08/08/2026
✨ PENATARAAN MATRIKS PEMBELAJARAN TAHUN 4 (MPT4) TAHUN 2026 ✨
Alhamdulillah, telah berlangsung Program Penataran Matriks Pembelajaran Tahun 4 (MPT4) Tahun 2026 pada 8 Ogos 2026 (Sabtu) bertempat di Dewan SK La Salle 1 Jinjang.
Program ini melibatkan ibu bapa/penjaga dan murid Tahun 4 bagi memberikan pendedahan serta penerangan berkaitan penataran Matriks Pembelajaran Tahun 4. Sesi taklimat turut disampaikan bagi membantu ibu bapa memahami dengan lebih jelas pelaksanaan dan hala tuju pembelajaran anak-anak.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada barisan pentadbir, guru-guru, ibu bapa/penjaga serta semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan sokongan dalam menjayakan program ini. 🌷
Semoga perkongsian dan taklimat yang diberikan dapat membantu ibu bapa bersama-sama menyokong perkembangan pembelajaran anak-anak. ❤️
“Bersama Melangkah, Bersama Membina Kecemerlangan Anak-anak.” 🌟
08/08/2026
🌟 HARI DIALOG KEMENJADIAN KUALITI MURID (DKKM) BIL. 1/2026 🌟
Alhamdulillah, telah berlangsung Hari Dialog Kemenjadian Kualiti Murid (DKKM) Bil. 1/2026 pada 8 Ogos 2026 (Sabtu) bertempat di kelas masing-masing.
Program ini memberi peluang kepada ibu bapa/penjaga, murid dan guru untuk berinteraksi serta berbincang secara bersama berkaitan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), pencapaian, prestasi dan potensi murid.
🤝 Kerjasama erat antara pihak sekolah dan ibu bapa amat penting dalam memastikan perkembangan, kecemerlangan dan kemenjadian murid dapat terus diperkasakan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua ibu bapa/penjaga, murid serta guru yang telah memberikan kerjasama dan komitmen dalam menjayakan program ini.
Semoga segala perbincangan dan perkongsian yang berlangsung menjadi pemangkin kepada peningkatan prestasi dan potensi anak-anak pada masa akan datang.
03/08/2026
🇲🇾 Pelancaran Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 🇲🇾
Hari ini telah berlangsung Majlis Pelancaran Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 di Dewan La Salle Jinjang pada 3 Ogos 2026.
Semoga sambutan ini dapat menyemarakkan semangat patriotisme, memupuk rasa cinta akan negara serta mengeratkan perpaduan dalam kalangan warga sekolah. Marilah kita bersama-sama menghayati erti kemerdekaan dengan menzahirkan semangat cintakan Malaysia dalam setiap tindakan dan amalan.
Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke-69.
🇲🇾 Jiwa Merdeka, Malaysia Tercinta! 🇲🇾
03/08/2026
Pertandingan Water Rocket Peringkat WP Kuala Lumpur
Tarikh: 27, 29 dan 30 Julai 2026
Tempat: SK Pengkalan Tentera Darat
Pencapaian: 20 pasukan terbaik yang layak ke pusingan akhir
03/08/2026
🏆 TAHNIAH DAN SYABAS! 🥋🎉
Seluruh warga SK La Salle (1) Jinjang merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada murid-murid yang telah mengharumkan nama sekolah dalam Kejohanan Taekwondo Sekolah-Sekolah Kuala Lumpur (Peringkat Daerah) 2026.
🥉 Keisha Armani (5S)
Pingat Gangsa – Acara Sparring
🥈 Iman Raykal (4L)
Pingat Perak – Acara Sparring
Kejayaan ini merupakan hasil daripada usaha gigih, disiplin, semangat juang yang tinggi serta sokongan padu daripada ibu bapa, jurulatih dan guru-guru.
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga sekolah untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik mahupun kokurikulum.
Teruskan melakar kejayaan dan mengharumkan nama SK La Salle (1) Jinjang. Kami berbangga dengan pencapaian anda!
02/08/2026
🇲🇾 TAHNIAH & SYABAS! 🇲🇾
Seluruh warga SK La Salle 1 Jinjang mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Nurhana Aufa binti Mohamad Sabri atas kejayaan terpilih mewakili Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ke Kejohanan MSSM.
Kejayaan ini merupakan hasil usaha gigih, disiplin, semangat juang yang tinggi serta sokongan padu daripada ibu bapa, jurulatih dan warga sekolah.
Semoga Nurhana terus cemerlang, diberikan kesihatan, kekuatan dan dipermudahkan segala urusan untuk mengharumkan nama sekolah serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di pentas MSSM.
Selamat maju jaya! Kami seluruh warga SK La Salle 1 Jinjang sentiasa mendoakan yang terbaik buatmu. Teruskan melakar kejayaan dan membawa pulang kejayaan yang membanggakan. 💪🏅🇲🇾
29/07/2026
Gotong-royong Perangi Aedes Cegahi Denggi
Tempat: Sk La Salle 1 Jinjang
Tarikh: 29 Julai 2026
29/07/2026
Program Anak Angkat: Anakku Sayang
Tarikh: 27 Julai 2026
Tempat: Dewan
29/07/2026
Ceramah dan Pameran Perangi Aedes, Cegah Denggi
Tempat: Dewan La Salle Jinjang
Tarikh: 28 Julai 2026
23/07/2026
📌Latihan Kebakaran bersama Bomba Jinjang
📌 23/7/26