Sekolah Kebangsaan Seri Anggerik

Sekolah Kebangsaan Seri Anggerik

Share

Laman Facebook rasmi Sekolah Kebangsaan Seri Anggerik

26/05/2026

Selamat Hari Raya Aidiladha diucapkan kepada seluruh umat Islam. Semoga Aidiladha kali ini memperkukuh ukhuwah, menyuburkan nilai murni dan membawa keberkatan kepada kita semua.

24/05/2026

Tahniah dan syabas diucapkan kepada adik Zara Mardyana dan adik Anis Saffiya yang telah berjaya mendapat Naib Johan dalam Pertandingan Malam Kebudayaan untuk International STEM Xplorace.

Tahniah dan terima kasih juga diucapkan kepada guru pengiring Cikgu Idayu dan Cikgu Syukri atas pencapaian ini.

Photos from Sekolah Kebangsaan Seri Anggerik's post 22/05/2026

Penyampaian Hadiah Pertandingan Taekwondo dan Seni Silat

Tarikh : 19 Mei 2026 dan 22 Mei 2026

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pemenang.

Photos from Sekolah Kebangsaan Seri Anggerik's post 21/05/2026

Sambutan Hari Guru SK Seri Anggerik

Tarikh : 21 Mei 2026 (Khamis)
Tempat : SK Seri Anggerik

Photos from Sekolah Kebangsaan Seri Anggerik's post 19/05/2026

Penyampaian Hadiah Sukan Mini Tahap 2
Bola Sepak Berjalan (Perempuan) dan Futsal (Lelaki)

Tarikh : 19 Mei 2026 (Selasa)
Tempat : Dataran Seri Anggerik

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pemenang.

18/05/2026

Syabas dan tahniah diucapkan kepada murid-murid yang luar biasa hebat kerana berjaya mengekalkan Anugerah Kehadiran Penuh 100% bermula dari bulan Januari hingga Mei 2026! 🎒💯

Hujan atau panas, pening-pening lalat atau rasa mengantuk, semuanya ditolak ke tepi. Semangat kental anak-anak ini untuk hadir ke sekolah setiap hari tanpa gagal sehingga hari ini sememangnya amat dikagumi! 🌟

Terima kasih juga diucapkan kepada para ibu bapa dan penjaga yang sentiasa memberikan sokongan padu dan memastikan anak-anak melangkah ke sekolah setiap pagi dengan senyuman.

Semoga momentum ini berterusan dan menjadi inspirasi kepada murid-murid yang lain. Ayuh semua, jom kita penuhkan dewan dan kelas setiap hari! Kehadiran konsisten, kunci kecemerlangan! 🚀🏆

Photos from Sekolah Kebangsaan Seri Anggerik's post 18/05/2026

Tahniah dan syabas diucapkan kepada guru kelas serta murid-murid Kelas 2 Dinamik (Tahap 1) dan Kelas 6 Intelek (Tahap 2) atas pencapaian cemerlang merangkul Anugerah Kehadiran Tertinggi Kelas bagi bulan April 2026.

Syabas diucapkan! Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi dan pembakar semangat kepada kelas-kelas yang lain. Jom kita tingkatkan momentum, hadir ke sekolah setiap hari dengan penuh ceria dan semangat.

Photos from Sekolah Kebangsaan Seri Anggerik's post 18/05/2026

Majlis Perasmian Bulan Disiplin dan Bulan Bimbingan dan Kaunseling SK Seri Anggerik 2026

Tarikh : 18 Mei 2026 (Isnin)
Tempat : Dewan Seri Anggerik

18/05/2026

Gimik Perasmian Bulan Disiplin dan Bulan Bimbingan dan Kaunseling SK Seri Anggerik 2026

Photos from Sekolah Kebangsaan Seri Anggerik's post 17/05/2026

Tahniah dan syabas diucapkan kepada adik Ahmad Ariq dan adik Nur Azwa Sakina yang telah berjaya mendapat Naib Johan dalam Pertandingan Silat Seni Sunway Wangsa Mall 2026 kategori Silibus Biru Putra dan Tepur Dini yang berlangsung pada 16-17 Mei 2026.

Want your school to be the top-listed School/college in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


1/144a, Taman Len Sen, Cheras
Kuala Lumpur
56000

Opening Hours

Monday 09:00 - 13:20
14:00 - 16:30
Tuesday 07:30 - 13:20
14:00 - 16:30
Wednesday 07:30 - 14:30
15:00 - 16:30
Thursday 07:30 - 13:20
14:00 - 16:30
Friday 07:30 - 12:00
14:30 - 16:30