaib.* *Dia berkata: Wahai kaumku, abdikan diri kepada Allah, tiada Tuhan bagi kamu selain Dia.*
*Dan janganlah kamu mengurangkan s**atan dan timbangan. Sesungguhnya aku melihat kamu berada dalam keadaan baik, dan sesungguhnya aku bimbang kamu akan ditimpa azab pada hari yang meliputi.*
Ayat 85
وَيَا قَوْمِ أَوْفُوا الْمِكْيَالَ وَالْمِيزَانَ بِالْقِسْطِ ۖ وَلَا تَبْخَسُوا النَّاسَ أَشْيَاءَهُمْ وَلَا تَعْثَوْا فِي الْأَرْضِ مُفْسِدِينَ
*“Dan wahai kaumku, sempurnakanlah s**atan dan timbangan dengan adil, dan janganlah kamu merugikan manusia akan hak-haknya, dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi.”*
Ayat 86
بَقِيَّتُ اللَّهِ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ ۚ وَمَا أَنَا عَلَيْكُم بِحَفِيظٍ
*“Baki daripada Allah itu adalah lebih baik bagi kamu, jika kamu orang-orang yang beriman.*
*Dan aku bukanlah penjaga kamu.”*
Tauhid → Solat → Etika ekonomi dalam kehidupan seharian.
Renungan:
Adakah orang yang bersolat zaman ini tidak melaksanakan sistem pungutan cukai yang betul dan benar serta menggunakan neraca timbangan yang tepat.
Surah al-Muṭaffifīn (83): 1–3
وَيْلٌ لِّلْمُطَفِّفِينَ الَّذِينَ إِذَا اكْتَالُوا عَلَى النَّاسِ يَسْتَوْفُونَ وَإِذَا كَالُوهُمْ أَو وَّزَنُوهُمْ يُخْسِرُونَ
*“Celakalah orang-orang yang curang; iaitu orang-orang yang apabila menerima s**atan daripada orang lain, mereka mengambil dengan cukup, tetapi apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain, mereka mengurangkannya.”*
Surah al-Isrā’ (17): 35
وَأَوْفُوا الْكَيْلَ إِذَا كِلْتُمْ وَزِنُوا بِالْقِسْطَاسِ الْمُسْتَقِيمِ
*“Dan sempurnakanlah s**atan apabila kamu menyukat, dan timbanglah dengan neraca yang betul.”*
Adakah mereka itu golongan yang lalai dalam solat, tidak sedar atau tidak faham maksud?
Surah al-Ma’un (107:4–5)
فَوَيْلٌ لِّلَّذِينَ هُمْ عَن صَلَاتِهِمْ سَاهُونَ
*“Celakalah orang-orang yang lalai daripada solat mereka.”*
الَّذِينَ هُمْ يُرَاءُونَ
(107:5)
*“Orang-orang yang s**a riya’ menunjuk-nunjuk dalam ibadah mereka.”*
al-Muddaththir (74:42–43) – Orang yang lalai amal solat
قَالُوا لَا نَحْنُ الَّذِينَ كَانُوا عَلَىٰ صَلَاتِنَا سَاهُونَ
(74:42)
*“Mereka berkata: ‘Bukan kami orang-orang yang lalai daripada solat kami.’”*
(Ini adalah dialog mereka di akhirat)
Surah al-Mu’minūn (23:1–2)
قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ
*“Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman…”*
الَّذِينَ هُمْ فِي صَلَاتِهِمْ خَاشِعُونَ
(23:2)
*“…iaaitu orang-orang yang khusyuk dalam solat mereka.”*
Berikut adalah Surah Al-Mu’minun (23), ayat 1–11 secara lengkap supaya konteks tentang ciri-ciri orang mukhlis dan khusyuk dalam solat:
*Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman,*
*(iaitu) orang-orang yang khusyuk dalam solatnya,*
*dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan sia-sia,*
*dan mereka yang menunaikan zakat,*
*dan mereka yang memelihara kemaluannya, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba yang mereka miliki;*
*maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela.*
*Sesiapa mencari yang melampaui itu, maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas.*
*Dan orang-orang yang menepati amanah-amanah dan janjinya,*
*dan mereka yang memelihara solatnya (hubungan dan komitmen kepada Allah)*
*Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi,*
*iaitu orang-orang yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya.*
*IS HE A GOOD MUSLIM ?*
Adakah seseorang yang mendirikan solat atau sembahyang itu menepati amalan dalam petunjuk Al-Quran dalam kehidupan kebiasaannya?
Pada tahun 1982-1984, antara insan yang memberi kesan kepada kehidupan saya adalah Professor Dr. Ismail al-Faruqi. Beliau kami jemput (saya sebagai penganjur program) untuk memberi ceramah Contemporary Islamic Thought. Beliau didatangkan dari New York.
Oleh kerana saya ada urusan lain maka saya minta seorang sahabat, seorang Melayu ahli Jawatankuasa surau di Des Moines supaya menjemput Professor itu di lapangan terbang Des Moines dan bawa ke surau sana sementara menunggu saya datang untuk membawanya ke Ames, Iowa.
Maka petang itu saya ke surau tersebut dan terus mengambill beliau bawa ke Ames Memorial Union, di mana hotel penginapan beliau telah kami disediakan. Itulah pertama kali saya bertemu dengan beliau. Ada sesuatu yang menarik tentang beliau ini.
Keesokannya adalah majlis ceramah beliau. Sahabat saya, Dr Imaduddin Abdulrahim menjadi moderator sesi beliau. Dr. Imaduddin ini antara orang kuat yang menjadi pengasas masjid pertama Ames dan beliau sering menjadi imam solat jumaat.
Lebih-kurang 70 orang hadir program itu terutama di kalangan pelajar Muslim di Iowa State University, Ames dan dari Drake University, De Moines.
Malam itu kami dinner bersama. Kami menjadi kenalan.
Professor Ismail Faruqi terkenal juga di Malaysia dan tulisan beliau *Islamization of Knowledge* dialihbahasa dan diterbitlan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.
Dipendekkan cerita, dalam kereta apabila saya beritahu bahawa saya telah assign seseorang kepada beliau, untuk menemani atau menjemput beliau, soalan yang pasti dia tanya, "Is he a good Muslim?"
Terasa pelik juga soalan itu, begitulah bisikan hati saya. Saya cuma senyum, "yeah he is a good person." Pada saya itu jawaban obvious untuk ditujukan kepada seorang yang beragama Islam.
Di akhir program di saat perpisahan, dia memeluk saya erat, dan berkata, "thank you very much brother. You have been good to me." Saya terasa sesuatu getaran kesan daripada kata-kata beliau dan pelukan beliau itu terasa begitu ikhlas dan bersungguh.
Untuk makluman pembaca, saya dapat tahu bahawa beliau tidak berpuas hati dengan beberapa orang yang saya assign, kerana tidak menepati masa. Contohnya sahabat saya AJK surau yang saya assign untuk jemput beliau dari airport, telah datang lambat sehingga beliau terpaksa tertunggu-tunggu di airport. Zaman itu belum ada "handphone."
Menepati janji adalah satu satu prinsip deen Allah bagi orang yang beriman. Ia dinyatakan dalam surah al-Mukminun.
Orang yang beriman pasti solat. Orang yang solat semestinya menepati janji. Tetapi dalam dunia kehidupan seharian bagi kalangan orang Islam, seolah solat dan perbuatan harian mengikut ajaran Al-Quran itu tidak selari atau tidak menyambung atau tidak berhubungan atau tidak berkaitan atau tidak terjalin atau tidak ditegakkan.
Jadi salah satu konsep yang paling banyak diulangkaji oleh saya adalah konsep solat termasuk kajian solat menurut Al-Quran sejak 1980an.
Orang beriman tentulah solat dan solat mengajak mereka menegakkan sistem cara hidup, Deen Allah. Maknanya menegakkan yang benar, baik dan adil dalam semua lapangan kehidupan manusia baik ekonomi, sosial, politik dan sebagainya.
Maka bagi pemikir kritikal serata dunia mula membuat analisis dan muncullah konsep perbezaan solat ritual semata dan solat sebenar.
Jadi solat satu isu yang bukan sahaja mendapat perhatian namun menjadi bahan perbalahan dan perpecahan.
Saya bukanlah ingin tunjuk pandai atau hebat, tetapi salahkah saya yang cenderung mengkaji dan menulis berkongsi hasil kajian untuk direnungkan bersama?
*Aqīmū aṣ-Ṣalāh (أَقِيمُوا الصَّلَاةَ)*
Satu Sistem (Addeen Allah)
Dari zaman berzaman kita sudah maklum seruan azan menandakan masuk waktu solat dan kita akan mengambil wudu', kemudian berdiri, rujuk, sujud sambil membaca doa-doa yang dotetapkan. Begitulah cara melakukan solat.
Dengan melihat secara meluaskan menurut Al-Quran, kenapah Aqimis salah itu merupakan usaha menegakkan satu sistem? Mari kita melihat dari tahap "system thinking".
Persoalan ini dan pendekatan system thinking ini selari dengan konsep Aqimis salah menurut al-Qur’an.
Dalam kisah Nabi Syu‘aib a.s. Al-Quran menggunakan istilah ṣalātuka (صَلَاتُكَ) dan di situlah kunci perbezaan antara ṣalāh sebagai sistem dan pelaksanaannya pada diri manusia.
Mari kita lihat teks transliterasi, kemudian analisis istilah dengan teliti.
Ayat peristiwa perjuangan Nabi Syu‘aib a s.:
Surah Hūd (11): 87:
قَالُوا يَا شُعَيْبُ أَصَلَاتُكَ تَأْمُرُكَ أَن نَّتْرُكَ مَا يَعْبُدُ آبَاؤُنَا أَوْ أَن نَّفْعَلَ فِي أَمْوَالِنَا مَا نَشَاءُ ۖ إِنَّكَ لَأَنتَ الْحَلِيمُ الرَّشِيدُ
Qālū yā Shu‘aybu a-ṣalātuka ta’muruka an natruka mā ya‘budu ābā’unā aw an naf‘ala fī amwālinā mā nashā’. Innaka la-anta l-ḥalīmu r-rashīd.
*Mereka berkata: “Wahai Syu‘aib! Adakah ṣalāhmu yang menyuruh engkau supaya kami meninggalkan apa yang disembah (ditegakkan) oleh nenek moyang kami, atau supaya kami tidak berbuat ses**a hati terhadap harta kami. Sesungguhnya engkau benar-benar seorang yang penyantun lagi bijaksana.”*
Perhatikan perkataan yang digunakan: ṣalātuka
Ṣalātuka = ṣalāh (kata nama / sistem) + -ka (kepunyaan: “mu”)
Ia bukan kata kerja, ia
bukan tuṣallī (engkau sedang solat) bukan juga ṣallayta (engkau telah solat), tetapi kata nama yang merujuk kepada keseluruhan sistem ṣalāh yang membentuk pemikiran dan tindakan Nabi Syu‘aib sepanjang masa.
Kenapa kaum Syu‘aib berkata “ṣalāhmu menyuruh engkau”?
Ayat ini sangat penting:
أَصَلَاتُكَ تَأْمُرُكَ
“Adakah ṣalāhmu yang menyuruh engkau…?”
Ṣalāh digambarkan sebagai sistem atau Deen Allah yang memberii petunjuk
Ini membawa maksud bahawa salāh Nabi Syu‘aib membentuk keputusan ekonomi dan ṣalāh itu berfungsi sebagai sistem etika
yang mengganggu status quo ekonomi zalim yang diamalkan oleh masyarakatnya.
Sebab itu mereka marah.
Jika ia hanya “perbuatan solat”, ayat ini tidak masuk akal. Bayangkan jika difahami secara sempit begini:
*“Adakah perbuatan sekadar berdiri-rukuk-sujud-bacaan tanpa pengertian kamu itu menyuruh kamu campur tangan urusan ekonomi kami?”
Itu tidak tepat. Lebih tepat adalah jika difahami begini:
“Adakah sistem Deen Allah yang memberi kesedaran dan disiplin hidup yang kamu cuba tegakkan itu (Aqimis ṣalāhmu) yang memaksa kamu menentang cara amalan tradisi ekonomi kami?”
Ayat itu menjadi penjelasan yang sangat tepat dan tajam kepada konsep Aqimis salah.
Ia konsisten dengan ayat surah al-‘Ankabūt (29): 45:
*“Sesungguhnya ṣalāh itu mencegah daripada kejahatan dan kemungkaran.”*
Keaimp**annya kaum Syu‘aib tidak mempersoalkan yang tertumpu kepada “cara Syu‘aib solat”, tetapi mempersoalkan “kesan ṣalāh Syu‘aib terhadap sistem hidup terutama sistem ekonomi mereka”.
Apabila seseorang pengerusi mesyuarat Muslim yang baik (a good Muslim) pastinya beliau "menegakkan sistem Deen Allah (aqimu solat)* dan telah solat yakni mengetahui dan memahami ayat-ayat Al-Quran untuk diamalkan pada aktiviti berkaitan dalam kehidupan. Maka semasa memulakan mesyuarat, pastinya dia memulakan dengan Bismillah (ingatan kepada Allah) dan membaca doa ayat Al-Quran berikut sekurangnya dalam hati:
Surah Ṭāhā (20): 25–28):
*Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku, dan permudahkanlah urusanku, dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, supaya mereka memahami perkataanku.*
Nabi Syu'aib, para Rasul dan kalangan orang beriman tentulah Aqimu solat.
Surah al-‘Ankabūt (29): 45
*Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu daripada Kitab dan dirikanlah solat (Aqimi salah). Sesungguhnya solat (menjalinkan hubungan Allah dengan menghayati ayat-ayatNya sebagai satu sistem hidup) itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar. Dan mengingati Allah (sepanjang waktu) itu lebih besar. Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.*
Wudu'
Berdiri
Rujuk
Sujud
Membaca ayat-ayat Al-Quran agar difahami untuk diamalkan dalam kehidupan, merupakan satu tanggungjawab, amanah yang luas pengertiannya, membina satu sistem kehidupan demi menegakkan Deen Allah sepanjang hari.
Semoga saya dan umat Islam seluruhnya sentiasa memperbaiki diri dengan bertanya *"Am I a good Muslim?".*
Segala pujian bagi Allah Tuhan sekalian alam.
Nota:
Tulisan ini sebagai peringatan Allah kepada saya dan ingatan saya kepada dua hamba Allah iaitu Allahyarham Ismail al-Faruqi dan Allahyarham Dr. Imaduddin Abdulrahim yangerupakan antara insan mulia yang pernah saya kenali. Semoga Allah tempatkan mereka di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal saleh.