Jabatan Fiqh dan Usul, APIUM

Jabatan Fiqh dan Usul, APIUM

Share

Laman ini merupakan laman yang rasmi bagi Jabatan Fiqh-Usul dan Sains Gunaan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. https://apium.um.edu.my/fiqh-amp-usul

18/02/2026
ALUMNI SURVEY: ALUMNI IJAZAH SARJANA MUDA SYARIAH AKADEMI PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI MALAYA (APIUM) 2020-2025 01/09/2025

Assalamualaikum w.b.t.
Pihak APIUM sedang menjalankan *Soal Selidik Alumni Program Sarjana Muda Syariah* bagi menilai pengalaman pengajian, daya saing, kompetensi, serta cadangan penambahbaikan kurikulum.

Mohon kerjasama Tuan/Puan alumni untuk menjawab melalui pautan berikut:
👉 https://forms.gle/hMh1gydvLsLXxDj39

Jawapan tuan/puan amat penting untuk penilaian dan penambahbaikan kurikulum. Semua maklumat adalah sulit.

Segala perhatian dan kerjasama Tuan/Puan, didahulukan dengan _Jazakumullahu khayran al-Jaza`.

ALUMNI SURVEY: ALUMNI IJAZAH SARJANA MUDA SYARIAH AKADEMI PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI MALAYA (APIUM) 2020-2025 Assalamualaikum Soal selidik ini dijalankan bagi tujuan kajian mengenai kurikulum Kursus Sarjana Muda Syariah di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Ia dibangunkan berdasarkan objektif berikut: Menilai tahap daya saing alumni Program Sarjana Muda Syariah dalam pasaran kerjaya. Mengenal pasti...

EMPLOYER SURVEY: KAJIAN SOAL SELIDIK IJAZAH SARJANA MUDA SYARIAH AKADEMI PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI MALAYA (APIUM) 2025 30/08/2025

Permohonan Untuk Menjalankan Kaji Selidik Majikan Graduan Sarjana Muda Syariah (Fiqh dan Usul) / Sarjana Syariah - Fiqh dan Usul.

Pihak Jabatan Amat Mengharapkan Graduan Berkongsikan Link ini kepada Kajikan Anda untuk diisi.

Borang Kajian boleh diakses melalui link tersebut
https://forms.gle/giyhHUVGoG5PmUheA

Sekian terima kasih.

EMPLOYER SURVEY: KAJIAN SOAL SELIDIK IJAZAH SARJANA MUDA SYARIAH AKADEMI PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI MALAYA (APIUM) 2025 Assalamualaikum WRT. Soal selidik ini adalah kajian tahap kepuasan majikan terhadap graduan APIUM yang dijalankan oleh pihak pengurusan tertinggi APIUM. Kajian ini direka khas berdasarkan beberapa objektif di bawah: i- Mengkaji tahap kebolehpasaran graduan APIUM dalam bidang kerjaya ii- Mengkaji pre...

Photos from Academy of Islamic Studies's post 05/06/2025
05/06/2025

⚜️UCAPAN TAHNIAH KEPADA SAHIBUS SAMAHAH M***I WILAYAH PERSEKUTUAN⚜️

Sekalung tahniah diucapkan kepada Sahibus Samahah Ustaz Ahmad Fauwaz bin Fadzil atas pelantikan sebagai M***i Wilayah Persekutuan.

Semoga dengan pelantikan ini menjadi pemangkin kepada usaha pengukuhan institusi fatwa serta memperkasakan lagi peranan syiar Islam di negara ini.

Kami daripada Lajnah Fiqh dan Usul mendoakan agar Sahibus Samahah sentiasa dikurniakan kekuatan dan bimbingan daripada Allah SWT dalam memikul amanah dan tanggungjawab yang besar ini.

Baarakallahufiikum✨



Photos from Jabatan Fiqh dan Usul, APIUM's post 10/12/2024

[SEMINAR HUKUM ISLAM SEMASA XII PERINGKAT NUSANTARA 2024 (SHISXII 2024)] 🌏

Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, dengan sukacitanya memaklumkan bahawa Seminar Hukum Islam Semasa XII (SHISXII 2024) akan diadakan dengan tema:
“Memperkasa Legasi Profesor Emeritus Dato’ Dr. Mahmood Zuhdi Haji Ab. Majid”.

📅 Tarikh: 9-10 Jumada al-Thani 1446H / 11-12 Disember 2024
📍 Lokasi: Balai Ilmu Mahmood Zuhdi, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

✨ Apa yang menarik?
🔸 Pembentangan kertas kerja utama daripada tokoh-tokoh dan sarjana tersohor yang mengupas pemikiran dan pendekatan Profesor Emeritus Dato’ Dr. Mahmood Zuhdi Haji Ab. Majid dalam pelbagai aspek hukum Islam semasa.

Semua pihak dijemput hadir.

Untuk Maklumat Lanjut⬇️
Layari laman web rasmi: https://umevent.um.edu.my/SHISXII202

Kajian Pasaran Keperluan dan Permintaan Ijazah Sarjana Fiqh dan Usul Secara Kerja Kursus / Market Survey For Programmes # 03/12/2024

Salam sejahtera.

Kami ingin menjemput tuan/puan untuk mengisi Borang Kajian Pasaran Penawaran Program Sarjana Fiqh dan Usul, Akademi pengajian Islam Universiti Malaya. Maklum balas anda amat dihargai. Terima kasih.

Kajian Pasaran Keperluan dan Permintaan Ijazah Sarjana Fiqh dan Usul Secara Kerja Kursus / Market Survey For Programmes # ASSALAMUALAIKUM WBT Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya bercadang untuk menawarkan satu program akademik baharu iaitu program Ijazah Sarjana Fiqh dan Usul secara kerja kursus. Dalam proses mendapatkan kelulusan penawaran program baharu daripada pihak Jabatan Pendidikan T...

21/07/2024

SYARAHAN PENGAJIAN ISLAM SIRI 5

Assalamualaikum wbt,
Sukacita dimaklumkan bahawa Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM) Academy of Islamic Studies dengan kerjasama The International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS) akan membawakan sebuah program.

Butirannya adalah seperti berikut:-
Tajuk: The Muwaṭṭaʾ and Its Relevance for Contemporary Muslim Self-Governance
Tarikh: 22 Julai 2024 (Isnin)
Masa: 2.30 pm - 4.30 pm
Tempat: Balai Ilmu Mahmood Zuhdi, Akademi Pengajian Islam

Syarahan oleh : Prof. Dr. Mohamed Fadel (Professor in Islamic Law, University of Toronto)

Ucapan alu-aluan oleh: Profesor Dr. Mohd Fauzi bin Hamat (Dekan APIUM)

TERBUKA KEPADA SEMUA.

Sehubungan dengan itu, kami dengan berbesar hati ingin menjemput semua menghadiri syarahan ini.

Sila scan QR code untuk kehadiran

Sekian, terima kasih.

Repost page rasmi Akademi Pengajian Islam, UM





21/05/2024

Barisan Ahli Akademik Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

06/10/2023

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Dr. Imamuddin dan Profesor Dr. Abdul Karim bin Ali atas penerbitan buku baharu bertajuk Tipologi Pemikiran Hukum Islam. Buku ini diterbitkan oleh UIN S**A- Press, UIN Sunan Kalijaga, Yogyakarta, Indonesia.

KETERANGAN
konsep pemikiran Islam adalah bentuk implementasi daripada konsep ijtihad yang telah dirumuskan oleh para ulama terdahulu dalam menginterpretasikan nilai-nilai syariat yang bersifat suci ke dalam ketentuan hukum yang dapat diamalkan oleh manusia dalam kehidupan sehari­-hari. Dasar pemikiran Islam adalah al-Quran, al-Sunnah, ijmak dan qiyas. Seterusnya empat struktur pemikiran Islam iaitu worldview (pandangan hidup Islam), pemikiran kalam, siyasah pemikiran fiqh dan usul fiqh serta kemasyarakatan (politik, ekonomi dan sosial).

Mengenai perbezaan definisi pemikiran Islam dengan pemikiran hukum Islam ialah perbahasan yang terfokus kepada pemikiran Islam, maka ia mencakup semua perkara termasuklah perbahasan pemikiran hukum Islam disebabkan cakupan pemikiran Islam meliputi semua bidang termasuklah hukum-hakam dalam Islam yang identik dengan bidang ilmu fiqh dan usul fiqh. Oleh itu, keduanya adalah antara umum dan khusus iaitu kalau berbincang tentang pemikiran Islam tentulah ia meliputi pemikiran hukum Islam, tetapi kalau berbincang tentang pemikiran hukum Islam, maka ia hanya terhad dan bersifat khusus tanpa melibatkan semua aspek perbincangan pemikiran Islam secara luas dan umum.

Dengan memahami pemikiran Islam secara menyeluruh dengan pelbagai tipologinya akan memudahkan setiap pengkaji untuk membuat kayu ukur bagi menilai para ilmuwan dan sarjana muslim termasuklah ulama dari segi pemikiran hukum mereka yang dimunculkan sama ada yang berbentuk tulisan, ucapan atau pun lainnya. Tipologi pemikiran Islam yang umum secara rnendasar dibahagikan kepada pernikiran aliran Tradisionalisme, Modenisrne dan Reforrnisrne yang rnana ketiga-tiganya rnerniliki banyak lagi cabang pernikiran yang berrnacarn seperti permikiran ortodok, konservatif, fundarnentalis, idealis, progresif, sekular, liberal dan sebagainya. Manakala segolongan ulama dan pemikir Islam lainnya juga memunculkan dan menarnpilkan warna lain daripada tipologi pernikiran Islam secara khusus yang langsung merujuk kepada al-Quran dan al-Sunnah iaitu pernikiran Wasatiyyah (Tawassut) yang berdiri di antara pemikiran Tasahul dan Tashaddud.


16/08/2023

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Dr. Mohammad Naqib Hamdan dan Prof. Madya Dr. Mohd Anuar bin Ramli atas penerbitan buku terbaharu bertajuk Konsep dan Panduan Syariah Terhadap Pengubahan Ciptaan Allah S.W.T keluaran Penerbit USIM.

https://mybookstore.usim.edu.my/index.php?route=product/product&product_id=888

Huraian:
Buku ini menjelaskan konsep taghyir khalqillah menurut pandangan Islam berdasarkan analisis perspektif mufassirin, muhaddithin dan fuqaha. Penulis mendapati bahawa para ulama menggunakan pertimbangan maqasid syariah dalam penentuan hukum. Ia dapat dikelaskan kepada taghyir daruri, taghyir haji dan taghyir tahsini. Buku ini memfokuskan kepada pembangunan kriteria taghyir tahsini sahaja kerana taghyir daruri dan taghyir haji diharuskan oleh para ulama dalam ruang keperluannya sahaja. Sedangkan taghyir tahsini tiada panduan secara khusus. Konsep dan kriteria taghyir khalqillah yang dicadangkan ini boleh dijadikan panduan oleh pihak pengurusan fatwa negeri bagi memutuskan fatwa dalam isu berkaitan sains dan teknologi seperti perubatan dan pemakanan di samping isu-isu yang lain. Para doktor dan pesakit juga boleh merujuk panduan ini sebagai pertimbangan ketika menentukan prosedur perubatan yang selari dengan petunjuk syariah.


20/06/2023

Tahniah Prof. Madya Dr. Muhammad Ikhlas Rosele
Ketua Jabatan Fiqh dan Usul, APIUM

Atas kenaikan pangkat Prof. Madya. Semoga dengan kenaikan ini dapat menyumbang dan memajukan Jabatan dengan lebih cemerlang

Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya mengucapkan setinggi-tinggi TAHNIAH dan SYABAS kepada Prof. Madya Dr. Muhammad Ikhlas bin Rosele atas kenaikan pangkat ke jawatan PROFESOR MADYA GRED (DS54).

Semoga pencapaian ini menjadi pendorong kepada beliau untuk mengemudi APIUM sebaik mungkin ke arah peningkatan kedudukan APIUM dan UM di persada antarabangsa.

Pencapaian ini juga diharapkan akan memberi aspirasi dan motivasi kepada semua staf untuk terus berusaha dengan gigih dalam melaksanakan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan.

Want your school to be the top-listed School/college in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Address


Jabatan Fiqh Dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya
Kuala Lumpur
50603