22/04/2026
WEBINAR: Bila Perlu Risau?
π§ Panduan Awal Perkembangan Kanak-Kanak
Ibu bapa, penjaga & pendidikβadakah anda pasti perkembangan anak berada di landasan yang betul? π€
Jom sertai webinar ini untuk:
β
Memahami perkembangan normal kanak-kanak
β
Mengenal pasti red flags lebih awal
β
Belajar strategi praktikal rangsangan di rumah
β
Mendapat perkongsian daripada pakar dalam bidang
π
Tarikh: 6 & 7 Mei 2026
β° Masa: 9.00 pagi β 1.00 petang
π» Platform: Zoom
π€ Topik menarik termasuk:
πΉ Perkembangan normal & variasi
πΉ Bahasa, komunikasi & pendengaran
πΉ Motor, sensori & bermain
πΉ Mitos vs realiti perkembangan kanak-kanak
πΉ Sosial, emosi & tingkah laku
πΉ Kepentingan intervensi awal
π° Yuran:
RM60 / webinar 1 atau 2
RM100 untuk pakej penuh (2 hari)
https://appsmu.ukm.my/ukmshop/Seminar/Webinarrisau
π² Imbas QR kod atau tekan pautan berikut untuk mendaftar.
https://forms.gle/gdiP921MDntMjspN9
π Pertanyaan:
* www.wasap.my/60199686717( Amisam)
* www.wasap.my/60132161417( Shahrul)
π― Jangan tunggu sehingga terlambatβbertindak awal
20/03/2026
Program Terapi Cara Kerja mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada semua ππβ¨π
16/03/2026
Satu program lawatan akademik dari Bungkyo Gakuin University (BGU), Jepun telah diadakan pada 26 Februari hingga 11 Mac 2026. Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar terhadap amalan klinikal sebenar serta perkhidmatan rehabilitasi yang disediakan di Malaysia.
Sepanjang program ini, para pelajar telah berpeluang mengadakan lawatan ke beberapa institusi dan fasiliti berkaitan perkhidmatan kesihatan dan rehabilitasi, antaranya Unit Mentari di Hospital Selayang, Permata Kurnia Sentul, Genting Dementia Care Centre Segambut serta Unit Psikiatri di Hospital UKM.
Program ini diharap dapat memperkukuh kerjasama akademik antarabangsa di samping memberikan pengalaman pembelajaran yang bermakna kepada para pelajar dalam memahami aplikasi praktikal bidang terapi cara kerja, psikologi, psikiatri dan rehabilitasi dalam konteks perkhidmatan kesihatan.
07/03/2026
Salam Nuzul Al Quran π
17/02/2026
Selamat Tahun Baru Cina π§§
13/02/2026
Pada 9 Februari 2026, Fakulti Sains Kesihatan (FSK), UKM telah menerima kunjungan seramai 40 orang pelajar dan guru pengiring bagi sesi lawatan akademik dari Kolej Yayasan Saad.
Sepanjang sesi ini, para peserta telah:
π₯ Menyaksikan tayangan video korporat FSK
π Mendapat penerangan mengenai program prasiswazah FSK
π§ Mendalami perkongsian daripada UKMShape
π₯ Mengadakan lawatan ke Klinik Fisioterapi dan Terapi Carakerja (OT)
Bagi memastikan pengalaman yang lebih efektif, para pelajar telah dibahagikan kepada dua kumpulan semasa sesi lawatan klinikal dan makmal.
Semoga lawatan ini memberi pendedahan bermakna serta inspirasi kepada para pelajar dalam merancang hala tuju masa depan mereka π
01/02/2026
Selamat Menyambut Hari Wilayah.
23/01/2026
Modul WHOβCaregiver Skills Training (WHO-CST) dan Occupational Therapy β Early Intervention Programme (OT-EIP) di Klinik Terapi Cara Kerja, UKM KL menyokong perkembangan kanak-kanak berkeperluan khas dengan memperkasa ibu bapa sebagai rakan intervensi utama di rumah.
Majlis konvokesyen ini meraikan pencapaian 85 peserta melalui penyampaian sijil, sesi Focus Group Discussion (FGD) untuk penambahbaikan berterusan, serta mengukuhkan jaringan sokongan antara ibu bapa, klinisyen dan universiti.
Tahniah dan penghargaan diucapkan kepada para peserta Modul WHO-CST dan OT-EIP atas dedikasi dan komitmen yang ditunjukkan sepanjang program. Kejayaan hari ini melambangkan usaha berterusan ibu bapa dan penjaga dalam menyokong perkembangan anak-anak istimewa dengan penuh kasih dan keazaman ππ¨πΌβππ§π»βππ©π½βπ
07/01/2026
Selamat Tahun Baru 2026! π₯³