06/02/2026
📢 *First Announcement!*
You’re invited to the *Placenta, Perinatal and Forensic Pathology Workshop 2026.* This workshop is organised by Department of Pathology, Faculty of Medicine, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
*Details:*
📍Online & Hands-on Workshop at Preclinical Building, Faculty of Medicine UKM
🗓️ 18-20 August 2026
đź•— 8.00am-5.00pm
*Target Participants:*
âś…Histopathologist
âś…Forensic Pathologist
âś…Medical Officers
âś…Scientists/ Researchers
âś…Postgraduate Students
*CPD Points* will be awarded!
*Registration opening soon! Save the date!*
01/02/2026
Alhamdulillah..tahniah diucapkan kepada Prof. Madya Dr. Suria Hayati Md Pauzi atas pelantikan sebagai Ketua Jabatan Patologi berkuat kuasa mulai 1 Februari 2026 hingga 31 Januari 2029. Semoga Jabatan Patologi terus kekal cemerlang di bawah kepimpinan yang baru.
Tulus ikhlas daripada warga Jabatan Patologi FPUKM.
Tahniah diucapkan kepada Prof. Madya Dr. Suria Hayati Md Pauzi (Jabatan Patologi) atas pelantikan sebagai Ketua Jabatan Patologi Fakulti Perubatan UKM yang berkuat kuasa mulai 1 Februari 2026 hingga 31 Januari 2029.
Tulus ikhlas daripada Ahli Pengurusan dan seluruh warga Fakulti Perubatan UKM.
28/01/2026
Jabatan Patologi terpilih menjadi tuan rumah untuk Program Lawatan Pemeriksa Luar bagi Peperiksaan Akhir Semester 1 Tahun 2 Program Ijazah Doktor Perubatan Sesi 2025/2026 oleh Prof. Madya Dr. Maizaton Atmadini Abdullah dari Universiti Putra Malaysia (UPM).
Tarikh lawatan:
19 Januari 2026 (Isnin)
28 Januari 2026 (Rabu)
28/01/2026
Bengkel Penyediaan dan Vetting Soalan Program Doktor Pakar Patologi 2026
đź“… 27 Januari 2026 (Selasa)
📍 Jabatan Patologi, Fakulti Perubatan
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Terima kasih kepada semua penceramah, fasilitator dan peserta atas komitmen serta kerjasama yang sangat baik sepanjang bengkel ini. Semoga perkongsian ilmu ini memberi manfaat dalam memastikan kualiti terbaik dalam pelaksanaan peperiksaan yang berterusan.
26/01/2026
Jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Prof. Dr. Reena Rahayu Md Zin selaku mantan Ketua Jabatan Patologi atas segala sumbang bakti dalam menerajui kejayaan dan kecemerlangan jabatan namun masih menitikberatkan juga kebajikan warga jabatan sepanjang tempoh kepimpinan beliau.
Tulus ikhlas daripada warga Jabatan Patologi FPUKM.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Profesor Dr. Reena Rahayu Md Zin (Jabatan Patologi) atas sumbang bakti dan jasa sebagai Ketua Jabatan Patologi Fakulti Perubatan UKM yang berakhir pada 31 Disember 2025.
Tulus ikhlas daripada Ahli Pengurusan dan seluruh warga Fakulti Perubatan UKM.
22/01/2026
Jabatan Patologi telah menganjurkan Standard Setting Workshop 2026 untuk Program Doktor Pakar & Sarjana Patologi dengan jayanya.
Butiran program:
đź—“ 20 & 21 Januari 2026
⏰ 8.00am – 5.00pm
📍 Cyberview Resort & Spa
🎤 Dr Mohd Nasri bin Awang Besar & Dr Mohammad Arif bin Kamarudin
Terima kasih kepada para penceramah atas perkongsian ilmu dan semua peserta atas komitmen dan penglibatan aktif sepanjang program.
10/12/2024
*THROWBACK OF EVENTS*
Title: Forensic Anthropology Workshop 2024
Date: 15 & 16 January 2024
Venue: Forensic Unit, Department of Pathology, Faculty of Medicine UKM
05/12/2024
Feedback from Postgraduate Students (Clinical Pathology Programme) Universitas Hasanuddin (UNHAS) Makassar, Indonesia who have done their clinical placements at the Department of Pathology, Faculty of Medicine UKM
1st Batch - Dr. Hasna (July - August 2024)
2nd Batch - Dr. Riza Fathiyah & Dr. Lita Paramitha (September 2024)