Terapi Carakerja UKM

Terapi Carakerja UKM

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Terapi Carakerja UKM, Education, Universiti Kebangsaan Malaysia Fakulti Sains Kesihatan Kampus Kuala Lumpur, Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kuala Lumpur.

The scope of services covered by occupational therapy includes providing support, performing comprehensive assessments and interventions in a home, school, workplace and/or community settings in order to help clients achieve independence or optimum functions in their daily lives.

22/04/2026

WEBINAR: Bila Perlu Risau?
🧠 Panduan Awal Perkembangan Kanak-Kanak

Ibu bapa, penjaga & pendidikβ€”adakah anda pasti perkembangan anak berada di landasan yang betul? πŸ€”

Jom sertai webinar ini untuk:
βœ… Memahami perkembangan normal kanak-kanak
βœ… Mengenal pasti red flags lebih awal
βœ… Belajar strategi praktikal rangsangan di rumah
βœ… Mendapat perkongsian daripada pakar dalam bidang

πŸ“… Tarikh: 6 & 7 Mei 2026
⏰ Masa: 9.00 pagi – 1.00 petang
πŸ’» Platform: Zoom

🎀 Topik menarik termasuk:
πŸ”Ή Perkembangan normal & variasi
πŸ”Ή Bahasa, komunikasi & pendengaran
πŸ”Ή Motor, sensori & bermain
πŸ”Ή Mitos vs realiti perkembangan kanak-kanak
πŸ”Ή Sosial, emosi & tingkah laku
πŸ”Ή Kepentingan intervensi awal

πŸ’° Yuran:
RM60 / webinar 1 atau 2
RM100 untuk pakej penuh (2 hari)
https://appsmu.ukm.my/ukmshop/Seminar/Webinarrisau

πŸ“² Imbas QR kod atau tekan pautan berikut untuk mendaftar.

https://forms.gle/gdiP921MDntMjspN9

πŸ“ž Pertanyaan:
* www.wasap.my/60199686717( Amisam)
* www.wasap.my/60132161417( Shahrul)

🎯 Jangan tunggu sehingga terlambatβ€”bertindak awal

20/03/2026

Program Terapi Cara Kerja mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada semua πŸ•ŒπŸ’šβœ¨πŸŽ†

Photos from Terapi Carakerja UKM's post 16/03/2026

Satu program lawatan akademik dari Bungkyo Gakuin University (BGU), Jepun telah diadakan pada 26 Februari hingga 11 Mac 2026. Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar terhadap amalan klinikal sebenar serta perkhidmatan rehabilitasi yang disediakan di Malaysia.

Sepanjang program ini, para pelajar telah berpeluang mengadakan lawatan ke beberapa institusi dan fasiliti berkaitan perkhidmatan kesihatan dan rehabilitasi, antaranya Unit Mentari di Hospital Selayang, Permata Kurnia Sentul, Genting Dementia Care Centre Segambut serta Unit Psikiatri di Hospital UKM.

Program ini diharap dapat memperkukuh kerjasama akademik antarabangsa di samping memberikan pengalaman pembelajaran yang bermakna kepada para pelajar dalam memahami aplikasi praktikal bidang terapi cara kerja, psikologi, psikiatri dan rehabilitasi dalam konteks perkhidmatan kesihatan.

07/03/2026

Salam Nuzul Al Quran πŸ•Œ

Photos from Selayang Hospital's post 03/03/2026
18/02/2026

Salam Ramadhan πŸŒ™

17/02/2026

Selamat Tahun Baru Cina 🧧

Photos from Terapi Carakerja UKM's post 13/02/2026

Pada 9 Februari 2026, Fakulti Sains Kesihatan (FSK), UKM telah menerima kunjungan seramai 40 orang pelajar dan guru pengiring bagi sesi lawatan akademik dari Kolej Yayasan Saad.

Sepanjang sesi ini, para peserta telah:
πŸŽ₯ Menyaksikan tayangan video korporat FSK
πŸŽ“ Mendapat penerangan mengenai program prasiswazah FSK
🧠 Mendalami perkongsian daripada UKMShape
πŸ₯ Mengadakan lawatan ke Klinik Fisioterapi dan Terapi Carakerja (OT)

Bagi memastikan pengalaman yang lebih efektif, para pelajar telah dibahagikan kepada dua kumpulan semasa sesi lawatan klinikal dan makmal.

Semoga lawatan ini memberi pendedahan bermakna serta inspirasi kepada para pelajar dalam merancang hala tuju masa depan mereka πŸ’™

01/02/2026

Selamat Menyambut Hari Wilayah.

Photos from Terapi Carakerja UKM's post 23/01/2026

Modul WHO–Caregiver Skills Training (WHO-CST) dan Occupational Therapy – Early Intervention Programme (OT-EIP) di Klinik Terapi Cara Kerja, UKM KL menyokong perkembangan kanak-kanak berkeperluan khas dengan memperkasa ibu bapa sebagai rakan intervensi utama di rumah.

Majlis konvokesyen ini meraikan pencapaian 85 peserta melalui penyampaian sijil, sesi Focus Group Discussion (FGD) untuk penambahbaikan berterusan, serta mengukuhkan jaringan sokongan antara ibu bapa, klinisyen dan universiti.

Tahniah dan penghargaan diucapkan kepada para peserta Modul WHO-CST dan OT-EIP atas dedikasi dan komitmen yang ditunjukkan sepanjang program. Kejayaan hari ini melambangkan usaha berterusan ibu bapa dan penjaga dalam menyokong perkembangan anak-anak istimewa dengan penuh kasih dan keazaman πŸŽ“πŸ‘¨πŸΌβ€πŸŽ“πŸ§‘πŸ»β€πŸŽ“πŸ‘©πŸ½β€πŸŽ“

17/01/2026

Salam Israk Mikraj.

07/01/2026

Selamat Tahun Baru 2026! πŸ₯³

Want your school to be the top-listed School/college in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

https://www.ukm.my/fsk/klinik-terapi-carakerja-2/

Address


Universiti Kebangsaan Malaysia Fakulti Sains Kesihatan Kampus Kuala Lumpur, Jalan Raja Muda Abdul Aziz
Kuala Lumpur
50300

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00