PIBG SMK Seri Titiwangsa

PIBG SMK Seri Titiwangsa

Share

#bersamakitateguh

Bersama kita membentuk generasi berilmu, berjaya dan bersahsiah tinggi

Photos from PIBG SMK Seri Titiwangsa's post 24/04/2026

🏑 RUTIN LATIHAN MINGGUAN ATLET HOKI LELAKI SSNKL 🏑

📍Stadium Hoki KPM, Bangsar, Kuala Lumpur.

Komitmen, disiplin dan semangat juang terus menjadi tunjang utama buat atlet hoki lelaki SSNKL dalam setiap sesi latihan mingguan. 💪🔥

Setiap peluh yang dicurahkan hari ini adalah langkah menuju kejayaan hari esok. Teruskan berusaha, kekalkan fokus untuk pencapaian yang lebih cemerlang.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Coach Roshin atas komitmen padu, dedikasi tinggi serta usaha berterusan dalam membimbing dan membentuk atlet hoki lelaki ke arah kecemerlangan. Jasa dan pengorbanan coach untuk anak2 kami amat dihargai! 🙌🏑

Photos from PIBG SMK Seri Titiwangsa's post 19/04/2026

19 April 2026

Stadium Hoki KPM, Bangsar KL

Assalamualaikum..

Selesai sudah Jamuan Hari Raya Aidilfitri PSG Hoki Lelaki SSNKL yang berlangsung dengan penuh meriah dan bermakna.

Program ini bukan sahaja menjadi medan untuk PSG berkumpul dan beraya bersama, malah turut diserikan dengan Gimik Penyerahan Tajaan Pembangunan Pasukan Hoki Lelaki SSNKL 2026 oleh McDonald’s & RMHC Malaysia.

Tajaan yang diberikan merangkumi:
• 2 set Goalkeeper Kits
• 2 set Player Kits
• 2 pcs Training Jersey
• 1 pc Travel Polos Jersey

Setiap atlet menerima 5 jenis persalinan jersey, yang pastinya membantu meningkatkan keyakinan dan kesediaan pasukan dalam menghadapi pertandingan 💪🏑

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak penaja, McDonald’s & RMHC Malaysia atas sumbangan dan sokongan yang amat bermakna ini. Semoga kerjasama ini terus berkekalan demi pembangunan sukan hoki yang lebih cemerlang.

Tidak dilupakan, setinggi-tinggi penghargaan kepada semua ahli PSG yang telah bertungkus-lumus membuat persiapan dalam memastikan kelancaran program ini. Daripada sumbangan tenaga kerja, kerjasama yang padu sehinggalah kepada hidangan Potluck yang begitu meriah dan menyelerakan. Usaha dan komitmen PSG semua amat-amat membanggakan dan dihargai.

Semoga ukhwah yang terjalin ini terus berkekalan dan Pasukan Hoki Lelaki SSNKL akan terus melakar kejayaan yg lebih cemerlang pada masa akan datang.

Terima kasih semua yang hadir dan memeriahkan majlis!

Alhamdulillah ...

Photos from PIBG SMK Seri Titiwangsa's post 06/04/2026

KEJUARAAN SILAT PMX PENDEKAR MADANI PAHANG, TERBUKA KEBANGSAAN 2026, 3-5 APRIL 2026.

Jumlah pesilat ksowt : 26 pesilat
pencapaian

1) Tempat Ke-2 Juara keseluruhan kategori Remaja
2)Tempat Ke-3 Juara Keseluruhan kategori Pra Remaja

Pungutan Pingat
9 🥇4🥈 6🥉

Tahniah dan syabas kepada semua yang menjayakan kejohanan kali ini.

Photos from PIBG SMK Seri Titiwangsa's post 28/03/2026

Majlis Berbuka Puasa

Pasukan Hoki (P) KLSS 🏑

Alhamdulillah, majlis berbuka puasa bersama Pasukan Hoki (P) KLSS berjalan dengan lancar dan penuh makna
🤍
📅 8 Mac 2026
⏰ 6.00 petang – 9.00 malam
📍 Aktiviti: Solat berjemaah & beramah
mesra

Suasana yang santai tapi penuh kebersamaan—dapat berkumpul, berbuka, solat bersama dan mengeratkan lagi hubungan sesama ahli pasukan ✨
Terima kasih kepada semua yang hadir dan menjayakan majlis ini. Semoga ukhuwah yang terbina terus kekal erat 💪

Terima Kasih kepada Coach Kanagi dan parents support group(PSG) (P) atas sokongan dan kerjasama.

Photos from PIBG SMK Seri Titiwangsa's post 18/02/2026

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Salam Malaysia Madani..

Telah Berlangsung Program Pembangunan Jejak Juara KL 2026 bermula 10 Febuari 2026 (Selasa) hingga 13 Febuari 2026 (Jumaat). Atlet Murid Sepak Takraw SMK Seri Titiwangsa telah menyertai Program ini.. Keputusan penuh adalah seperti di bawah :-

Kategori B15

SSN A - Johan
SSN B - Naib Johan

Kategori B17

SSN A - Naib Johan
SSN B - Tempat Ke-3

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Jurulatih dan Atlet Murid yang terlibat...Didoakan semua Atlet Murid Sukan Sepak Takraw terus melakar kecemerlangan dalam kejohanan-kejohanan akan datang.





Photos from PIBG SMK Seri Titiwangsa's post 12/02/2026

Kejohanan Hoki Remaja Piala Malaysia Madani Peringkat Kebangsaan 2026 🏑

📅 7 – 9 Januari 2026

📍 Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil

KLSS menghantar dua pasukan hebat mewakili sekolah – Titan 10 (Team Junior) dan Titan Tiger Rawr (Team Senior) – dalam kejohanan ini.

🏆 Titan 10 berjaya meraih Tempat Kedua Kategori Bowl, manakala Titan Tiger Rawr menunjukkan prestasi cemerlang sehingga ke pusingan kalah mati, namun nasib tidak menyebelahi mereka apabila kalah melalui penalti stroke dan tidak dapat mara ke peringkat Cup yang seterusnya.

Pengalaman berharga ini menjadi dorongan untuk terus berusaha, berlatih dengan lebih tekun, dan mengekalkan semangat juang – kerana kejayaan tidak datang bergolek, ia perlu dicapai melalui usaha dan dedikasi yang berterusan! 💪✨

KLSS berbangga menghantar pasukan yang kompak sepenuhnya dari sekolah sendiri, tanpa campuran pemain luar dan membuktikan bahawa bakat muda kita mampu bersaing di peringkat kebangsaan!

TAHNIAH & SYABASS👏🏻👏🏻

Photos from PIBG SMK Seri Titiwangsa's post 12/02/2026

18 November 2025
📍 SMK Zaaba, Negeri Sembilan (SSNS)

✨ Kenangan Manis SSN Challenge U14 – Jemputan Perlawanan Persahabatan Hoki 4 Penjuru ✨

Walaupun sedikit lewat untuk dikongsi, kita imbas kembali detik penuh semangat yang meninggalkan kenangan dan pengalaman manis untuk anak-anak U14 SSNKL 🏑

4 sekolah sukan negeri bertemu – SSN SMK Zaaba (SSNS), SMK Tinggi Melaka (STM), SMK Pengkalan Permatang (SPP), dan SSN SMK Seri Titiwangsa (SSNKL) – bukan hanya bertanding untuk kemenangan, tetapi sebagai peluang untuk mengasah kemahiran, menimba pengalaman, dan merasai keseronokan bermain hoki bersama rakan seperjuangan dari negeri lain.
Bagi pemain SSNKL, setiap detik di padang meninggalkan pengalaman berharga – dari bekerjasama dalam pasukan, belajar strategi baru, hingga menikmati detik manis bermain dengan kawan-kawan baru.

Kami juga ingin mengucapkan terima kasih khas kepada wakil PSG yang telah turut sama membantu dan menguruskan anak-anak sepanjang perlawanan – dari menyediakan keperluan makan dan minum, penginapan, keperluan dan menjaga kebajikan anak-anak sepanjang perlawanan berlangsung. Jasamu amat dihargai! 🙏

Walaupun perlawanan sudah berlalu, semangat dan pengalaman ini tetap menjadi motivasi untuk anak-anak terus berlatih, berusaha, dan mempamerkan semangat juang di masa depan. Tahniah kepada semua pemain atas usaha dan semangat luar biasa mereka! ✨

Photos from PIBG SMK Seri Titiwangsa's post 12/02/2026

31 Januari 2026
Stadium Hoki KPM , Bangsar

🏑 Perjumpaan Parent Support Group (PSG)
Hoki Lelaki SSNKL Sesi 2026

Alhamdulillah, perjumpaan pertama PSG Hoki Lelaki SSNKL bagi sesi 2026 telah berlangsung pada 31 Januari 2026 dengan kehadiran ibu bapa yang memberangsangkan.

Terima kasih kepada semua ibu bapa atas komitmen padu dalam menyokong pembangunan sahsiah dan prestasi anak-anak.

📌 Agenda:
▪️ Kata Aluan Pengerusi PSG, En. Mohd Nasri Mohd Nordin
▪️ Ucapan YDP PIBG, Dr. Rosli Bin Kolob
▪️ Sesi Suai Kenal Parent Baharu Tingkatan 1
▪️ Perlantikan Baru Ahli Jawatankuasa (AJK) PSG
▪️ Perancangan Kalendar Aktiviti 2026 & Hala Tuju Pasukan
▪️ Taklimat Coach, En. Roshin Bin Noordin
▪️ Jamuan Ringan (Potluck Parent Hockey)
▪️ Bersurai

✨ Terima kasih tidak terhingga kepada Coach En. Roshin Bin Noordin atas dedikasi, kesabaran dan pengorbanan tanpa henti dalam membimbing anak-anak kita. Bimbingan beliau bukan sahaja membentuk kemahiran dan disiplin pemain, malah menanam nilai keazaman, semangat berpasukan dan karakter yang mulia. Jasanya akan terus dikenang dan menjadi inspirasi kepada semua.

Dengan semangat kerjasama ibu bapa, jurulatih dan pihak sekolah, pasukan Hoki Lelaki SSNKL akan terus cemerlang dan berjaya. Mari kita bersatu, memberi inspirasi dan mencipta kejayaan bersama! 💪🏑

02/02/2026

Tahniah pada Coachsabri, ibubapa dan supporters²
Smk seri Titiwangsa.. doakan kejayaan mereka untuk SPM tahun ni... Kepada junior² fokus pada pelajaran dan sukan bolasepak..push push



Photos from PIBG SMK Seri Titiwangsa's post 20/01/2026

20 January 2026, pendaftaran atlete murid baru bagi sesi 2026 di Smk Seri Titiwangsa Ssnkl . Selamat datang kepada semua murid murid ke keluarga besar kami.

Photos from PIBG SMK Seri Titiwangsa's post 24/12/2025

Penutup yang manis utk team silat..

Want your school to be the top-listed School/college in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address


Jalan Temerloh, Titiwangsa
Kuala Lumpur
53200