27/12/2019
Assalamualaikum,
Tanggal 29 Disember nanti di Masjid Al-Imam Al-Ghazali, Bandar Manjalara akan adakan Free Market. Maksudnya, barang-barang yang ada disitu korang boleh ambil secara percuma.
Tema free market nanti adalah Kembali Ke Sekolah. Jadi, kalau korang perlukan brang-barang sekolah korang boleh ke masjid ini yang bertempat di Bandar Menjalara dari pukul 8 pagi sampai 11 pagi, insyaAllah.
Tapi, kalau korang rasa banyak sangat barang yang boleh korang sedekahkan, pun boleh juga untuk pergi ke sana.
Bersama sebarkan kebaikan.