22/07/2026
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐
MINDEF, 22 Julai 2026 โ Program Kerohanian Mingguan Peringkat Markas Tentera Darat telah berlangsung dengan penuh penghayatan di Surau Al-Hidayah, Kementerian Pertahanan (MINDEF), sebagai platform memperkukuhkan keimanan, membina sahsiah serta menyemai nilai-nilai Islam dalam kalangan warga Markas Tentera Darat.
Program dimulakan dengan bacaan Selawat Tafrijiyyah, diikuti Solat Sunat Dhuha secara berjemaah sebelum diteruskan dengan bacaan al-Quran daripada Surah al-Baqarah ayat 211 hingga 213 berserta tafsir dan huraian yang disampaikan oleh Lt Kol Hj Mohd Na'im bin Hj Ahmad Al-Hafiz, Pegawai Staf 2 Dakwah.
Melalui kupasan Surah al-Baqarah ayat 211 hingga 213, para peserta diingatkan agar mengambil iktibar daripada kisah umat terdahulu yang telah menyia-nyiakan nikmat Allah SWT setelah diberikan pelbagai tanda kebesaran-Nya. Ayat-ayat tersebut turut menjelaskan bahawa manusia pada asalnya berada di atas satu pegangan yang benar, namun perselisihan timbul akibat sifat hasad dengki dan keingkaran. Justeru, umat Islam hendaklah kembali menjadikan al-Quran dan sunnah sebagai panduan utama dalam mencapai perpaduan, memelihara keimanan serta menghindari perpecahan.
Selain itu, Lt Kol Hj Mohd Na'im bin Hj Ahmad Al-Hafiz turut menyampaikan tazkirah ringkas bertajuk "Rahmat Allah". Beliau menjelaskan bahawa setiap manusia memasuki syurga bukan semata-mata kerana banyaknya amalan yang dilakukan, sebaliknya dengan rahmat dan kasih sayang Allah SWT. Oleh itu, setiap Muslim hendaklah sentiasa memperbanyakkan amal soleh dengan penuh keikhlasan, mengharapkan rahmat Allah serta tidak berasa ujub atau bergantung sepenuhnya kepada amalan diri.
Pengisian ini turut menekankan bahawa setiap warga Tentera Darat hendaklah mengutamakan agama, amanah dan integriti dalam setiap tugasan yang dipikul. Nilai keikhlasan, disiplin, pengorbanan serta pengharapan kepada rahmat Allah merupakan asas penting dalam melahirkan anggota yang bukan sahaja cemerlang dalam perkhidmatan, malah sentiasa memperoleh keberkatan dan keredaan Allah SWT.
Program diakhiri dengan bacaan Asmaul Husna sebagai penutup majlis. Semoga usaha berterusan melalui Program Kerohanian Mingguan ini terus memperkukuhkan penghayatan al-Quran, meningkatkan keimanan serta melahirkan warga Tentera Darat Malaysia yang profesional, berintegriti dan sentiasa menjunjung tinggi nilai-nilai Islam dalam melaksanakan amanah kepada agama, bangsa dan negara.