19/10/2022
Assalamualaikum dan selamat sejahtera warga jabatan Bahasa Melayu Profesional.
Kelab Bahasa Melayu Profesional, Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan mengadakan Seminar Bahasa Melayu Mendepani Globalisasi, bertempat di Dewan Semarak APM pada Jumaat, 28 Oktober 2022. Pelbagai topik menarik akan dibincangkan oleh dua panel hebat iaitu YBhg. Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan dan YBhg. Prof. Datuk Seri Dr. Haji Awang Sariyan
Oleh hal yang demikian, Kelab Bahasa Melayu Profesional amat mengalu- alukan kehadiran semua mahasiswa/i bagi jabatan Bahasa Melayu Profesional sesi 2022/2023.
Jumpa anda di sana !
11/08/2022
[PERTANDINGAN BAKAT ANAK MERDEKA ANJURAN KELAB BM PRO & _UM YOUNG LEADERS]
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Kelab Bahasa Melayu Profesional Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya dengan kerjasama Persatuan Pemimpin Muda Universiti Malaya (UM Young Leaders) menganjurkan Pertandingan Bakat Anak Merdeka sempena menyambut bulan kemerdekaan Ogos ini.
Pertandingan Bakat Anak Merdeka membuka peluang kepada semua warga Malaysia tanpa mengira latar belakang, umur dan institusi pengajian untuk bersama-sama memeriahkan program ini. Untuk makluman semua, anda bebas untuk mempersembahkan apa-apa sahaja kebolehan yang dimiliki tamsilnya mendeklamasikan sajak, mengarang puisi, melukis poster, video kreatif dan pelbagai lagi. Syaratnya mestilah karya yang dihasilkan dapat menyemarakkan semangat patriotik dan tidak menyentuh mana-mana sensiviti agama serta perkauman.
Hadiah menarik menanti ada semua :
Johan : RM 100 + Sijil
Naib Johan : RM 50 + Sijil
Tempat Ketiga : RM 30 + Sijil
Pendaftaran dan penghantaran hasil karya anda boleh dibuat melalui pautan berikut :
*https://forms.gle/R1PcQZvXrHe8dLR36*
Tempoh penghantaran karya bermula 8 Ogos 2022 sehingga 25 Ogos 2022.
Sekiranya anda mempunyai sebarang kemusykilan atau persoalan, sila hubungi :
LIM SAN SHIEN
*Presiden Persatuan Pemimpin Muda Universiti Malaya (UM Young Leaders)*
*017-6717102*
SYAMIR SYAZANI
*Timbalan Yang Di-Pertua Kelab Bahasa Melayu Profesional*
*011-12553231*
Terima kasih dan semoga berjaya.
11/08/2022
*[👕JUALAN BAJU T-SHIRT KELAB BAHASA MELAYU PROFESIONAL 2022👕]*
Assalamualaikum wbt & salam sejahtera semua! ✨
Kelab Bahasa Melayu Profesional Universiti Malaya kini membuka jualan baju t-shirt bagi ahli jawatankuasa kelab dan pelajar Jabatan Bahasa Melayu Profesional.✨
Gabungan elemen moden dan corak tradisional merupakan tema yang dibawa dalam reka bentuk baju ini. Oleh itu, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan baju terbaru daripada kami! ✨
📌 Kami menawarkan:
1) T-shirt lengan pendek berkolar (RM 42)
2) T-shirt lengan panjang (RM 47)
📌Pautan pembelian:
https://forms.gle/uKUTmbaBzFK8PjQo9
⏳Jualan dibuka sehingga 31 Ogos 2022
Sebarang pertanyaan, sila hubungi📱:
Nik Faris
https://wa.me/60134454640
Suharmin
https://wa.me/6018962260