26/05/2026
๐ SALAM AIDILADHA 1447H ๐
โSesungguhnya bukan darah dan daging korban itu yang sampai kepada Allah, tetapi ketakwaan daripada kamu.โ
โ Surah Al-Hajj: 37
Aidiladha mengajar kita erti pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan kepada Allah SWT. Semoga setiap pengorbanan yang dilakukan menjadi asbab keberkatan, mengeratkan ukhuwah serta menyuburkan rasa syukur dalam kehidupan kita semua.
โจ Semoga Aidiladha kali ini membawa rahmat, kebahagiaan dan ketenangan buat seluruh warga SRITI Darul Tarbiah Bandar Tun Razak serta semua umat Islam.
๐ Aidiladha Mubarak
Ikhlas daripada
Warga SRITI Darul Tarbiah Bandar Tun Razak
17/05/2026
Tahniah diucapkan kepada semua guru-guru SRITI Darul Tarbiah atas penerimaan anugerah sempena Sambutan Hari Guru Sektor Pendidikan DPPK Bandar Tun Razak 2026.
16/05/2026
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐
Setinggi-tinggi penghargaan buat seluruh warga pendidik yang terus istiqamah mendidik, membimbing dan membina generasi ummah dengan penuh hikmah, kasih sayang serta pengorbanan.
Sesungguhnya guru bukan sahaja penyampai ilmu, bahkan murabbi yang membentuk akhlak, mengukuhkan fikrah serta menjadi pemangkin kekuatan jemaah dalam membangunkan pendidikan Islam dan melahirkan generasi yang cintakan Islam.
โ๐๐ฎ๐ซ๐ฎ ๐๐๐ซ๐๐ค๐ข ๐๐๐ฆ๐๐ง๐ ๐ค๐ข๐ง ๐๐๐ค๐ฎ๐๐ญ๐๐ง ๐๐๐ฆ๐๐๐กโ
#2026
16/05/2026
Selamat Hari Guru diucapkan kepada semua pendidik. Terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan mendidik anak bangsa.
"Guru Haraki, Pemangkin Kekuatan Jemaah"
12/05/2026
Kawasan sekolah adalah zon larangan merokok dan v**e bagi memastikan persekitaran yang bersih, sihat dan selamat untuk semua warga sekolah.
Sehubungan itu, mohon kerjasama semua ibu bapa, penjaga dan pelawat untuk tidak merokok atau menggunakan v**e di dalam serta sekitar kawasan sekolah.
Marilah kita bersama-sama menjadi contoh yang baik kepada anak-anak serta membantu mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif.
Sekolah Sihat Tanpa Rokok & V**e, Generasi Kuat.
Kerjasama dan keprihatinan semua amat dihargai. Terima kasih.
Daripada,
Unit Kesihatan
SRITI Darul Tarbiah, Bandar Tun Razak
04/05/2026
Program Ceramah Anti Buli bersama Jabatan Penjara Malaysia.