20/05/2026
𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐊𝐄𝐑𝐎𝐇𝐀𝐍𝐈𝐀𝐍 𝐌𝐈𝐍𝐆𝐆𝐔𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐌𝐀𝐑𝐊𝐀𝐒 𝐓𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐀 𝐃𝐀𝐑𝐀𝐓
SURAU AL-HIDAYAH,MINDEF, 20 MEI 2026 - Program dimulakan dengan Selawat Tafrijiyyah sebagai pembuka majlis bagi memohon keberkatan dan rahmat daripada Allah SWT. Seterusnya, para hadirin akan menunaikan Solat Sunat Dhuha secara berjemaah.
Majlis diteruskan dengan bacaan ayat suci Al-Quran, sebagai peringatan dan pengisian rohani.
Seterusnya, para peserta akan mendengar tazkirah yang disampaikan oleh Lt Kol Hj Mohd Na’im bin Hj Ahmad Pegawai Staf 2 Dakwah bagi memberikan penghayatan dan panduan dalam kehidupan seharian.
Program diakhiri dengan bacaan Asmaul Husna sebagai penutup majlis, semoga segala amalan yang dilaksanakan mendapat keberkatan dan keredaan Allah SWT.
#𝗚𝗮𝗴𝗮𝗵𝗦𝗲𝘁𝗶𝗮
18/05/2026
Tahniah Buat Jeneral Dato' Seri Hj Malek Razak bin Sulaiman - Panglima Angkatan Tentera di atas penganugerahan Darjah Seri Paduka Mahkota Perlis (S.P.M.P).
11/05/2026
Selamat Hari Ulang Tahun Kor Kesihatan Diraja ke-59.
05/05/2026
Selamat Hari Ulang Tahun Medan Markas Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat ke-45.
26/04/2026
Selamat Menyambut Hari Ulang Tahun Tentera Laut Diraja Malaysia ke-92.
21/04/2026
Selamat Menyambut Hari Ulang Tahun Rejimen Askar Jurutera Diraja ke-73.
15/04/2026
Selamat Hari Ulang Tahun Kor Agama Angkatan Tentera KAGAT Ke-41.
14/04/2026
Selamat Menyambut Ulang Tahun Kelahiran Buat YBhg Leftenan Jeneral Dato' Mohd Sofi bin Md Lepi, Panglima Markas Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat .
10/04/2026
Lawatan Kebajikan ke atas Kapten Mohammad Helmy bin Mohd Noor Sham
(Mantan Pegawai Staf 3 Agama Markas Tentera Darat)
Pada 10 April 2026 (Jumaat), satu lawatan kebajikan telah diadakan ke atas Kapten Mohammad Helmy bin Mohd Noor Sham bersempena dengan kelahiran cahaya mata beliau.
Lawatan ini telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Agama Markas Tentera Darat bersama staf Sel Agama Markas Tentera Darat sebagai tanda keprihatinan dan sokongan kepada Staf Sel Agama Markas Tentera Darat yang menerima cahaya mata.
Dalam lawatan tersebut, Ketua Pengarah Agama Markas Tentera Darat Brig Jen Hj Mohd Jihadi bin Hj Ahmad telah menyampaikan ucapan tahniah serta mendoakan agar Kapten Helmy sekeluarga dikurniakan kesihatan yang baik, manakala bayi yang dilahirkan membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh serta membanggakan keluarga.
Lawatan kebajikan seperti ini mencerminkan semangat kekeluargaan dan kebersamaan dalam kalangan warga Tentera Darat Malaysia, selaras dengan nilai murni yang sentiasa diterapkan dalam organisasi.
Rombongan turut di hadiri oleh Lt Kol Hj Mohd Na'im bin Hj Ahmad Pegawai Staf 2 Agama dan staf-staf Sel Agama.
08/04/2026
PROGRAM KEROHANIAN MINGGUAN PERINGKAT MARKAS TENTERA DARAT
Program dimulakan dengan Selawat Tafrijiyyah sebagai pembuka majlis bagi memohon keberkatan dan rahmat daripada Allah SWT. Seterusnya, para hadirin akan menunaikan Solat Sunat Dhuha secara berjemaah.
Majlis diteruskan dengan bacaan ayat suci Al-Quran, iaitu daripada Surah Al-Baqarah ayat 154 hingga 158, sebagai peringatan dan pengisian rohani.
Seterusnya, para peserta akan mendengar tazkirah yang disampaikan oleh Lt Kol Hj Mohd Na’im bin Hj Ahmad Pegawai Staf 2 Dakwah bagi memberikan penghayatan dan panduan dalam kehidupan seharian.
Program diakhiri dengan bacaan Asmaul Husna sebagai penutup majlis, semoga segala amalan yang dilaksanakan mendapat keberkatan dan keredaan Allah SWT.
31/03/2026
Selamat Hari Ulang Tahun ke-12 Pemerintahan Medan Markas Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat.