PPIM Kebangsaan

Call Directions Website Contact the school

PPIM Kebangsaan Ditubuhkan oleh ahli MPK sebagai platform rasmi PPIM kebangsaan untuk berkongsi sebarang perkembangan

18/09/2026

Tiga hari, macam-macam aktiviti, dan pastinya seribu satu kenangan! πŸ’—βœ¨

Daripada belajar bersama, cabar diri, bekerjasama dalam kumpulan, berkreativiti, sampailah sama-sama memeriahkan Puteri Fancy Walk. Semuanya ada dalam satu program! 🌸

Penat? Mestilah. πŸ˜‚
Tapi gelak, semangat, teamwork dan kenangan yang tercipta tu memang berbaloi! 🫢🏻

Ini baru cerita Puteri! πŸ’•

Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) Perhubungan Negeri Melaka telah berjaya melaksanakan Program Pembangunan Kompete...
18/09/2026

Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) Perhubungan Negeri Melaka telah berjaya melaksanakan Program Pembangunan Kompetensi Puteri Peringkat Kebangsaan Tahun 2026 pada 10 hingga 12 September 2026 di Lilla Sea View Retreat, Tanjung Bidara, Melaka.

Program ini menghimpunkan pelbagai aktiviti pembangunan potensi, kreativiti, kerohanian dan kerja berpasukan termasuk Treasure Hunt-Kembara Ilmu, pertandingan kreativiti, Citra Puteri Merdeka serta Puteri Fancy Walk.

Semoga program ini terus menjadi wadah dalam memperkasa bakat, kemahiran dan sahsiah Puteri serta menyemai semangat kecintaan kepada agama, bangsa dan negara.

Kita mungkin berbeza, tetapi semangat untuk membina masa depan yang lebih baik menyatukan kita.Selamat Hari Malaysia!   ...
16/09/2026

Kita mungkin berbeza, tetapi semangat untuk membina masa depan yang lebih baik menyatukan kita.
Selamat Hari Malaysia!

12/09/2026
Merdeka bukan sekadar laungan, tetapi semangat yang kita teruskan. πŸ‡²πŸ‡ΎAyuh kita hargai perjuangan, pelihara perpaduan dan...
31/08/2026

Merdeka bukan sekadar laungan, tetapi semangat yang kita teruskan. πŸ‡²πŸ‡Ύ
Ayuh kita hargai perjuangan, pelihara perpaduan dan bersama-sama membina Malaysia yang lebih baik.
Selamat Hari Kebangsaan!

Semoga kita terus meneladani akhlak, kasih sayang dan kepimpinan Baginda dalam setiap langkah kehidupan. 🀍Salam Maulidur...
25/08/2026

Semoga kita terus meneladani akhlak, kasih sayang dan kepimpinan Baginda dalam setiap langkah kehidupan. 🀍
Salam Maulidur Rasul.

01/07/2026

Ada orang balik dengan sijil.
Ada orang balik dengan kawan baru.
Tapi semua balik dengan kenangan yang akan dikenang sampai bila-bila. πŸ€πŸ•οΈ

πŸ”­ Setinggi-tinggi Penghargaan dan Terima KasihPergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) merakamkan setinggi-tinggi penghar...
26/06/2026

πŸ”­ Setinggi-tinggi Penghargaan dan Terima Kasih

Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Planetarium Negara atas kerjasama dan sokongan yang telah diberikan sepanjang Perkhemahan Alam Peringkat Kebangsaan 2026.

Ucapan terima kasih yang istimewa atas kesudian pihak Planetarium Negara membawa teleskop ke tapak perkhemahan bagi memberi peluang kepada para peserta merasai pengalaman cerapan serta mengenali dunia astronomi dengan lebih dekat. Pengalaman ini pastinya menjadi kenangan bermakna dan menyemai minat terhadap bidang sains serta penerokaan angkasa.

Semoga jalinan kerjasama antara PPIM dan Planetarium Negara akan terus diperkukuhkan dalam melahirkan generasi yang berilmu, berfikiran kritis dan sentiasa menghargai keindahan ciptaan Allah SWT.

Terima kasih, Planetarium Negara. 🌌✨

PerkhemahanAlam2026

🀝 Setinggi-tinggi Penghargaan dan Terima KasihPergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) merakamkan setinggi-tinggi penghar...
26/06/2026

🀝 Setinggi-tinggi Penghargaan dan Terima Kasih

Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada SWCorp atas kerjasama dan sokongan yang telah diberikan dalam menjayakan aktiviti Green The Earth sempena Perkhemahan Alam Peringkat Kebangsaan 2026.

Kerjasama ini mencerminkan komitmen bersama dalam memupuk kesedaran terhadap kepentingan menjaga kebersihan, memelihara kelestarian alam sekitar serta membentuk generasi muda yang lebih bertanggungjawab dan prihatin.

Semoga jalinan kerjasama ini terus diperkukuhkan demi manfaat masyarakat dan kelestarian alam pada masa hadapan.

Terima kasih, SWCorp. πŸ’š

🌌 PERKHEMAHAN ALAM PERINGKAT KEBANGSAAN 2026 | HARI KETIGASetiap pengakhiran adalah permulaan kepada sebuah perjalanan y...
25/06/2026

🌌 PERKHEMAHAN ALAM PERINGKAT KEBANGSAAN 2026 | HARI KETIGA

Setiap pengakhiran adalah permulaan kepada sebuah perjalanan yang lebih bermakna.

Hari terakhir Perkhemahan Alam Peringkat Kebangsaan 2026 menjadi penutup kepada tiga hari yang sarat dengan ilmu, pengalaman dan pembentukan sahsiah. Selain meraikan komitmen para peserta melalui penyampaian sijil dan penghargaan, program diteruskan dengan lawatan pendidikan ke Planetarium Negara, sekali gus membuka ruang kepada penerokaan dunia sains dan astronomi.

Daripada menghargai keindahan alam di bumi hingga mengagumi kebesaran ciptaan Allah SWT di angkasa, pengalaman sepanjang perkhemahan ini diharap dapat menyemai semangat untuk terus menimba ilmu, berbakti kepada masyarakat dan memelihara alam sekitar.

Terima kasih kepada semua peserta, guru pengiring, urus setia serta rakan strategik yang telah bersama-sama menjayakan Perkhemahan Alam Peringkat Kebangsaan 2026. Semoga kenangan dan pengajaran yang diperoleh menjadi bekalan berharga dalam melahirkan generasi Puteri Islam yang berilmu, berakhlak dan berwawasan. 🌿✨

Address

Cheras
Kuala Lumpur
56100

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60392027928

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PPIM Kebangsaan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to PPIM Kebangsaan:

Shortcuts

Share

Category